TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Nov 2021

Karangan Warisan Budaya Permainan Tradisional

Assalam wbt dan Hai,

Aku tulis karangan ini untuk pertandingan esei Hari Kebangsaan Tahun 2019 kot, malangnya kalah. Jadi aku letak dalam blog. 

gambar ehsan google

Permainan tradisional merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya. Ia melambangkan adat dan wajah satu-satu bangsa. Permainan tradisional telah diperkenalkan sejak generasi nenek moyang kita. Antara controh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. Jika permainan tradisional tidak dipertahankan pastinya generasi muda tidak tahu tentang warisan bangsa mereka sendiri. Namun sejak dua tiga dekad ini dapat kita saksikan betapa permainan tradisional ini semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat. Mengapakah hal sedimikian berlaku? Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.

Umum mengetahui banyak kelebihan permainan tradisional ini. Selain sebagai warisan budaya yang melambangkan identity masyarakat, ia juga adalah sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang terutamanya jika dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan baling selipar, galah panjang dan sepak raga. Kita dapat lihat, permainan tradisional boleh mengeratkan tali silaturrahim bukan dengan ahli kumpulan sahaja malah dengan ahli kumpulan lawan.  Ia juga dapat mengurangkan tekanan seseorang dan menyuhatkan tubuh badan. Permainan tradisional ini juga rata-rata sangat menjimatkan. Kebanyakan bahan asasnya daripada benda di sekeliling kita seperti tuju selipar memerlukan selipar, konda kondi memerlukan ranting kayu dan ting ting hanya memerlukan kawasan lapang. Jika kita lihat pula daripada sudut sector pelancongan. Program yang dianjurkan seperti Festival layang layang yang baru diadakan di Johor Bahru tempoh hari, juga Pesta Wau Antarabangsa yang diadakan di Kelantan tahun lalu mampu menarik minat pelancong dari luar negara. Secara tersiratnya, berlaku aliran masuk wang asing ke dalam negara. Izharlah di sini bahawa terdapat banyak kelebihan permainan tradisional yang kita perlu ambil berat kerana tak kenal maka tak cinta.

Jadi siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas?

Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah peranan ibu bapa dalam mempertahankan permainan tradisional ini agar tidak lenyap begitu sahaja. Ibu dan bapa boleh menghadiahi anak mereka set permainan tradisional seperti congkak dan bola sepak raga semasa sambutan hari jadi mereka atau apabila mereka Berjaya dalam peperiksaan. Jadi di waktu senggang, gunakan masa untuk bermain bersama dan hubungan kekeluargaan juga bertambah erat.  Jangan jadi seperti laporan di akhbar Utusan dua tahun lepas, permainan elektronik sebagai pengasuh kedua. Dek kerana kesibukan kerja, anak-anak seawal setahun sudah diberikan telefon pintar. Penggunaan alat elektronik terlalu lama dalam sesuatu tempoh memberi kesan kepada otak dan system fizikal anak-anak. Adakah kita mahukan anak kreatif dan cergas, atau kita mahukan anak yang kretif tetapi lemah tubuh badan? Anak-anak ini ibarat kain putih, kita yang perlu mencorakkannya. Justeru, bermulalah dari sekecil-kecil setahun, didik anak untuk bermain secara fizikal seperti permainan tradisional untuk melatih otak dan meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Seperti yang sedia maklum, rata-rata Peranan pihak kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan mesti memainkan peranan. Program Cintai Permainan Tradisional contohnya perlu dianjurkan supaya rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan tradisional secara mendalam. Sebenarnya ia hendaklah giat dijalankan bermula di peringkat kementerian dahulu diakhiri peringkat sekolah. Tanpa kerjasama daripada kesemua pihak, kempen ini pastinya hanya di atas kertas sahaja. Contoh penganjuran pertandingan adalah seperti permainan catur dan gasing. Jika kita mempunyai dana dan sokongan yang penuh, pertandingan seumpama ini mampu diketengahkan ke peringkat dunia seterusnya mengharumkan nama Malaysia. Ia juga dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa permainan elektronik yang tumbuh bagai cendawan itu setaraf kehebatannya dengan permainan tradisional.

Sokongan daripada media massa juga perlu dititikberatkan. Perihal permainan tradisional perlu dihebahkan melalui radio, majalah, televisiyen, surat khabar dan media sosial membantu membuka mata rakyat Malaysia khususnya. Zaman kini, semua maklumat hanya di hujung jari. Kita perlu mengambil kesempatan dengan perkara tular yang boleh memberi banyak faedah. Dengan satu klik, segala macam jenis pertandingan dan kempen mampu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Di peringkat sekolah pula, Kementerian Pelajaran Malaysia harus menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti wajib semasa aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kata bidalan meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Di bawah Rancangan Satu Murid Satu Sukan, setiap pelajar harus dapat menguasai satu jenis permainan tradisional. Penglibatan generasi muda dapat memajukan permainan tersebut dan mengelakkan daripada lenyap dan pupus begitu sahaja. Berkemungkinan idea seperti memodenkan permainan tradisional selagi tidak mengubah idea asal akan tercipta.

Jika kita lihat pula dari segi keburukan permainan moden yang ada pada hari ini. Ia memerlukan tenaga elektrik atau bateri untuk menggerakkannya atau menjadikannya berfungsi. Justeru selain perlu membeli permaianan tersebut, kita juga perlu membeli bateri. Hal ini menyebabkan kos tambahan diperlukan. Jika dinilai dari sudut sosial pula, permaiann elektrinik ini menjadikan pemainnya cenderung untuk bersendirian dan tidak perlu keluar ke rumah, maka perhubungan sosial antara masyarakat semakin terhakis. Bukan setakat dengan perhubungan sosial di luar rumah, malahan lebih teruk jika interaksi antara ahli keluarga semakin menurun. Tidak akan keluar dari bilik jika permainan elektronik tidak naik ke peringkat lebih tinggi atau naik “level”, sanggup juga tidak makan dan minum, malah ada yang bertambah tertekan dan hidup di dalam kemurungan. Keburukan ini selalu dipandang ringan oleh masyarakat kita seperti hanya melepaskan batuk di tangga.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam melestarikan permainan tradisional kerana bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

 

Terima kasih.

29 Nov 2021

150 Tips Wanita Dambaan Syurga oleh Ustazah Asma Harun dalam bentuk pdf

Assalam wbt dan Hai,

Kalian boleh download 150 Tips Wanita Dambaan Syurga yang dinukilkan oleh Ustazah Asma Harun. 




Semoga bermanfaat. 

Terima kasih.

25 Nov 2021

Doa Untuk Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Assalam wbt dan Hai,

Semoga bermanfaat.











Macam kite, tampal kat pintu. Jadi bila ada kelapangan akan baca. Insha Allah. 


23 Nov 2021

Cadangan Nama Bangunan Ala-Ala Melayu

Assalam wbt dan Hai,

Sekadar suka-suka sahaja untuk cadangan nama bangunan ala-ala Melayu. 



1. Cempaka widuri

2. Kencana iris

3. Akhtar purnama

4. Seroja bahari

5. Anta permana

6. Melati buana

7. Kratong delima

8. Seri nan hadir

9. Astakona purnama

10. Suria mentari

11. Flora idaman

12. Panca delima

13. Panji semarak

14. Cenderawasih



Terima kasih. 

22 Nov 2021

Mengapa Anak Sengaja Mengganggu Kita, Berbohong, Cemburu, Penakut, Cepat Marah ?

Assalam wbt dan Hai,

Aku ada terbaca di dalam satu ruangan tentang keibu-bapaan. Semoga bermanfaat.



1)     Jika anak dengan sengaja menganggu kita, maknanya kita tidak memberi cukup kasih sayang kepada mereka

2)     Jika anak berbohong itu tandanya hukuaman / tindakan kita terlalu keras untuk kesilapan yg dia buat

3)     Jika anak mempunyai self-esteem yg rendah, itu tandanya kita lebih banyak memberi nasihat (membebel) drp memberi sokongan.

4)     Jika kita telah memberi segala benda tetapi anak masih lagi mengambil barang2 kepunyaan orang lain itu tandanya kita tidak memberi ruang untuk mereka memilih

5)     Jika anak bersikap cemburu, itu tandanya kita selalu membandingkan mereka dgn orang lain

6)     Jika anak menjadi seorang penakut, itu tandanya kita cepat sangat membantu di saat mereka menghadapi cabaran. Biarkan anak berhadapan dengan cabaran tersebut

7)     Jika anak cepat marah, itu tandanya kita tidak cukup memuji dan menghargai apabila mereka berkelakuan baik. Mereka hanya selalu mendapat perhatian kita apabila mereka berkelakuan negative

8)     Jika anak tidak menghormati perasaan orang lain, itu tandanya kita selalu memerintah mereka seperti seorang boss dan tidak mementingkan perasaan mereka

9)     Jika anak menjadi seorang perahsia / pendiam, itu tandanya kita selalu membesarkan perkara yg menyentuh tentang diri mereka

10)  Jika anak bersikap biadap, itu tandanya kita juga bersikap biadap. Atau belajar menjadi biadap drp orang sekeliling

11)  Jika anak tidak berani mempertahankan diri, itu tandanya kita selalu menegur / menghukum di hadapan orang lain sejak kecil. Ibu bapa tidak sewajarnya menegur atau menghukum di hadapan kawan2, saudara atau adik beradik. Teguran dan hukuman hendaklah dibuat secara personal


21 Nov 2021

Petua Untuk Elak Bilik Kosong Didiami oleh makhluk lain

Assalam wbt dan Hai,

Ustaz aku ajar, Surah Al-Jin Ayat 1 hingga 10. Boleh diletakkan di bilik-bilik yang selalu kosong supaya tidak dihuni oleh makhluk lain. Kemudian, tampal juga di tingkap-tingkap kalau rasa risau dengan gangguan. Insha Allah, Allah sebaik-baik PENOLONG. 


Terima kasih. 

19 Nov 2021

Kisah Abu Yazid Al-Bustami dan Seorang Paderi : Menjawab 50 Soalan dan Bertanya 1 Soalan

Assalam wbt dan Hai,

Abu Yazid Al-Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi.


Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, "ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan dan bertanya satu soalan.

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "Baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan." Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, "Tidak ada lagi,"
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

"Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LA ILAHA ILLALLAH WA MUHAMMAD RASULULLAH." Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi.
Saya hanya menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.

"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.

"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Pertanyaan Ketua Paderi dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi
siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta'ala (ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, dan Siti Hawa Alaihissalam untuk Nabi Adam.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta'mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keldai Menguak.
Keldai Menguak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?


49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.


Menarik sungguh cerita ini. Insha Allah semoga kita sentiasa berada pada jalan Allah. Amin....

18 Nov 2021

Senarai Kalori Makanan Kategori Kuih-Muih, Lauk, Makanan Rutin, Makanan Segera, Buah-Buahan, Minuman dll

Assalam wbt dan Hai,

Simpan sini ya. Link



Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori



Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
1. minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kalori
2. minuman kotak 250g - 105 kalori
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kalori
4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kalori
5. aiskrim 2 skop- 390 kalori
6. susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kalori
7. yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kalori
8. mentega 2 sudu teh - 75 kalolri
9. keju chedar 1 keping -58 kalori

Kategori : Lain-lain
Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Tteh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice
Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori
Burger keju = 317 kalori
Café latte = 98 kalori
Café mocha = 177 kalori
Capati sekeping = 300 kalori
Capucino segelas besar 200ml = 200 kalori
Cekodok = 180 kalori
Cheese burger with extra beef seketul = 438 kalori
Cheese Cake sepotong = 400 kalori
Chicken grill = 142 kalori
Cip coklat 24 butir = 225 kalori
Coffee ice blended = 320 kalori
Coklat sepapan 45 gm = 230 kalori
Cucur udang seketul = 144 kalori
Daging lembu kari 2 kotak mancis = 130 kalori
Ice blended coklat segelas = 240 kalori
Ikan kembung goreng seekor = 140 kalori
Ikan kembung gulai seekor = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili sepotong = 142 kalori
Jagung & butter 2 cawan kecil = 358 kalori
Jus oren 200ml 3 kotak = 330 kalori
Kacang panggang dalam tin 2 sudu besar = 40 kalori
Karipap seketul = 130 kalori
Kasui = 160 kalori
Kek biasa tanpa krim sepotong = 87 kalori
Kuey teow goreng kerang sepinggan = 743 kalori
Kueyteow goreng sepinggan = 600 kalori
Kuih lapis = 130 kalori
Kurma 4 biji = 92 kalori
Laksa kari semangkuk = 589 kalori
Laksa Penang semangkuk = 436 kalori
Limau mandarin 2 biji = 90 kalori
Mangga sebiji= 100 kalori
Mee goreng kosong sepinggan = 660 kalori
Mee goreng mamak sepinggan = 660 kalori
Mee rebus sepinggan = 556 kalori
Mee sup semangkuk = 380 kalori
Mee/bihun goreng sepinggan = 510 kalori
Mi goreng segera sepinggan = 380 kalori
Milo secawan = 178 kalori
Murtabak sekeping = 722 kalori
Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti canai sekeping = 301 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori


Terima kasih. 

17 Nov 2021

Explain the procedures of disciplinary action in an organization

1.  Assalamualaikum wbt dan Hai

gambar ehsan google


  Exxplain the procedures of disciplinary action in an organization

A disciplinary action is a corrective action or a reprimand in response to employee misconduct, rule violation or poor performance. Disciplinary action can be necessary and beneficial component to a healthy and productive workplace. In some cases, employees may be short-tempered, irresponsible, and uncooperative, making life hard for an entire company. Thus, employers must come up with suitable measures to handle the situation. Such measures are called a well-written disciplinary action policy which clearly states the companies’ rules and consequence that happen if those rules are broken. Disciplinary action can range from a verbal or written warning to suspension or even termination depending on the severity of the violation. All the disciplinary actions must be recorded in written report as formality and will also become a proof when there is legal issue against the employers.

Many behaviors can warrant disciplinary action. That is why the disciplinary action policies outline all acceptable and unacceptable behaviors in the employee handbook to avoid any confusion and potential legal action that can be taken by the employees claiming their behaviors are not expressly prohibited. All these shall be informed during the very first day of working or during induction day to ensure all employees understand and make sure to prevent from acting it in future. The copy of employee handbook shall be handed out to employees as a reference. For the commission of any offence as stated in the policies, employees shall be aware that they are subject to the disciplinary action up to and including discharge.

Normally, employers classify two type of misconducts which are minor and major misconduct actions that will address different consequences based on the offences. It may end with warnings, dismissal, termination, or suspension. Major misconduct is any act or behavior that causes significant harm or damage to the reputation of the personnel and assets of the employer. Example of major misconduct actions are theft, fraud, damage to property, breach safety protocol, offensive behavior and drug and alcohol use. On the other hand, minor misconduct can be interpreted as any act or behavior that causes minimal damage or harm and is less damaging to the reputation of the personnel and assets of the employees. example of minor misconduct action includes absence without leave, leaving the workplace before time, careless use of company tools and equipment, not wearing the dress code and using company property for personal purposes. All misconducts must be investigated to identify major or minor in nature.

There are several ways on how employee is caught from acting misconduct. The complaint of misconduct can be from any employees in the company. The complaint must be put in a formal writing. Later if the complaint is found not to be an offence after investigation, HR department as on behalf of employer shall respond to the complainant that there is no case of misconduct. Step 1 is counseling and verbal warning. Counseling session can be once or twice times depends on the offence. To attend the complaint, first, employer must meet with the employee for a confidential meeting to discuss the problem. Here, employee needs to know the charges against him. It is important not to point fingers at who complained against him. This first meeting must discuss the issue and determine the necessary steps to resolve the problem. Within five working days, employer will prepare written documentation of verbal counselling. The employee will be asked to sign this document to demonstrate his understanding of the issues and corrective action. When there is sign of positive improvement in employee conduct, it will end as Step 1 of disciplinary action in the employee record.

The Step 2 is a written warning. Once a verbal warning is already administered and still, employer see no signs of improvement, then comes the turn of written warning. Written warning involves more-formal documentation of the performance, conduct or issues and consequences. During Step 2, employer will meet the employee to review any additional incidents or information about the performance, conduct or issues as well as any prior relevant corrective action plans. Employer usually come up with a formal performance improvement plan to the employees. The written may also include a statement indicating that the employee may be subject to additional discipline up to and including termination if corrective action is not taken. Within five working days, employer will prepare written documentation of Step 2 meeting. The employee will be asked to sign this document to demonstrate his understanding of the issues and corrective action. When there is sign of positive improvement in employee conduct, it will end as Step 2 of disciplinary action in the employee record.

Next the Step 3 take a final written warning to counter measure the misconduct. The written must warn and clearly state that termination follows if there is no improvement. Within five working days, employer will prepare written documentation of Step 3 meeting. The employee will be asked to sign this document to demonstrate his understanding of the issues and corrective action. When there is sign of positive improvement in employee conduct, it will end as Step 3 of disciplinary action in the employee record. The Step 1, Step 2 and Step 3 must be in written report to demonstrate that employer provides sufficient opportunities to employees to improve their performance, conduct or issues against him.

After Step 1, Step 2 and Step 3 disciplinary action seems not effective, it may indicate that the employee is someone that acting habitual or repetitive of misconduct. Which some conduct or problematic incident might cause harmful to the workplace. This is Step 4, where domestic inquire is initiated by employer. The domestic inquire is made to establish the validity of the alleged misconduct is proven or not. When proven, then it is subsequently recommended a punishment that is appropriate to the offence committed. Domestic inquire starts with a Show Cause Letter which is provided by employer to employee during disciplinary action policy. It asks the employee to provide an explanation of the offence and show cause why they shall not face disciplinary action issue in written letter. Prior to this show cause letter, employer shall ensure sufficient opportunities and assistance, or training has been provided, as well as time to address any offence issues. If not, then issuing a show cause letter may increase the risk of the employee disputing any disciplinary action. If the reply is acceptable, then it will end as Step 4 of disciplinary action in the employee’s record.

What if the reply is not acceptable? The case of offence will be investigated carefully. The employee then can be recommended to be suspended and period of suspension with pay or without pay is not more than 14 working days. The employee is advisable not to remain in the workplace because the issues are sensitive or require utmost confidentiality or may prejudice the integrity of the investigation. Within 14 days, when employer establish sufficient proofs, the case of the offence will be presented before a panel usually high management. The employee is given sufficient opportunity to defend himself against the charges of misconduct. If the accused employee is found guilty, the domestic inquire panel may recommend the punishment to the company. Punishment here says to terminate or to downgrade or to suspend the employment of contract of service. However, he can appeal to the company to reconsider for lesser punishment. If the accused employee is found not guilty, the domestic inquire panel will inform the company of its decision and company to pay back any amount due to the accused employee during his period of suspension with half-pay.

Nevertheless, there are misconducts that set aside all steps we discuss in the above. The 24-hours’ notice of immediate termination contract of service without prejudice is when employee is caught red handed while acting major misconduct. For example, an employee is caught red handed stealing company’s cash by another employee with the proof presence in CCTV camera etc. Some of the companies’ written policies do not give opportunities to appeal for this kind of offence. The reason is to prevent a recurrence undesirable employee behavior and become a red alert warning to other employees to not break the company policies.

In conclusions, a disciplinary action in an organization or in a company will help employer to control and stop employee from continuing unwanted behavior or at least to keep to a minimum disruption at workplace. Besides, it protects employer from allegations of wrongful termination.

(1412 words)


Anakin.

16 Nov 2021

Staycation di Espira Kinrara Puchong

Assalam wbt dan Hai,

Hah tempat seterusnya yang aku nak share ialah staycation di dalam Lembah Klang sahaja iaitu di Kinrara Resort yang terletak di Puchong. Wah dekat sangat! Kami book melalui Agoda sahaja. Di sini ada taman tema air mini untuk anak-anak dan ada juga kolam renang. Kolam renang agak dalam, perlu pengawasan orang dewasa jika mahu beri keizinan anak-anak berenang. 

Hampir kesemua bilik dalam 90% menghadap kolam. Yang tidak menghadap kolam renang, kedudukannya agak jauh sedikit, terlindung dengan pokok-pokok. Di belakang kami ada kolam renang dewasa, memang boleh terjun langsung dari hadapan rumah.

Yang ini kolam biasa, untuk kanak-kanak. Memang ini sahaja tapi dah puas juga untuk kanak-kanak.

Nampak dalam kan? Kalau yang tinggi dalam 1.78m mungkin bolehlah cecah-cecah sikit dasar, yang selebihnya itu, mungkin guna pelampung sakti. Hehe


Semalaman, dalam RM100+ juga bergantung dengan promosi. Agak limited nak masuk sebab Covid-19 kan, jadi pastikan boleh mandi baru book. Kalau tak, rugi pulak melopong saja tengok air. 


Sekian, terima kasih. 

15 Nov 2021

Karangan Lebuh Raya - Soalan Untuk Hantar CV di Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)

Assalam wbt dan Hai

Aku ada memohon pekerjaan dengan LLM, ada soalan tentang lebuh raya, jadi aku tulis karangan seperti di bawah. 


SOALAN

“Pembinaan lebuh raya banyak memberi manfaat kepada negara dan rakyat”.

Berikan pandangan anda mengenai kenyataan di atas.

 

Lebuh raya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sebuah negara. Malaysia amnya mempunyai jaringan lebuhraya yang efisien seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Pan Borneo dan Lebuh Raya Pantai Timur.  Sememangnya lebuh raya memberi banyak manfaat kepada negara dan rakyat.

Manfaat lebuh raya yang paling utama ialah memudahkan perjalanan antara bandar dengan bandar, antara negeri dengan negeri dan juga antara negara dengan negara. Lebuhraya menjadikan seseorang boleh pergi ke mana-mana tempat yang hendak dituju dengan mudah dan menjimatkan masa. Kalau dahulu, perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang contohnya memakan masa selama lebih kurang lapan belas jam namun kini dengan terbinanya Lebuh Raya Utara Selatan, perjalanan telah dipendekkan menjadi sepuluh jam sahaja. Tambahan pula, lebuh raya memiliki kawasan rehat dan rawat yang menjamin keselesaan kepada penggunanya. Kita berasa sangat selesa dan gembira sepanjang perjalanan.

Selain itu, lebuh raya menjana pertumbuhan ekonomi negara. Ia memudahkan penghantaran barang ke sesuatu tempat tidak kiralah sama ada dalam bidang pertanian, perkapalan dan perindustrian. Contohnya Malaysia terkenal dengan hasil komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah dari luar bandar. Dengan adanya lebuh raya, ia memberi peluang memperkasa ekonomi untuk jangka masa yang panjang dengan mengeksport ke negara yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Thailand dan Singapura. Kita juga dapat lihat kawasan perindustrian tumbuh bak cendawan di sepanjang lebuh raya. Kawasan yang dahulunya adalah berstatus kurang maju kini sudah dinaiktaraf menjadi kawasan perindustrian, secara tidak langsung menyediakan banyak peluang pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran rakyat.

Di samping itu, sistem pengangkutan dapat dimajukan sejajar dengan kemajuan lebuh raya. Dari sinilah tercetusnya inspirasi di mana Malaysia mencipta nama dengan menghasilkan kereta buatan Malaysia iaitu Proton dan Perodua. Ia menambah keselesaan kepada rakyat kerana dapat bergerak ke mana-mana dan bila-bila sahaja. Seterusnya ia turut menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan. Daripada perkhidmatan pengangkutan, pengusaha hotel, pengusaha taman tema dan pengusaha restoran, rata-rata yang terlibat dalam industri pelancongan membantu perkembangan ekonomi negara. Kita juga dapat lihat ramai pelancong dari luar negara juga turut datang ke Malaysia seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Kesimpulannya lebuh raya sangat penting dalam memajukan sosio ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, kita mestilah menitikberatkan faktor keselamatan dan prosedur yang ditetapkan supaya tidak akan menggugat keseimbangan alam sekitar. Dari itu, dengan adanya Akta Lebuhraya dan Alam Sekitar, juga badan bertauliah yang dilantik kerajaan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, LLM dalam menyelia dan mengendalikan apa-apa yang berkaitan lebuh raya mampu memastikan lebuh raya sentiasa berkualiti, selamat dan selesa digunakan oleh rakyat.

 

 Nukilan Anakin.

14 Nov 2021

Pergi ke Taman, Eco Ardence Setia Alam

Assalam wbt dan Hai,

Selalu pergi ke Shah Alam saja, hari ini kita pergi ke Setia Alam. Eco Ardence Setia Alam. Kalau orang Setia Alam memang familiar sangat dengan tempat ini. 


Ini satu lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati bersama ahli keluarga dan kawan-kawan di kawasan Klang Valley. Boleh masuk di instagram, orang kata. Tempatnya agak luas, boleh bersenam / jogging dalam masa yang sama bergambar. Parking banyak, jadi tak ada masalah nak parking ya. Kalau korang dari kawasan luar Setia Alam, dari tol, terus ready nak belok kiri. Boleh nampak Jaya Grocer dari tol, hah ready nak belok ya. Kalau tak belok awal, jauh pula nak drive. 





Terima kasih.

13 Nov 2021

Membaca Buku di Perpustakaan PPAS Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Perpustakaan ini dibuka seawal jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Mungkin tidak pernah tutup. Korang boleh datang sini untuk membaca buku. Di tingkat bawah sekali ada kawasan bacaan buku kanak-kanak. Untuk tingkat lain, ada kawasan membaca novel dll. Kami tak pergi ke tingkat lain sebab tak sempat. Baca buku kanak-kanak pun sudah lama. Masuk percuma sahaja.

Kemudian, kalau korang parking jauh di kawasan parking yang berbumbung, korang akan dibawa oleh trem atau korang boleh juga jalan kaki di bahagian belakang kawasan parking. Ada kafe juga di sini, tapi masa kami sampai memang ramai orang jadi kami pilih untuk jalan-jalan sahaja. 

Tempat ini memang tempat santai-santai untuk keluarga. Dan agak bising. Siapa boleh kawal budak-budak nak bercakap? Hahah....



Sekian, terima kasih.

12 Nov 2021

Lunch di Kafe Hipster, Jibby & Co Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Makan di kafe hipster yang bernama Jibby & Co yang terletak di Subang Jaya Selangor memang betul-betul menggugat iman dompet. Hehe. Makanannya memang agak mahal kalau aku kirakan, mungkin sebab aku rakyat marhaen sangat. Sungguhpun begitu, makanannya memang sedap sangat! Jadi berbaloi. Subang Jaya aku kirakan agak kurang kafe hipster dan agak tertumpu di kawasan SS15. SS15 sesak betul setiap masa, parking pula susah nak dapat. Jadi Jibby & Co memang bertuah sangat sebab memilih lokasi yang sangat strategik! Dekat juga dengan LRT Subang Jaya gais...

gambar ehsan google sahaja

Tak kisahlah duduk makan di atas atau di bawah, sama-sama cantik mana-mana bahagian terutamanya yang menghadap bahagian dalam restoran. 



Dua pinggan bersama air sedap, tolong sediakan dalam RM100 ya. Gitulah bajetnya. Oh ya, sini banyak parking jadi jangan risau okay, tapi semua parking berbayar tak kisah dalam atau luar mall. 

11 Nov 2021

Melawat Taman Saujana Hijau Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak bawa anak pergi berjalan-jalan, lokasi ini menjadi idaman kalbu. Memang ramai sangat orang setiap masa setiap hari. Tak tahu bila taman ini kosong. Huhuk. Korang boleh google sahaja Taman Saujana Hijau Putrajaya, memang terus ke destinasi. Korang boleh klik link yang aku sudah sediakan. Manalah tahu nak tengok-tengok dahulu.

Terletak di Presint 11 dalam keluasan lebih kurang 117 ekar. Besar sangat tak larat nak pergi semua. Kalau rajin, memang boleh nampak taman bunga semua, memang cantik sangat! Dikenali dengan hutan tanah tinggi atau hutan konifer kerana dipenuhi dengan tumbuhan dari spesis gymnosperma. Taman ini ada 3 landskap, iaitu Bustan inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah. Sikit saja yang aku tahu. 

Parking limited jadi berdoa sajalah dapat parking. 


Bustan Eropah katanya, ada pokok spesis wine tree. Cantik macam pergi oversea, takpun ala-ala Nami Island Korea Selatan, Eh yeke. 

Perjalanan jauh, jangan lupa bawa air. Tiada trem, Korang boleh bawa basikal sendiri. Tapi basikal tak ada laluan basikal dari parking, so kira korang kena angkat sendiri basikal naik tangga ya. Tangga pulak kecil. Penat kejap saja. 




Terima kasih.