Assalam wbt dan Hai.
Entri kali ini saya hanya ingin bercerita coretan kami dan sekeliling kami, yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kalian para pembaca. Ehm tak tahulah ada pembaca ke tidak. Hihi. Moga bermanfaat jika ada. Di Mekah dan Madinah, jangan cakap sembarangan kerana doa semua cash Allah makbulkan.
MASJIDIL HARAM
1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu.
2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya.
3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai.
4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit Marwah, barulah tidak kena halau. Solat cepat-cepat dan pergi.
5. Jangan lupa istilam menghadap qiblat setiap kali berhenti di Bukit Safa atau Bukit Marwah ketika Saie sebab ramai betul yang terlupa nak istilam.
6. Kepada sesiapa yang nak umrah sendiri, tunggu saja depan lobi hotel. Pergi ke Tanéem yang paling dekat iaitu Masjid Siti Aisyah R.A, 5km dari Masjidil Haram. Harga satu teksi ialah 50 Riyal. Mudah sangat insya Allah. Bila-bila pun ada teksinya kecuali betul-betul waktu solat, kebanyakan jalan ditutup.
7. Jika kalian ragu-ragu dengan 13 pantang larang, macam agak-agak ada terlanggar, sila rujuk terus dengan mutawif dan ustaz. Jangan agak-agak boleh derma dekat staff masjid dan niat untuk bayar dam. Kami risau tidak sah bayaran dam itu, sebab kami semua diajar untuk bagitahu mutawif dan mutawif yang akan uruskannya.
8. Kita boleh solat apa-apa juga waktu di Masjidil Haram, hatta selepas solat Subuh dan Asar. Sedangkan di luar Masjidil Haram tidak boleh. Maka, di Masjid Nabawi juga tak boleh solat selepas Subuh dan Asar, jadi janganlah solat pula ya. Oh ya kecuali solat qada tak mengapa.
9. Kalau kalian nak jalan-jalan sendiri selepas umrah, dari Saie di Bukit Marwah, ada dua laluan. Satu laluan kembali ke hotel kita dan satu lagi laluan ke tempat tak tahu. Hah tempat tak tahu inilah laluan ke perpustakaan, rumah asal Nabi Muhammad SAW, tempat Rasulullah dilahirkan.
10. Rumah asal Nabi Muhammad dan Siti Khadijah ialah di kawasan Saie, di Bukit Marwah, tetapi tempatnya tidak nyata di mana.
11. Rumah asal Sayidina Abu Bakar ialah Hotel Hilton manakala rumah asal Sayidina Umar ialah hotel di sebelah Hotel Hilton (di bahagian kirinya).
12. Rumah asal Al-Arqam bin abi Al Arqam ialah di pintu masuk Saie. Kalau kalian rajin, bolehlah sentiasa lihat nama pintu-pintu di sini.
13. Laluan masuk Rasulullah ke Masjidil Haram, laluan favorite ialah Pintu Babussalam, ada eskulator di situ. Kami tidak dapat masuk kerana sedang diubah suai.
14. Lelaki yang nak solat di dataran di hadapan Kaabah perlu pakai ihram.
15. Susah nak stay depan Kaabah. Ruang yang ada hanya untuk solat sunat tawaf sahaja. Jika kalian nak solat fardhu depan Kaabah, berhenti untuk solat sunat kemudian jika mereka halau, jalan lagi satu pusingan tawaf dan berhenti solat sunat. Ulang-ulang sampai dalam 15-20 minit lagi nak solat fardhu, bila mereka dah settle down, terus cepat-cepat cari ruang nak solat. Susah juga nak stay tahajjud depan Kaabah. Jadi repeat lagi perkara yang sama.
16. Susah nak stay tahajjud untuk muslimat di hadapan Kaabah kerana ruangan agak terhad. Juga agak terhad di bahagian ground floor masjid. Jadi, kalian boleh pergi ke tingkat 1, lebih ruang tapi kipas selalunya mereka off. Hehe. Sabar saja lah ya....
17. Tidak batal wudhuk ketika berada di hadapan Kaabah mengikut mazhab Maliki dan Hambali. Tidak terbatal wudhuk jika tiada niat syahwat. Namun, kami kembali kepada mazhab Syafie selepas di luar pandangan Kaabah. Maksudnya ketika di hadapan pintu masuk Masjidil Haram, kami yakin ia membatalkan wudhuk. Ikut iktikad masing-masing.
18. Boleh naik ke rooftop melalui pintu 35 yang dari arah pintu masuk asal, di hadapan Hotel Hilton. Kawasan yang kita boleh pergi cuma di bahagian 3 kubah King Abdul Aziz. Bahagian lain semua ditutup kerana proses renovasi.
19. Kita boleh naik skuter ya. Harganya 57 Riyal untuk 1 sesi tawaf atau 1 sesi saie. Kalau nak naik dua-dua pun boleh. Nak naik skuter ketika Saie boleh di ground floor atau tingkat kedua. Untuk tawaf skuter hanya di tingkat 2 sahaja. Tingkat 1 tawaf untuk pejalan kaki sahaja.
20. Masa digunakan untuk menyelesaikan umrah dalam 1 jam 45 minit. Yang lama ketika Saie. 45 minit cukup untuk 7 pusingan tawaf dan solat sunat tawaf. Sekejap sangat rupanya. Lagilah kalau naik skuter. Lagi cepat selesai. 1 jam sudah cukup untuk saie. Kiraan kami, jarak Safa ke Marwah adalah dalam 400m sahaja. Manakala jarak satu pusingan tawaf hanyalah 200-300m sahaja. Tidak terasa sangat semasa tawaf sebab ramai orang tetapi ketika Saie memang terasa jauh sebab straight saja.
21. Jangan lupa bawa gunting dan pencukur ketika bertahallul. Untuk menggunting rambut muslimat, cukup gunting yang hujung-hujung rambut. Bawa sekali plastik sebab tong sampahnya jauh betul.
22. Boleh borak-borak ketika tawaf tapi janganlah over sangat. Sekadar sini sana, selebihnya berdoa saja ya. Doalah apa pun. 7 pusingan itu memang agak lama, jadi zikir, selawat dan doa. Semasa saie pula, lagilah banyak boleh berborak jadi hati-hati ya jangan asyik berborak. Sepanjang jalan kita itu doanya dimakbulkan. Ingat itu.
MASJID NABAWI
1. Payung Masjid Nabawi akan dibuka pada malam Jumaat selepas Isyak dan akan dipasang semula pada pagi Jumaat selepas Subuh. Jadi kalian alert lah waktu ini ya.
2. Di Masjid Nabawi, untuk pergi ke kubah hijau, melawat Rasulullah SAW, memang ke pintu 1, pintu Babussalam. Kalian ikut saja pintu-pintu yang ada di Masjid Nabawi. Pintunya bernombor seperti 16,15,14,13.... dan sila ikut turutannya sehingga ke nombor 1 untuk bertemu pintu Babussalam.
3. Masjid Nabawi adalah seperti masjid-masjid biasa. Jadi jangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar.
4. Susah nak stay selepas solat fardhu Subuh, Zohor dan Asar. Selalunya kena halau keluar, tak pasti mengapa. Namun, kita boleh stay di masjid antara Maghrib dan Isyak.
5. Cepat-cepat booking waktu Rawdah sesudah tiba di Mekah atau di Madinah sebab slot cepat penuh. Kalau tak dapat slot, boleh minta tolong dengan mutawif, selalunya mutawif akan tolong kita untuk dapatkan slot jadi jangan nangis di bucu katil okay.
GENERAL
1. Kami tak ingat yang kami bawa wang, ketika dalam flight memang sudah gelabah sangat-sangat. Perjalanan jauh lagi. Doa sepanjang jalan moga ada keajaiban, moga jika duit itu tertinggal di Malaysia, tetapi Allah bawakan wang kami ke Mekah melalui Malaikat Jibril. Yakin saja dengan Allah walaupun risau tak terkata. Sampai saja di hotel di Mekah, kami cepat-cepat check in, terus memeriksa beg bagasi. Alhamdulillah ada.
2. Kami membeli makanan tengah hari di restoran di Hotel Safwah. Balik saja hotel nak pinjam handphone bang Ajid sebab nak ambil gambar makanan. Sekalinya, handphone bang Ajid tiada! Terkejut bukan kepalang. Saya cuba miscalled tetapi tiada orang angkat. Datang semula ke restoran tadi. Ya, memang tertinggal di situ. Alhamdulillah masih ada. Di Tanah Haram insya Allah semua orang pun memang tidak panjang tangan sebab takut balasan cash.
3. Selalunya orang kata, kalau lewat pergi makan, nanti makanan habis di hotel. Sebenarnya tidak untuk Hotel Safwah Royale Orchid. Banyak sangat makanan! Kalau balik lewat malam jam 9:30 malam pun masih ada lagi. Di situ, hotelnya akan menambah extra 1 jam untuk waktu kecemasan, takut-takut ada jemaah umrah yang nak makan lewat. Jadi tiada istilah makanan habis. Kami siap bawa plastik extra untuk membungkus makanan tetapi tidak digunakan.
4. Pergi mana-mana mesti bawa uncang selipar / kasut. Di sini tak banyak rak kasut. Kalau ada pun, takut tertukar dengan orang lain. Risau juga. Jadi kami sentiasa masukkan kasut atau selipar di dalam uncang. Kemudian kami bawa di sebelah kami solat bersama beg sandang travel agency. Bukan kami saja buat, semua orang pun buat macam kami. Saya beli uncang kedai Eco saja, yang jenis plastik tu kan, yang gambar dia teddy bear, 4 plastik RM2.20. Jimat hehe.
5. Sentiasa bawa spray wudhuk sebab di mana-mana berhenti pun memang ramai orang. Contohnya kita miqat di Jaaranah, toilet memang kecil dan ramai orang. Jadi memang susah bila nak berwudhuk. Di dalam Masjidil Haram juga memang susah nak cari toilet. Toilet tiada dalam masjid, hanya ada di luar masjid. Jauh juga nak menapak. Nak ambil wudhuk memang kena guna spray wudhuk saja. Ambil wudhuk pula di bahagian perempuan, kan spray spray saja tiada masalah, tidak terlalu basah.
6. Kalau nak shopping better shopping di Mekah saja sebab murah jauh daripada di Madinah. Di Mekah, boleh shopping di bahagian bawah Hotel Safwah. Harga jubah 5 pasang 100 Riyal. Kalau nak convert seolah-olah RM20 sehelai. Kan murah tu kan... Barang lain seperti set teko, tasbih, sejadah dll. Semuanya murah di Mekah, terutamanya hari Jumaat. Lagilah korang boleh tawar menawar.
7. Hari Jumaat, kalau nak menghadiri solat Jumaat perlu datang lebih awal, sekurang-kurangnya dua jam untuk muslimat sebab tempat terhad. Untuk muslim, tempat saf banyak, jadi jangan risau kalau datang sejam lewat pun masih dapat tempat.
8. Kalau nak menderma, better menderma dengan pekerja masjid. Kita boleh bezakan pekerja masjid, yang pakai baju nude tudung color hijau terquoise tu kan, bagi sembunyi-sembunyi. Bagi terus blah, jangan stay pulak. Kang ramai pulak staff masjid lain yang tiba-tiba lalu depan kita sebab dia pun nak juga duit extra. Kata orang, staff masjid tak dapat gaji, saya pun kurang pasti.
9. Untuk sesiapa yang nak wakaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan wakaf al-Quran sebab masjid memang ada standard sendiri, AlQuran yang mana yang mereka nak letak di masjid. Untuk wakaf Al-Quran harganya 50 Riyal. Untuk wakaf kerusi roda, harganya 350 Riyal. Di Masjidil Haram, wakaf kerusi roda adalah yang paling bagus sebab memang sangat-sangat digunakan. Di Masjid Nabawi, kebanyakan kerusi roda adalah persendirian.
10. Jika ada yang berniat nak wakaf kerusi lipat untuk duduk, kalian boleh beli sendiri di mana-mana kedai yang ada di Mekah dan Madinah, kemudian tulis di belakang kerusi "Waqaf lilharam" kemudian letak saja senyap-senyap. Mudah dan tak perlu bagitahu. Kerusi lipat memang ramai sangat yang menggunakannya terutamanya perempuan kerana semuanya malas nak bersila.
11. Setiap selesai solat fardhu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ada solat jenazah. Solatlah berjemaah. Mudah saja, 4 takbir 1 salam. Tak lama, dalam 3 minit saja solatnya.
Takbir 1 - Al Fatihah
Takbir 2 - Selawat atau selawat tahyat akhir atau Selawat Ibrahimiyyah
Takbir 3 - Allahummagh firlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu (doa jenazah)
Takbir 4 - Rabana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah, waqina azabannar
Beri salam kanan dan kiri.
Nanti imam akan sebut "..... almarhum...." lepas itu semua orang berdiri. Mula-mula mungkin tak familiar, lama-lama kalian dah boleh agak. Sebutan ini tidak didengari ketika dalam live Mekah, kita jemaah umrah saja boleh dengar.
Pahala menunaikan solat jenazah ialah 2 qirat iaitu 1 qirat bersamaan sebesar Gunung Uhud. Masya Allah. Bukan hanya solat jenazah di Mekah dan Madinah sahaja tau. Jika kita solat jenazah di Malaysia juga pahalanya 2 qirat. Insya Allah.
12. Ada tong air zam-zam versi sejuk dan biasa di sini. Bolehlah bawa segala botol kosong yang ada. Jaga-jaga jangan bawa banyak sangat air di dalam bagasi, takut tak lepas nak bawa ke dalam kapal terbang. Tak pasal mungkin kena koyak beg kita sebab nak keluarkan botol air tersebut.
13. Jika keluar umrah dari Madinah, insya Allah boleh bawa air zam-zam 5L. Jika keluar dari Mekah, berkemungkinan besar, kalian tidak boleh bawa air zam-zam. Ini kerana, pengurusan masjid dan lapangan terbang Jeddah tidak membenarkan. Mungkin sekarang berubah, tapi so far semasa kami begitu. Kami Alhamdulillah keluar dari Madinah jadi kami boleh bawa air zam-zam.
14. Kita akan nampak banyak sangat cara yang berlainan ketika solat. Kita raikan sahaja dan buat tidak tahu. Jangan bergaduh ya. Khusnuzon yang mereka dari mazhab yang berbeza. Kadang-kadang kami sampai terfikir nak belajar tentang mazhab lain.
15. Tidak perlu bawa iron sebab tak sempat nak iron. Hehe. Memang renyuk berlipat-lipat tetapi semua orang pun sama macam kami. Kalau nak iron, kena minta dengan pihak pengurusan hotel.
16. Jangan lupa bawa extension sebab kebetulannya plug di hotel kami rosak. Masya Allah ada satu saja plug utama. Nasib baik bawa extension cable, kalau tak, haru juga.
17. Di hotel ada heater, jadi nak buat air panas bila-bila pun boleh. Kalau korang ada ruang nak bawa barang lagi, bawalah maggie. Jemu nak makan masakan pak arab Hehe.....
18. Sila cuba-cuba membeli makanan di Mekah sebab di Madinah susah nak cari makanan selain makanan hotel. Banyak gilaaaaa pilihan makanan di Mekah. Paling jangan lupa ialah beli nasi arab unta di Mekah, memang kaw kaw sedap. Kalau nak beli mesti bagitahu, saya nak bekas yang 10 Riyal 2 bekas, Hah macam itu. Kalau tidak, mereka charge mahal sangat betul!
19. Orang kata cubalah KFC dan starbuck di Mekah dan Madinah tetapi kami tidak cuba juga. Kami relax-relax sahaja. Alhamdulillah okay saja rasanya kurang pedas dan coffee pun manis leting. Hehe.
20. Sabar banyak-banyak sebab banyak sangat ragam yang kita jumpa terutamanya perangai yang suka potong barisan tidak kiralah warga Malaysia atau bukan Malaysia, sama sahaja.
21. Kata Ustaz Don, perbaiki niat ketika umrah, ramai suka nak viral saja ketika di sini. Kebanyakan jemaah suka membuat live solat di sini. Saya selalu nampak tapi saya buat tak tahu saja. Siap ada yang jadi MC, hari ini kita kena halau kerana solat di sini. bla3. Hehe....
Moga bermanfaat. Terima kasih.
1 comment:
Terima kasih untuk perkongsian. Saya baca sebab nak cari pengalaman wanita mengerjakan umrah pasca covid sebab InsyaAllah saya akan ke sana dalam masa terdekat.
Post a Comment