TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

17 Jan 2016

Bio-D Pembunuh Pepijat

Assalam wbt

Rumah kami diserang pepijat! Ingat kecik tak bahaya. Tapi pepijat ni hisap darah beb. Abes tangan kaki semua kena hisap. Dah macam kutu. Macam nyamuk pun ada! 

Macam2 kami buat nak bunuh pepijat. Jirus air panas. Iron panas2. Letak daun durian belanda. Basuh ngan sabun. Jemur bawah matahari. Semua ni x berkesan ke atas pepijat kat umah kami. Betapa degil dan mengganasnya mereka! Hahaha... 

Oleh kerana tu, kami tidur depan tv. Bilik dikuarantin 2 minggu. Sebab ada blogger cakap, pepijat ni parasit. Kalau tak dapat hisap darah orang dalam 2 minggu camtu nanti akan mati sendiri. Tapi idok le habis hilang. Tetap ada. 

Baca punya baca. Kami pun belilah. 


Ini dia Bio-D. Pilih yg bed bugs & dust mite control taw. Ada gak Bio-D untuk nyamuk. Pas guna bio-d ni barulah pepijat takmo dekat. Incik hubby cakap bau bio-d menyerupai bau lavendar which pepijat paling tak suka bau tu. Abes semua pepijat di celah pelosok kampung dan hutan keluar sebab x tahan. Hua3..  

Ironinya, kami terpaksalah buang bantal kekabu sebab dipercayai kat situlah tempat telur semua disimpan. Nasiblah.. Lainkali boleh beli lagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami boleh kembali tidur di bilik. Hehe. 


Oh ye. Nak dapat kat mana? Orang cakap kat giant. Tapi tak jumpe pun. Kat tesco carrefour pun takde. Takyah cari. Kami beli kat jaya grocer. Harga Rm32 sebotol. Cara nak pakai semua die tulis luar kotak. 

Okeyy tu je. Thanksss ;) 

5 comments:

Anonymous said...

Assalam fara, nk tnya mak awk amk lg x jahit baju, pm sy kt email dellsrikandi@gmail.com

Anonymous said...

Salam..sy cube cari di giant tp yg ade cume bio d mosquito n insect control je..bio d dust mite xde...jd soalannye boleh x gunakan bio d mosquito ni tuk masalah bb ni..

Anonymous said...

Mydin ada jual..rm27..spray je terus keluar semua

Unknown said...

baru nk try..di giant ada jual rm28.90

Unknown said...

mlm ni juga aku spray..pling tak tahan, pijat merayap atas tembok dinding, nak cepat punya pasal jgn bagi dia merangkak laju2..aku picit je pijat bagi kemek..busuk jari aku, terus basuh cepat2..puas aku sembur dgn ridsect tetap ada..last2 aku iktiar benda ni BIO-D SLEEPTITE..BED-BUG Beli di giant je rege rm28.90