TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Mar 2022

Jom Kenali Tiang Yang Ada di Rawdah Masjid Nabawi Tulisan Ustaz Muhadir Haji Jol

Assalam wbt dan Hai,

Nota ini ditulis oleh Ustaz Muhadir Haji Jol

ilustrasi oleh Ustaz Muhadir Haji Jol



(1) Tiang Wangi/ Mukhallaqah (Mukhallaqah” atau “Muthoyyabah” ( atau “Mu’aththorah” ) (bermaksud “yang diletak minyak wangi” kerana para sahabat selalu menyapu minyak wangi sebagai tanda tempat solat Rasulullah. Dikatakan Rasulullah pernah melihat kahak yang melekat di tiang tersebut lalu para sahabat membuangnya dan meletakkan minyak wangi di situ. Tempat Rasulullah selalu solat. Rasulullah solat wajib di sini berbelas hari setelah perubahan arah kiblat. Dikenali dengan nama “Usthuwanah Hannan” ( yang merujuk kepada batang pokok kurma yang merintih seperti unta yang menangis kerana tidak digunakan lagi oleh Rasulullah untuk bersandar ketika berkhutbah setelah digantikan dengan mimbar baru. 

(2) Tiang Sayyidatina Aisyah disebut dengan “Tiang Undi” kerana Rasulullah pernah menyebutkan kelebihan sembahyang dan berdoa di situ sehingga jika tidak ada jalan lain untuk mendapatkannya kecuali dengan mengundi, nescaya para sahabat sanggup mengundi (lihat Majma’ az-Zawa’id, 4/10). Dikenali juga dengan “Tiang Muhajirin” kerana orang Muhajirin selalu mengadakan majlis di sini. Tempat mula Rasulullah solat sebelum pindah ke Tiang Wangi. Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Abdullah bin Zubair, Sayyidina Amir bin Abdullah selalu solat dan berdoa di sini.

(3) Tiang Taubat. Dikenali dengan “Tiang Abi Lubabah” merujuk kepada Abu Lubabah, seorang sahabat yang bernama Rifa’ah bin Abdul Munzir. Ketika Perang Bani Quraizhah, Rasulullah mengutus Abu Lubabah kepada Yahudi Bani Quraizhah. Ketika Yahudi Bani Quraizhah bertanya kepadanya apakah mereka akan tunduk kepada Rasulullah, beliau berkata “Ya” sambil memberi isyarat dengan tangan ke tengkuk yang bermaksud “Kamu akan mati jika menerimanya.” Beliau menyesal, bertaubat, lalu mengikat dirinya pada tiang tersebut selama 9 hari. Isterinya akan membukanya ketika waktu solat dan mengikat kembali selepas solat. Ketika Allah menerima taubatnya, para sahabat mengerumuninya untuk membuka ikatannya, tetapi ditolak olehnya. Beliau inginkan Rasulullah sendiri yang membukanya. Ketika hendak menunaikan solat Subuh, Rasulullah menghampirinya dan membuka ikatannya.

(4) Tiang Sarir atau Tiang Katil. Rasulullah biasa beriktikaf di sini. Semasa beriktikaf pada waktu malam, Baginda akan berehat di sini sambil berbaring di tempat tidur yang dibuat daripada pelepah tamar. 

(5) Tiang Ali atau Tiang Pengawalan. Apabila berjumpa dengan masyarakat, Rasulullah duduk di tempat ini dan dijaga oleh para sahabat. Dikenali dengan “Tiang Ali” kerana beliau selalu solat dan duduk di sini untuk menjaga Rasulullah. Baginda tidak memerlukan pengawal lagi selepas turun ayat: “Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.” (Surah Al-Maidah: 67)

(6) Tiang Deligasi. Rasulullah akan menyambut dan bertemu para deligasi yang hendak berjumpa dengan Baginda di sini. 

(7) Tiang Tahajjud. Di belakang rumah Sayyidatina Fatimah. Rasulullah solat Tahajjud bersendirian di situ selepas para jemaah meninggalkan masjid. Sekarang tidak dapat dilihat dari luar kerana telah termasuk di dalam binaan makam. 

(8) Tiang Empat Persegi Kubur. Dikenali dengan “Tiang Jibril” kerana Jibril akan berada di sini ketika bertemu Rasulullah. Sekarang tidak dapat dilihat dari luar kerana telah termasuk di dalam binaan makam.

Moga memberi manfaat. 

No comments: