TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Jan 2022

Pandangan Flat Earth Saya

Assalam wbt dan Hai,

Aku tahu, perkara ini tidak mencacatkan aqidah. Jadi aku hanya nak berkongsi dengan kalian. Adakah bumi ini bulat atau bumi ini datar? Aku pergi kepada flat earth. Ada 2 sebab kenapa aku kata begitu. Hujah ini adalah mengikut agama Islam. Jika kita mengikut fakta logik akal saja, memang banyak yang kita boleh tuliskan. Tiada masalah jika kalian tidak mempercayai aku kerana aku hanya menyatakan pendapat. 


Hujah pertama: Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat seluruh alam seperti dalam surah Al-Anbiya ayat 107

Alam ini diwujudkan kerana tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana menjadikan kita sebagai umat Islam. Alam ini pula sangat luas terbentang yang tak tercapai dek akal kita. 

Cuba bayangkan kalau ada planet-planet lain, adakah mereka tiada Nabi dan Rasul? Kalau betul wujudnya planet Marikh mempunyai ahli, adakah dia solat? bagaimana pula kiblat dari Marikh? 


Hujah kedua: Baitul Makmur sejajar dengan Baitullah Masjidil Haram

Banyak sangat hadis yang menceritakan tentang Baitul Makmur yang Rasulullah SAW nampak sendiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Info A Info B  Diceritakan oleh Sayyidina Ali dan Ibnu Katsir. Baitul Makmur ini adalah Kaabah di langit ketujuh di mana malaikat beribadah. 

Jika ditakdirkan Baitul Makmur jatuh ke atas bumi, ia akan jatuh betul di atas Kaabah Masjidil Haram. Jadi ini tidak mungkin terjadi sekiranya bumi berbentuk sfera, sentiasa bergerak dan berputar. Tak pelik ke?


************************************************************************

WHY FLAT EARTH REALLY MATTERS?
IF THE EARTH IS FLAT, THAT MEANS WE WERE CREATED BY INTELLIGINET DESIGNER. WE ARE NOT ADVANCED MONKEYS ON A SPINNING BALL GOING NOWHERE. INSTEAD OUR LIVES HAVE A PURPOSE AND MEANING. 




Selamat berfikir.



Terima kasih. 

No comments: