TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Nov 2021

Pergi ke Elmina Iconic Bridge di Denai Alam Shah Alam

Assalam wbt dan Hai.

Jika orang Kuala Lumpur berbangga dengan Saloma Bridge, kita orang Shah Alam boleh berbangga dengan Elmina Bridge yang terletak di Denai Alam atau Seksyen U16 Shah Alam. Baru-baru ini selepas selesai PKP, barulah Elmina Bridge ini dibuka untuk orang ramai. Meriah betul ! Alhamdulillah tak hujan jadi seronoklah lari-lari bebudak ni. 




Sebelum ini, kami ada juga cuba nak pergi ke Putrajaya, nak lepak malam-malam di hadapan Masjid Putra. Malangnya, memang ramai sangat sampai kami tak boleh masuk pun ke laluan biasa kita, yg dekat pejabat PMO. Jadi tercari-cari juga tempat mana untuk melepak di malam minggu. 

Tak sangka di kawasan ini hampir serupa dengan Putrajaya cuma belum ramai penjual makanan dan yang menyediakan servis sewa basikal elektrik dll. Ada 3 sahaja food truck, satu jual air dan sosej/fish ball, satu jual sotong/ayam goreng, satu lagi lori tealive. Ada dua motor menjual ais krim. 

Ramai sangat orang nak bergambar, kebetulan kami ambil gambar, tiada yang photoboom.




Memang tersedia parking halal, dan ada juga parking haram di tepi jalan. Tak ada polis nak saman, so tak mengapa kot. hehe. 

Terima kasih. 

No comments: