Hari ini aku nak berkongsi review makan di Super Saigon yang terletak di Main Place USJ 21. Makanan di sini berasaskan makanan dari Vietnam. Memang sangat menarik. Rasanya baru dibuka selepas PKPB hari itu, sebab sebelum ini kedai makan yang lain. Cara nak order masih lagi cara lama iaitu isi tempat kosong dan panggil waiter/waitress dengan loceng. Yang paling menarik, setiap makanan ada jumlah kalori. kahkah, tersedak kami nak order apa.
Nak tahu menu, lokasi semua, korang boleh buka website di sini Super Saigon
Luas dan selesa
Tengokkan gambar di dalam buku menu, nampak tak sedap dan takut tak pedas tetapi sebenarnya pedas gila oi tapi memang kena pedas untuk jadi lebih sedap! Semangkuk boleh dimakan oleh dua orang dewasa. Bahagiannya agak besar juga. Boleh minta mangkuk extra ya. Oh ya, isi mi adalah sejenis cha kuey teow.
Haaaa yang ini yang paling sedap! Kalau korang suka jenis kopi pekat, better minta jangan letak susu kot. ataupun korang jangan kacau gelasnya nanti tertinggal susu di bahagian bawah. Yang paling menarik, gelas kopi ini mengikut konsep sains !! Haha. gelas di masukkan ke dalam gelas, sama konsep macam termos! Jadi, memang boleh tahan panas lebih lama.. Yeay!
Kopi ini memang RECOMMENDED HABIS! haha yeayyy! Oleh sebab sedap, aku cari kopi pracampur 3 in 1 seperti ini. Next post aku review ya.... Okay kesimpulannya kalau kami datang balik sini, kami boleh repeat black kopi Pho Vietnam dan sup special beef combination. Hehe... Nantilah bila-bila. Terima kasih !
No comments:
Post a Comment