Assalam wbt dan Hai,
Okay, aku update kan di sini LOKASI, tempat di mana korang boleh beli air kelapa muda di tepi-tepi jalan dengan mudah dan cepat dan tangkas. Jika kalian ada mana-mana tempat lain yang korang tahu, boleh update di komen ya, nanti aku update kan di post. Terima kasih ~ ~
1. Di hadapan Masjid Al-Madaniah USJ 17 - dekat dengan SRA USJ 17, di situ ada deretan gerai-gerai makanan yang lain seperti Kopi Ais Vietnam, Nasi Ayam, Pisang Goreng Cheese, Apam Balik Crispy dll
2. Di hadapan kedai 99 Speedmart USJ 9 - landmark dekat dengan Restoran Pak Khalid, Restoran Carlos 2, dekat-dekat juga dengan Petronas USJ 9
3. Di area Masjid Al-Irsyad USJ 1 - betul-betul di hadapan masjid, tempat nak buat uturn haram sebab nak isi minyak Petronas atau nak beli McD drive thru
4. Di Boomtown USJ 11 - landmark Klinik Tujuan
5. Di USJ 4 - tepi jalan betul, kawasan perumahan. Kalau korang nak pergi SS 19 dari arah USJ 4, brader kelapa muda bawa lori ada di kiri anda, masuk susur kiri ya. Ada PASTI USJ 4 dekat-dekat dengan tempat tersebut
6. Di USJ 6 - landmark SK Seafield, laluan utama nak menuju ke pintu masuk Kuarters Guru dan Court Good Year 1. (kadang-kadang jual, kadang-kadang tak jual)
7. Di Kafe Oasis Subang USJ 4 - Kedai yang menjual air kelapa. Memang kedai betul, dekat-dekat dengan 99 Speedmart. yang ini korang google nama kafe ini ya. kalau familiar dengan SMK USJ 12, bila korang drive, SMK USJ 12 belah kanan kan, kawasan ini betul-betul kiri jalan, 99 speedmart tu boleh dilihat dari tepi jalan. Hah, kedai ini deret dia lah ye...
8. Di kawasan kedai-kedai dekat dengan Mainplace USJ 21. Betul-betul di bahagian yg sama dengan Mainplace. Kan ada banyak mini-mini pub bar, kedai makanan orang Cina, hah brader tu jual kat situ. kat parking lot je, mudah nak pergi.
9. Di hadapan rumah apartment, Tropika Paradise Condominium USJ 21. dekat-dekat dengan Mainplace jugak, ada satu laluan susur di sini, brader itu jual kat situ (kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada)
Setakat ini saja yang aku perasan. Nanti kalau ada lagi, aku bagitahu lagi. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment