Kalau korang teringin nak bawa anak pergi berjalan-jalan, lokasi ini menjadi idaman kalbu. Memang ramai sangat orang setiap masa setiap hari. Tak tahu bila taman ini kosong. Huhuk. Korang boleh google sahaja Taman Saujana Hijau Putrajaya, memang terus ke destinasi. Korang boleh klik link yang aku sudah sediakan. Manalah tahu nak tengok-tengok dahulu.
Terletak di Presint 11 dalam keluasan lebih kurang 117 ekar. Besar sangat tak larat nak pergi semua. Kalau rajin, memang boleh nampak taman bunga semua, memang cantik sangat! Dikenali dengan hutan tanah tinggi atau hutan konifer kerana dipenuhi dengan tumbuhan dari spesis gymnosperma. Taman ini ada 3 landskap, iaitu Bustan inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah. Sikit saja yang aku tahu.
Parking limited jadi berdoa sajalah dapat parking.
Bustan Eropah katanya, ada pokok spesis wine tree. Cantik macam pergi oversea, takpun ala-ala Nami Island Korea Selatan, Eh yeke.
Perjalanan jauh, jangan lupa bawa air. Tiada trem, Korang boleh bawa basikal sendiri. Tapi basikal tak ada laluan basikal dari parking, so kira korang kena angkat sendiri basikal naik tangga ya. Tangga pulak kecil. Penat kejap saja.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment