TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Jan 2022

Seloka Akhir Zaman - Di Dalam Hidup Manusia, Yang Penting Ialah BERKAT - Akkil Hayy 2009

Assalam wbt dan Hai,

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
 
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri  selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,  masyarakat jadi muafakat. 
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. 
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. 
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila  pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,  
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

 
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam  kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, 
KETIKA ITU  manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,  
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi  ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik  bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin  nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
 minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.  
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.  
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.  
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai  baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan  lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.  
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat '
 .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi  gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai  tersekat-sekat.


Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan  malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita  buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis  dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di  
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.  

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para  sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa
 mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua  akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.  
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu,  sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman  muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta  dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?



Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera  
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


(Petikan  ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa, tahun 2009)

No comments: