Kenapa semua suka nak beribadat di kawasan Rawdah?
Kami tidur sekejap di hotel selepas Isyak. Jam 12:30 malam kami bergerak
ke Masjid Nabawi. Staff Masjid Nabawi tidak benarkan kami masuk. Kami ada
bagitahu yang Ustaz menyuruh kami masuk awal dan ready. Setelah tiga kali
percubaan, kami pun dapat masuk ke perkarangan Masjid Nabawi. Jangan lupa buka
aplikasi Eatmarna ketika hendak masuk pagar 339 atau pagar 333 kerana nak masuk
Rawdah perlukan slot.
Jam 12:45 malam kami cuba untuk beratur di barisan nak masuk ke pintu rawdah iaitu Pintu 25 dengan menunjukkan slot di aplikasi Eatmarna tetapi staff Masjid tidak benarkan kami. Mereka bagitahu, sila datang lagi jam 1:00 pagi. Kami menurut sahaja jadi solat sunat beberapa rakaat di perkarangan masjid sampai jam 1:00 pagi. Jam 1:00 pagi, staff melihat temu janji slot kami, scan QR code dan membenarkan kami masuk ke Pintu 25 sedangkan slot kami tadi jam 2:00 pagi, Alhamdulillah. Kata kuncinya, selagi mereka tidak scan QR code kalian, selagi itu kalian boleh masuk banyak-banyak kali. Yang tinggal masa, tenaga dan kehendak kalian kuat atau tidak untuk masuk ke Rawdah lagi dan lagi dan lagi.
Rawdah ini, mereka sudah pagarkan laluannya dengan kain-kain kanvas. Waktu solat biasa, laluan kain kanvas itu tidak dibuka untuk jemaah muslimat. Kawasan menunggu nak masuk Rawdah dan kawasan Rawdah itu sendiri juga dikepung dengan kain kanvas.
Kami masuk berjalan agak jauh dan ada ruang menunggu di situ. Kami solat sunat 2 rakaat sahaja dan berdoa. Ia masih di kawasan Masjid Nabawi yang biasa. Jangan solat lebih-lebih sebab kita dalam status be ready. Doa biasa-biasa.
Tiba masanya waktu kita, staff Masjid akan suruh kita berjalan ke arah Rawdah. Kawasan Rawdah agak kecil untuk wanita, mungkin dalam 15 orang sahaja akan berada di Rawdah dan bakinya bukan tetapi masih juga lagi dalam lingkungan kanvas yang sama. Cepat-cepat kami berjalan sebab kami nak solat di kawasan Rawdah. Kalau dahulu karpet Rawdah berwarna merah tetapi kini tidak lagi. Semuanya sudah menjadi karpet hijau. Yang membezakan ialah tiang emas dan tiang hijau, itulah Rawdah. Alhamdulillah kami dapat solat di kawasan Rawdah, bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Moga ibadat, amalan dan taubat kami diterima oleh Allah.
Jangan complaint atau maki orang yang kita tidak puas hati. Contohnya kalau nampak orang potong barisan kita ke, orang marah-marah ke, buat tak tahu saja. Satu bayaran cash yang saya nampak ketika di sini. Semasa kami sedang beratur di pintu masuk hendak ke Rawdah Masjid Nabawi, kelihatan sekumpulan warga bukan Malaysia memintas barisan kami. Memang kita nampak mereka jenis manusia yang tidak kisah hal orang lain, agak mementingkan diri. Cumanya, komen sajalah di dalam hati. Jangan sesekali kita complaint tanda tidak puas hati.
Sekumpulan warga Malaysia tidak puas hati dengan warga bukan Malaysia tadi. Mereka kata, ish sakit hati kena potong barisan dll. Selepas itu kami masuk beramai-ramai. Aku dan mak berjalan cepat-cepat. Ketika berada di ruang menunggu, aku dan mak berada di barisan selepas warga bukan Malaysia ini manakala barisan warga Malaysia tadi adalah di belakang kami. Kami hanya solat sunat dua rakaat dan doa sekadarnya kerana dalam tempoh menunggu. Namun warga Malaysia tadi solat lebih daripada dua rakaat dan berdoa dengan khusyuk. Semasa staff masjid menyuruh kami berjalan ke Rawdah, warga Malaysia tadi masih asyik solat sunat dan berdoa. Kesannya sekumpulan warga Indonesia telah memotong barisan mereka tadi.
Oleh itu, spot Rawdah
yang patut diduduki oleh warga Malaysia tadi sudah diambil oleh warga
Indonesia. Innalillah. Berkemungkinan kerana mereka tidak sabar di pintu masuk
tadi. Jadi sabar saja banyak-banyak ye.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment