Asbabun Nuzul Surah Al-Falaq Yang Mempunyai 5 Ayat
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW ditimpa sakit. Malaikat datang untuk menyelidik sebab musabab baginda jatuh sakit. Ternyata bahawa baginda disihir oleh Labid bin A'sam, seorang Yahudi. Labid menyihir baginda melalui mentera yang dibaca pada sebelas simpulan seutas tali. Lalu, ALLAH swt menurunkan Surah al-Falaq dan Surah an-Nas dan memerintahkan baginda membaca kedua-dua surah ini. Sememangnya bilangan ayat bagi kedua-dua surah tersebut adalah sebelahs ayat. Setiap kali baginda membaca satu ayat, terurai satu simpulan. Setelah selesai membaca semuanya, baginda menjadi sihat seperti asalnya.
Surah al-Falaq dan Surah an-Nas disebut al-mu'awwizzatain atau dua surah yang boleh dijadikan amalan untuk menangkis sihir dan angkara hasad dengki.
Surah An-Nas
Surah al-Falaq
No comments:
Post a Comment