TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jan 2022

Checklist Solat Fardhu, Solat Sunat, Baca Al Quran 2 Muka Surat, Baca Al-Mulk dan Baca Al-Kahfi

Assalam wbt dan Hai,



* Solat fardhu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) di awal waktu
* Solat sepertiga malam
* Solat sunat (Sunat sebelum Subuh, Sunat Taubat)
* Mengaji sekurang-kurangnya 2 muka surat di dalam Al Quran
* Membaca surah Al-Kahfi (hari biasa, ayat 1-10 & 101-110; hari Jumaat satu surah penuh)
* Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur atau selepas waktu Isyak

Hari ini kite nak share checklist solat dalam bentuk google spread sheet online. Jangan lupa tick.




Kenapa?
1. Memupuk semangat untuk menunaikan solat fardhu di awal waktu tidak kisahlah hari bekerja atau tidak bekerja. 
2. Solat sunat yang paling baik, solat sepertiga malam. solat sunat apa saja. Kalau tidak pasti nak namakan solat apa, cukup niat "Sahaja aku solat sunat 2 rakaat tunai kerana Allah Taala".
3. Solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan seiisinya. Jadi jika bangun awal, apa salahnya kita solat sunat. Mudah saja. Insha Allah. "Sahaja aku solat sunat subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala".
4. Baca Al Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat. Sesungguhnya Allah akan menerangkan rumah orang yang mengaji Al Quran. 
5. Baca Al-Kahfi setiap masa untuk mengelakkan fitnah dunia dan fitnah dajjal. 


Insha Allah.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih share sheets. Semoga dipermudahkan urusan tuan