TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jan 2022

Kerdilnya Aku Di Sisi Allah

Assalam wbt dan Hai,

Oleh sebab ini luahan perasaan, ayatnya tidak teratur sangat. 

Semaksimum boleh yang aku cakap pada diri aku. Allah sedang simpan doa aku. Allah suka aku berdoa, Allah rindu suara aku merintih. Semoga ada hari di mana Allah hiasi hari aku dengan yang indah-indah dan aku rasa betapa aku gembira di sini sebelum menuju ke akhirat. 

Aku hanya berharap yang Allah memang sedang menguji aku dan aku ini kedudukannya tinggi di sisi Allah. Sebab aku ini di dunia tiada apa-apa, sangat fakir dan miskin. Tiada makhluk dunia yang sudi memandang aku. Aku kerdil sangat-sangat dan sangat hina. Aku ulang ayat ini di dalam hati dan minda aku setiap hari, setiap waktu dan semoga Allah merahmati dan mengampunkan kekhilafan aku. Semoga Rasulullah datang memujukku di dalam mimpi agar hati aku lapang dan menunggu aku di Telaga Rasulullah kelak. Semoga aku dalam kalangan yang tidak diazab dan tidak dihisab kerana kekerdilan dan keterbatasan nikmat aku di dunia. 

Ya Allah, rahmati aku dengan syurgaMu kerana aku penat dengan kerendahan dunia ini. Matikan aku dalam khusnul khatimah dalam keadaan syahid di negeri Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, berilah syafaat kepadaku. Aaamin Ya Rabbal Alamin. 





Semoga Allah ampuni dosaku aku terhadap ibu bapaku. Aamiin....

No comments: