TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

16 Nov 2021

Staycation di Espira Kinrara Puchong

Assalam wbt dan Hai,

Hah tempat seterusnya yang aku nak share ialah staycation di dalam Lembah Klang sahaja iaitu di Kinrara Resort yang terletak di Puchong. Wah dekat sangat! Kami book melalui Agoda sahaja. Di sini ada taman tema air mini untuk anak-anak dan ada juga kolam renang. Kolam renang agak dalam, perlu pengawasan orang dewasa jika mahu beri keizinan anak-anak berenang. 

Hampir kesemua bilik dalam 90% menghadap kolam. Yang tidak menghadap kolam renang, kedudukannya agak jauh sedikit, terlindung dengan pokok-pokok. Di belakang kami ada kolam renang dewasa, memang boleh terjun langsung dari hadapan rumah.

Yang ini kolam biasa, untuk kanak-kanak. Memang ini sahaja tapi dah puas juga untuk kanak-kanak.

Nampak dalam kan? Kalau yang tinggi dalam 1.78m mungkin bolehlah cecah-cecah sikit dasar, yang selebihnya itu, mungkin guna pelampung sakti. Hehe


Semalaman, dalam RM100+ juga bergantung dengan promosi. Agak limited nak masuk sebab Covid-19 kan, jadi pastikan boleh mandi baru book. Kalau tak, rugi pulak melopong saja tengok air. 


Sekian, terima kasih. 

No comments: