Ada beberapa perkara yang saya belum dapat lakukan dengan sempurna. Semoga dapat datang lagi ke Haramain. Plan Umrah akan datang. Insya Allah. Susunan nombor bukan mengikut priority.
1. Pergi menunaikan sendiri umrah dan miqat di Tanaeem
2. Pergi lawatan ke Gua Hirak di Mekah
3. Pergi lawatan ke Muzium Rasulullah di Mekah
4. Pergi lawatan ke Muzium Rasulullah di Madinah
5. Melawat sekitar Masjidil Haram, hotel tempat tinggal Sayidina Abu Bakar (Hotel Hilton) dan Sayidina Umar (Hotel di sebelahnya)
6. Melawat Masjid di mana Rasulullah solat kerana kemarau (beberapa meter saja dari Masjid Nabawi)
7. Membeli-belah di Mekah sahaja sebab jauh lagi murah dari di Madinah
8. Mesti memilih plan umrah yang duduk di Safwah Hotel ketika di Mekah dan di Madinah okay saja dengan apa-apa hotel
9. Naik skuter untuk tawaf dan saie ketika menunaikan umrah
10. Menunaikan badal haji untuk atuk.
11. Melawat sekitar Masjid Nabawi iaitu sekitar Madinah seperti Telaga Iziq dll.
12. Qiyamulail di Masjid Nabawi. Masa kami datang, jam 9 malam wajib keluar dari perkarangan masjid, masjid ditutup sehingga jam 4 pagi. Yang boleh masuk perkarangan masjid yang ada temu janji dengan Rawdah sahaja.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment