TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

12 Nov 2021

Lunch di Kafe Hipster, Jibby & Co Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Makan di kafe hipster yang bernama Jibby & Co yang terletak di Subang Jaya Selangor memang betul-betul menggugat iman dompet. Hehe. Makanannya memang agak mahal kalau aku kirakan, mungkin sebab aku rakyat marhaen sangat. Sungguhpun begitu, makanannya memang sedap sangat! Jadi berbaloi. Subang Jaya aku kirakan agak kurang kafe hipster dan agak tertumpu di kawasan SS15. SS15 sesak betul setiap masa, parking pula susah nak dapat. Jadi Jibby & Co memang bertuah sangat sebab memilih lokasi yang sangat strategik! Dekat juga dengan LRT Subang Jaya gais...

gambar ehsan google sahaja

Tak kisahlah duduk makan di atas atau di bawah, sama-sama cantik mana-mana bahagian terutamanya yang menghadap bahagian dalam restoran. 



Dua pinggan bersama air sedap, tolong sediakan dalam RM100 ya. Gitulah bajetnya. Oh ya, sini banyak parking jadi jangan risau okay, tapi semua parking berbayar tak kisah dalam atau luar mall. 

No comments: