TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Feb 2022

Mengenali Rasulullah SAW, Jom Beli Buku As-Syamail Al-Muhammadiyah Susunan Imam At-Tirmidzi

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya ramai yang mencintai Rasulullah SAW dan ramai nak tahu keperibadian baginda, cuma tak pasti nak beli buku apa. Yang banyak di pasaran juga, mungkin ada sek sek wahabi yang buat buku ini, hati-hati lah baca buku seperti ini, takut ada pula terpesong akidah. Jadi, bila saya dengar dan tengok ceramah Ustaz seperti Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Muhaizad, Ustaz Nazrul dan ramai lagi, mereka akan merujuk buku As-Syamail yang disusun oleh Imam At-Tirmidzi. Ditahqiq dan disyarah oleh Muhammad Masnur Hamzah. 

Imam At-Tirmidzi ialah ulama kurun ke-3 mengikut kalendar Hijrah. Nak tahu lebih lanjut tentang Imam At-Tirmidzi, boleh rujuk link ini ya. Imam At-Tirmidzi merupakan figur yang cerdas, tangkas, dapat dipercaya, soleh, dan takwa. Penguasaannya dalam ilmu hadis diakui oleh para ulama yang hidup sesudahnya. Dia juga dikenal sebagai seorang penghafal yang kuat di luar kepala sehingga menjadi rujukan dalam hafalan dan keakuratan mempelajari hadis, fikih, dan ilmu-ilmu lainnya.

Sebelum munculnya Imam At-Tirmidzi, kualifikasi hadis hanya terbagi menjadi hadis sahih (hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang kuat hafalannya) dan hadis dhaif (hadis yang antara lain diterima dari rawi yang mempunyai daya ingat lemah dan periwayatannya harus ditinggalkan). Dari sini, Imam At-Tirmidzi mempunyai pemikiran untuk mengelompokkan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang standar hafalannya di bawah rawi hadis sahih, namun masih unggul dibanding rawi hadis dhaif, iaitu tingkat hasan.

Contoh Ceramah 

1. Habib Ali Zaenal Abidin = LINK 

2. Ustaz Nazrul Nasir = LINK

3. Ustaz Muhaizad = LINK

4. Ustaz Wadi Anuar = LINK


Buku ini, terdapat 56 bab bersamaan 399 Hadith. Jumlah muka surat 484. Banyak topik yang diceritakan seperti fizikal Rasulullah, rambut Rasulullah, Kasut Rasulullah, Cincin Rasulullah dll. Memang banyak yang dibincangkan. Ramai para sahabat yang merakamkan apa-apa tentang Rasulullah. Alhamdulillah dari situ Insya Allah semoga bertambah cintanya kepada Rasulullah SAW. Contoh menarik, cara Nabi pakai cincin, di jari kiri kelingking atau jari manis. Kemudian, batu mata cincin dipusingkan ke dalam. 

Dalam pada membaca hadith ini, jika kita mengamalkannya, niat mengikut cara Rasulullah, insya Allah dapat pahala. MasyaAllah tabarakallah. Berusahalah menambah pahala. Allahuma soli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. 

Sabda Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya cinta kepada Allah belum cukup selagi engkau tidak mencintai Rasulullah SAW. 

kulit keras buku ini. 








Okay, mari kita lihat salah satu bab yang dibincangkan iaitu rambut Rasulullah SAW. 

Menarik sangat, insya Allah banyak ilmu kita dapat dari buku ini. 




Kalian boleh beli di sini  ya, aku beli di sini juga. Berbaloi sangat, RM35 sahaja. Apa salahnya kita menambahkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.   https://shp.ee/k52gnc9


Terima kasih. 










No comments: