Assalam wbt dan Hai,
Ramai sangat yang share tentang kelebihan berdoa di malam Nisfu Syaaban. Diterangkan oleh Ustaz Wadi Anuar, (link youtube) amalan harian diangkat oleh Allah pada waktu Subuh. Amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis. Amalan tahunan diangkat pada Nisfu Syaaban. Masya Allah. Jadi Rasulullah senang berpuasa pada hari diangkatnya amalan. Jadi siapalah kita untuk tidak berusaha.
Pada malam Nisfu Syaaban, doanya mustajab kata Imam Syafie dan ulama-ulama besar. Jadi mari kita berdoa.
Berdoalah. Dimulakan dengan Bismillah kemudian berselawat.
1. Ya Allah kau makbulkanlah doa aku setiap kali aku berdoa.
2. Ya Allah janganlah kau berikan aku ujian yang aku tidak boleh tanggung.
Baca selawat semula.
Aamiin ya rabbal alamin.
Boleh baca selalu. Insya Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment