TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Feb 2022

Persediaan Umrah 2022

Assalam wbt dan Hai,

Insya Allah musim pandemik ini kami pergi Umrah. Maksud Umrah ialah melawat Baitullah di Mekah. Umrah ialah ibadah badan. Pastikan badan sentiasa sihat walafiat. Kalau perlu makan supplement, makanlah. Kami memilih untuk makan kurma ajwa sekurang-kurangnya 3 biji setiap pagi dan 2 sudu madu. Boleh juga makan habbatussauda, air sumak dan lain-lain yang disarankan oleh ustaz dan ustazah.

Persediaan Awal

1. Buat passport. RM200 sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pastikan pakai tudung hitam atau gelap. Tak boleh pakai spek, pakai tudung mesti kebelakang yang boleh nampak dahi, jadi kena jenis melekap ya. Gigi tak boleh kelihatan. Datang awal pagi. Masa kami buat passport, perlu booking online. Kalau tak booking pun tak apa, walk in cuma ramai jugalah manusia. Kami buat di JPN PKNS Shah Alam seawal 8 pagi. Siap selepas sejam. 

2. Pilih travel umrah yang kita mahu. Kalau boleh untuk umrah pertama iaitu umrah wajib, buat dengan travel agency yang dipercayai yang mutawifnya elok perangan dan mahir betul dalam urusan ibadah umrah. Kalau salah, kita kena bayar dam pula, susah tuan puan. Kami memilih Travel Mahabbaten. Pakej selalunya berbeza mengikut hotel yang kita pilih. Hotel berdua ke, bertiga ke, hotel jauh ke dekat ke. Lagi dekat dengan Masjidil Haram, lagi mahal tetapi tidak penat. Kalau ada rezeki lebih, carilah yang jaraknya kurang 100m. Kemudian, nak upgrade jadi tiket flight taraf business class, perlu tambah dalam RM3000 sebab ini harga covid ya, sebelum ini, tambahan dalam RM1500 saja. 

3. Inject Meningococcal dan Influenza. Harganya RM150 dan RM80 masa saya inject. Kena book awal sebab ramai sangat yang pergi umrah. Inject ini boleh bertahan dalam badan selama 5 tahun ya (meningococcal) dan setahun untuk influenza. Injek tangan kiri dan kanan. Injek ini semua untuk elak kuman menyerang paru-paru dan otak. Di samping sudah ada booster untuk covid-19. Kalau tak, tak lepaslah nak buat visa.

4. Datang kelas umrah. MESTI JOIN ! Jangan buat-buat pandai ya. Jika anda rajin, joinlah kursus umrah dengan Mahabbaten. Boleh tengok di FB Mahabbaten. Ustaz Don ada kelas umrah bersiri. Banyak info kita dapat seperti syarat umrah, rukun umrah, wajib umrah, 13 pantang larang, dan lain-lain. Nanti jika ada kesempatan saya tulis juga nota-nota simple yang sempat saya salin.

5. Membeli barang-barang sebagai bekalan. Tak perlu bawa banyak-banyak nanti balik nak bawa lagi banyak susah pula. Senarai yang saya bawak, saya kemaskini nanti. Boleh check di sini

6. Persediaan rohani. 
a) Solat taubat banyak-banyak sebanyak-banyaknya. 
b) Selawat kepada Rasulullah jangan ditinggalkan sebab kita mahu melawat baginda SAW. 
c) Mengaji Quran setiap hari sekurang-kurangnya 2 muka surat

7. Tulis doa dalam buku. Kata Ustaz Don, ramai yang panik jadi bila depan kaabah, tak tahu nak baca doa apa sebab excited sangat. Jadi tulislah point-point penting. Doa yang saya tuliskan, nanti saya kongsi juga kemudian.

8. Bawa AlQuran dan buku doa. Buku yang saya bawa
a) Al Quran
b) Buku Ratib Al-Haddad
c) Buku Selawat
d) Buku Panduan Umrah dari Andalusia *mudah sangat* 
e) Buku Doa (tulis sendiri, himpunan doa-doa kepada diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu bapa dan keluarga)

9. Tukar duit Saudi Riyal (SR). Untuk sesiapa tinggal di kawasan Subang Jaya, boleh tukar wang di Malik Maju Sdn Bhd yang terletak di Subang Parade. Kalau tak ada stok, wajib booking, jangan lupa ya. Nah nombor telefon kalau nak call 03-56343134. Rate murah, 100 Riyal bersamaan RM113.99; cumanya kita dapat duit notes yang agak besar iaitu semua sekali jenis notes 100 Riyal. Tak ada harapan nak nengok duit riyal kecik-kecik macam 50 Riyal, 10 Riyal gitu. Tukar awal pun tak mengapa sebab memang banyak habis stok sekarang.

10. Mohon doa ibu bapa untuk permudahkan urusan kita. 

Insya Allah moga dipermudahkan urusan semuanya. 



Terima kasih.

No comments: