TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Nov 2020

Scammer Menyamar Nak Bagi Barang Kepada Bisnes Partner di Perak

Assalam wbt dan Hi,

Untuk pengetahuan korang, modus operandi SCAMMER memang akan mengatakan dia berada di luar negara, lalu mengatakan yang dia ada rakan niaga di Malaysia tidak kiralah di Perak, di Selangor dan lain-lain. Bagaimana mereka boleh tahu kita berniaga? Terutamanya jika kita memasarkan barang-barang kita di dalam Shopee, Mudah dan Facebook, senang nak DM / PM kita. Mereka kebiasaannya:

1) akan meninggalkan pesan, "Tolong hubungi saya di nombor 01112345678" 
2) ID yang tak masuk akal contohnya "jkdfshuygsrhegtuh" begini. Kalau ID manusia yang betul, "razak87", "najib34" gituu.

Kalau korang start whatsapp nombor itu, diorang terus kata nak pos something ke Perak (memang berdasarkan barang yg korang jual), berapa ya? 

Nanti konon-kononnya minta nombor akaun. kemudian minta email address.

Tujuannya? 

Kalau korang yang dah tahu tak mengapa, yang tak tahu; untuk pengetahuan korang, Telegraphic Transfer atau TT ini digunapakai untuk transaksi dari luar negara. Rajinkan diri nengok kat Maybank2u memang ada international transfer. Okay, email itu kononnya akan dimasukkan ke dalam akaun korang dan notifikasinya akan dihantar melalui email yang korang bagitahu kepada SCAMMER tadi.

Nah dia bagi email begini. Jangan klik apa-apa, terus block atau klik spam kepada email ini kerana ditakuti akan mendownload sekali informasi korang. 



Udoh ler kome JANGAN PERCAYA ! Mengarut bebonar! 

Contoh, barang korang RM130, jadi dia katalah RM130 itu terlalu sikit, dia terpaksa bank in RM500 kat korang. Kemudian baki RM370 perlu ditransfer kepada mereka semula. Kalau disuruh begini jangan buat! Tolong tengok dulu baki akaun korang ada bertambah ke tidak. Kalau tidak bertambah pun atleast ada floating nombor. Floating tu bagaimana? Floating maksudnya, ada duit debit masuk dalam transaksi tetapi baki akaun korang belum bertambah. 

Jangan gatal-gatal nak transfer duit kat deme.. nanti kalau korang pergi ke balai polis, kome saja kena bash dengan polis. Nanti kome juga sakit hati. 



Kemudian, korang boo layan saja. 


Mana ada bank bagi email dalam gmail. hmmm hadoyai... 


Kemudian, korang block saja dia ya... 





Terima kasih. 

No comments: