TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Mar 2022

Gelang Power Rangers - Gelang Hitam Tracker Umrah

Assalam wbt dan Hai,

Mari saya ceritakan proses pulang dari umrah hendak masuk ke Malaysia. Gelang power rangers ialah gelang tracker hitam. Hehe.

Mula kuarantin : 27/2/2022
Habis kuarantin : 4/3/2022
Tempoh kuarantin : 5 hari 
Pulangkan gelang power rangers : 6/3/2022
Bebas kuarantin : 7/3/2022

Sebelum pulang ke Malaysia, kita perlu mengisi bahagian "Traveller" di mysejahtera.

Kemudian, isi borang ini secara online https://reg-hqm.quickmed.care/register  . Borang ini diisi ketika di Madinah/Mekah. Borang ini akan dilihat oleh pegawai KKM ketika di KLIA ketika memakai gelang power rangers nanti. 

Keluar sahaja dari kapal terbang akan jumpa toilet. Kalau nak terasa nak qada hajat sebaiknya selesaikan dahulu kerana proses nanti lama, takut sakit perut pula menunggu. Kami keluar dari pintu C27. Kami disuruh masuk ke pintu C23. Di situ kami perlu mengisi borang KKM yang disuruh menyatakan tempat kuarantin, nama, IC dll. Simple sahaja. Pastikan bawa pen siap-siap ya. Kemudian beratur untuk diterangkan sedikit sebanyak tentang tempoh kuarantin dll. Jika selepas swab test tiada covid maka home quarantine cumalah 5 hari. Jika ada covid, maka dipanjangkan menjadi 7 hari. Penambahan hari ini secara automatik di dalam mysejahtera.

Selepas kami mengisi borang tadi, staff KKM akan memakaikan gelang kuning sebagai tanda kami sudah disoal selidik. Kemudian masuk ke pintu seterusnya untuk mendapatkan nombor giliran. Nombor giliran ini, 1 nombor untuk 1 tempat kuarantin yang sama. Kita akan menunggu untuk dipakaikan tracker hitam atau gelang power rangers umrah. Heheh. Kita tidak dibenarkan membuka gelang ini sehingga tamat kuarantin. 


Kemudian, kami perlu menaiki train untuk ke lapangan terbang utama. Pintu C27 ini agak jauh ya. Sebelum menaiki tren/transporter, kita perlu isi bahagian Traveller di mysejahtera dahulu. Selagi warna tidak merah tanda kita home quarantine, selagi itu polis bantuan tidak membenarkan kita masuk ke dalam train. 

Sesudah keluar dari train, kita follow saja ke arah laluan mengambil bagasi. Hampir hendak tiba ke laluan akhir, akan ada staff KKM yang menunggu di sana. Mereka akan menyuruh kita ke laluan swab test. Laluan swab test ini memang untuk orang umrah saja semasa itu. Swab test sekejap, kemudian jalan lagi untuk mengambil bagasi. Selepas selesai ambil bagasi, jangan lupa ambil air zam-zam. Kemudian kami dapatlah keluar. 

Setelah keluar, kami makan di Level 2 food court. Makan nasi ayam saja. Memang semua orang pandang pelik sebab kami baru balik dari umrah. kemudian kembali ke Level 3 bahagian Arrival International untuk mendapatkan servis Grab. Di situ ada teksi SUV airport tapi harganya RM199, berbanding dengan Grab SUV harganya cuma RM105. 

Bersama dengan gelang power rangers tadi, kami perlu bawa sekali sebuah kotak hitam. Kotak hitam itu boleh memberi maklumat kepada KKM jarak perjalanan kita. Kotak itu dibungkus dengan plastik ketika di KLIA. Sesudah tiba di rumah tempat kuarantin, baru kita turn on kotak itu. Kotak itu tidak boleh diangkat langsung jadi memang tidak boleh pergi ke mana-mana. 

Gelang power rangers dan kotak hitam ini akan dikembalikan ke klinik terpilih sahaja. KKM sudah beri senarai kliniknya. Boleh scan QR code ini untuk mengembalikan gelang hitam tracker ya.  



Selepas 2 hari swab test, selepas jam 1 petang, barulah dapat result. Alhamdulillah kami bebas covid. Hehe. Syukur. Cuma kita memang terus demam panas sebab penat sangat di Mekah dan Madinah. 

Nanti saya sambung lagi. 

Terima kasih. 



Terima kasih. 

1 comment:

shasha said...

Salam. tumpang tanya. berapa lama masa lepas turun flight sampai selesai urusan swab test semua? boleh tak kalau kita naik flight lain untuk balik ke tempat kuarantin selepas kita pakai gelang kkm?