TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Jan 2022

50 Kali Interview dan Saringan Interview Masih Belum Dapat Job dan Masih Menganggur, Yang Rasa DOWN Sebab Tak Dapat Kerja Perlu Baca Posting Ini

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang rasa, korang gagal, kita compare lah siapa lagi gagal. AKU ATAU KORANG? Janganlah mengalah lagi ya. Siapa yang rasa dia gagal dan nak baca sesuatu untuk menaikkan motivasi dalam diri, nah luangkan masa 10 minit untuk baca cerita aku. 

Summary usaha yang aku sudah lakukan

1) aku buat MLM direct selling -  herbalife.. bukan semua orang adalah gemok di sekitar aku... so macam mana aku nak jual...? kesannya aku terpaksa jual semua yg aku dah beli kat orang lain dengan harga yg murah gila...Aku dah keluar modal RM2k time ini tapi last-last aku buang saja Herbalife itu semua. haha. 

2) aku buat MLM direct selling - shaklee tapi aku buat untuk kegunaan sendiri je... takde orang nak beli drp aku... habis dalam RM500 jugalah...

3) aku jual insurans prudential - kawan2 dah lari sebab menyampah aku asek promote kat dorang melalui facebook dan whatsapp. banyak juga duit habis sebab nak buat modal dalam RM500 juga kot.

4) aku jual speaker pillow - tak berjaya sebab tak banyak permintaan. modal dalam RM500 juga habis tapi tak terjual.

5) aku jual barang baby, stokin 3d - tak  berjaya sebab tak banyak permintaan. modal dalam RM200 gitu juga kot, tak terjual langsung. Masa itu platform shopee tak famous lagi. 

6) aku jual shawl - tak berjaya sebab nak jahit tu ada kekangan sikit, aku duduk melaka masa ini, dan aku tak ada duit langsung nak kembangkan bisnes, nak beli stok kat kenanga atau GM. Aku cuba niaga 10 helai tudung saja dan mak mertua aku yang jahitkan. Aku jual di instagram tapi memang tak ada rezeki, tiada siapa terbuka hati untuk beli shawl aku. 

7) aku jadi editor buku - tak berjaya dan siap pakej kena marah dengan ketua editor sebab dorang rasa aku salah buat ayat. yelah dah lama tak belajar bahasa melayu. kemudian, satu sen pun tak dapat duit sebab dia kena re-do semua sekali semula katanya, katanya lahai kan, aku pun tak tahu. 

8) aku jadi dropship jual kurti sebab time itu tengah "in" sangat! - tak berjaya, tak dapat jual satu baju pun. padahal guna platform yang sama juga iaitu facebook, kan aku orangnya tak glamour jadi aku pun hmm macamtulah. 

9) aku jadi dropship jual baju-baju blouse dengan komisen RM5-RM10 untuk sehelai baju, aku tanya oh sikit juga ya cuma dapat RM10. Aku tanya sebab aku tak pernah buat - tak berjaya dapat pakej gaduh dengan owner kedai sebab dia salah faham dengan pertanyaan aku terus melaga-lagakan kami (aku+suami) dengan seseorang, jadi gaduh besar, memang mimpi ngeri untuk kami

10) aku jual zhulian - masih tak berjaya lagi sebab selalu sangat dapat customer dari neraka, asyik nak harga ahli saja

11) aku try jual barang thru shopee affiliate - masih tak berjaya sebab aku share kat FB ke mana-mana, tak ada orang klik pun.. huhu. Oh ye, aku ini orangnya tak glamour langsungggg sunggg, kalau aku letak status FB pun, aku hanya dapat 3 likes paling banyak... HAHAHA. Lagilah kalau aku buat status perniagaan lagilah tak ada orang like pun. 

12) aku buat Telegram shopee channel - tak ada subscriber langsunggggg huhu


Summary Temuduga Sepanjang 13 Tahun

Meh aku share sepanjang pembabitan aku kerja, aku dah berapa kali interview dan introduction stage before interview dan tak berjaya.

1. huawei - engineer (tak berjaya sebab aku taknak kerja luar negara - indonesia)
2- riger, setia jaya - engineer (berjaya tapi gaji kecil terpaksa tolak sebab abah aku sakit time tu)
3- printed circuit board melaka - engineer (tak berjaya sebab pregnant)
4- toshiba - engineer (tak berjaya)
5- sapura - engineer (tak berjaya)
6- intel - engineer (tak berjaya)
7- panasonic  - r&d (tak berjaya sbb aku blur sangat jawab masa interview)
8- tnb research - researcher (tak berjaya padahal 3 orang je calon kau!)
9- tm research - researcher (tak berjaya)
10- company SME jual undergarment di USJ - sales admin (tak berjaya sbb over qualified)
11- maxis department cpc (tak berjaya sbb diorang dah aim nak bagi jawatan itu kat siapa)
12- maxis department database (tak berjaya sbb diorang dah aim nak bagi jawatan itu kat siapa)
13- fibrecomm - engineer (tak berjaya)
14- kabaz system - sales engineer (tak berjaya)
15- isodynamique - application engineer (tak berjaya)
16- precision control - proposal engineer (tak berjaya)
17- texas instruments - buyer (tak berjaya)
18- dialog - proposal engineer (tak ada rezeki nak pergi)
19- siemens - engineer (tak ada rezeki nak pergi)
20- serba dinamik - engineer (tak berjaya)
21- nexus electronics - engineer (tak berjaya sbb aku blur sangat masa jawab interview sbb masa itu aku tengah dalam pantang time naqib. jadi memang tak pandai jawab. haha. wayar putus)
22- sirim - executive (tak berjaya sebab muda sangat katanya)
23- uitm Jasin - pegawai pentadbir (temuduga tak berjaya sbb pregnant)
24- gomen - pegawai sains angkasa (temuduga tak berjaya)
25- gomen - pegawai latihan vokasional (temuduga tak berjaya)
26- gomen - jurutera elektrik hospital (temuduga tak berjaya)
27- gomen - pegawai penerangan (PAC tak berjaya)
28- gomen - pegawai penguatkasa (PAC tak berjaya sebab aku rabun)
29- gomen - penolong pengarah MBOT (temuduga tak berjaya sebab tiba-tiba english aku tak fasih)
30- gomen LHDN (temuduga tak berjaya)
31- iec plant - HR executive (tak berjaya mungkin sebab pengalaman tak cukup)
32- solara - HR executive (tak berjaya mungkin sebab pengalaman tak cukup)
33- prominent fluid control - proposal engineer (tak berjaya sebab pengalaman tak cukup)
34- gomen UPNM - executive (tak berjaya - tiba2 tak jadi panggil temuduga)
35- gomen UTHM - engineer (tak ada rezeki nak pergi temuduga)
36- gomen - pegawai tadbir Hospital UITM (exam tak lulus)
37- gomen - pegawai tadbir UKM (exam tak berjaya)
38- gomen - pegawai tadbir Lembaga Getah (tak ada rezeki nak pergi)
39- cbh engineering - proposal engineer (tak berjaya)
40- fpso - procurement executive (tak berjaya)
41- maghfirah travel - operation executive (saringan pun tak lepas)
42- mr DIY - procurement executive (saringan pun tak lepas)
43- agensi gov damansara - executive IT (tak ada rezeki nak pergi)
44- butik di semenyih - admin executive (saringan pun tak lepas sbb dia kata aku tinggal jauh sangat)
45- solar energy company di puchong - engineer (saringan tak lepas padahal dah bagi CV pada CEO dan sudah janji nak interview aku minggu hadapannya tapi sampai ke hari ini belum dipanggil)
46- company di puncak alam - proposal engineer (tak jadi pergi interview)
47- company SME jual produk makanan minuman di USJ -  sales admin (tak berjaya sbb over qualified)
48- cbg - procurement executive (tak boleh nak accept sebab perlu workaholic, sabtu kena kerja)
49- company SME jual produk undergarment di USJ -  sales admin (tak berjaya sbb over qualified)
50- company di Puchong jual valve - proposal engineer (tak layak sebab bukan bidang)

oh banyak nye kena reject.. dah penat kena reject aje..Ye dan sekarang aku masih menganggur di tahun 2022. Perit dan kecewa bila dapat temuduga dan selalu kena reject. Sedih sangat, siapa tak sedih. Patah hati seribu. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aaamiiin......

Now tolong support bisnes aku di shopee aku (cari Adra Ansari Shop) plsss................... Hehe Terima kasih.

1 comment:

shamyheart said...

Salam Sis.
Minta maaf bertanya, bagaimana sis sara hidup?
Kalau yang "tak ada rezeki nak pergi" tu maksudnya sis tak pergi interview ke sis yang tak lapor diri?