TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Nov 2020

40 Sebab Menarik Belajar di MRSM

Assalam wbt dan Hi,

Tadi aku dah tulis tapi terdelete. So aku tulis semula, aku bekas pelajar mrsm tahun 2001-2005.



1. Ada minggu aktiviti. Semua aktiviti mengikut subjek, wajib menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti. 

2. Ada waktu STAR, waktu free nak buat apa pun oi... kebanyakannya tidur time ini.

3. Ada perkhemahan badan beruniform dua hari satu malam, tidur dalam hutan dan banyak aktiviti seperti malam kebudayaan dll. Seronok sangat!

4. Ada tesis masa Tingkatan 5, siap ada buat kajian tempat, jumpa sesiapa berkenaan dan presentation.

5. Ada kem untuk subjek yang lemah, contohnya English Camp. Tujuan supaya kita cintakan subjek tersebut. Hehe

6. Ada banyak kelas insentif dari penceramah iaitu cikgu sekolah luar

7. Ada banyak program mentor-mentee. Cikgu akan kumpulkan student yang pandai dan jadi mentor. Mentee adalah orang yang lemah dalam subjek. Hampir semua subjek ada program ini

8. Ada Homeroom iaitu cikgu yang menjadi ibu/bapa angkat di sekolah. Kalau kita ada masalah, kita akan jumpa mereka dahulu barulah jumpa kaunselor sekolah.

9. Ada outing setiap weekend, bergilir-gilir lelaki dan perempuan takut ada masalah sosial.

10. Kita ada nombor maktab atau nombor pendaftaran. Jadi dapat result pun akan tunjuk nombor maktab aje... Lepastu boleh hantar surat kepada student mrsm lain mengikut nombor maktab kita atau nombor maktab random.

11. Ada hari epal, hari coklat, hari muffin dan macam-macam hari yang kita boleh send hadiah kepada kawan kita atau crush kita. Selalunya dianjurkan  oleh pengawas, kelas dan persatuan.

12. Ada banyak juga ceramah motivasi contohnya paling aku ingat, Abang Raja Shamri. Supaya kita sentiasa positif dan momentum belajar sentiasa ada.

13. Result mengikut pointer, GPA dan CGPA, seperti zaman universiti. Setiap semester ada penyampaian hadiah siapa dapat GPA 3.5 ke atas. Masa zaman sekolah menengah, aku sekolah di mrsm yang PANDAI SANGAT, jadi 3.5 itu biasa! Hampir separuh.

14. Ada banyak aktiviti sharing session daripada ex student mrsm yang sama, supaya student dimotivasikan. Gituhhh....

15. Ada bacaan Al-Mulk setiap malam tepi longkang sebelum tidur, bagus weh.... tidur aman

16. Makan 6 kali, sedap-sedap pulak... jadi aku memang gemuk masa kat mrsm hahah

17. Semua orang aktif masa kat mrsm sebab banyak sangat aktiviti yang menyebabkan nak ke taknak kau kena participate! huh... 

18. Ada public speaking bahasa Melayu dan english. Yang ini aku malas sikit sebab aku tak berapa pandai. Heheh

19. MRSM ada join program dengan universiti seperti UITM dan UTM untuk masukkan student mrsm ke sana menggunakan keputusan percubaan SPM MARA sahaja. Jadi jimat masa untuk student tersebut.

20. MRSM ada join program dengan banyak universiti atau kelas persediaan ke luar negara, memang mudah nak belajar di luar negara dengan tajaan MARA.

21. MARA kebanyakan akan taja student ex-mrsm di universiti yang kita belajar. Alhamdulillah

22. ada ceramah hujung minggu, bila-bila masa yang sekolah sediakan. 

23. ada aktiviti usrah setiap hujung minggu (sabtu atau ahad). usrah ini akan diketuai oleh naqibah yang dilantik biro agama. biro agama akan bagi topik yang sama kepada semua naqibah, jadi bincangkan. Hah macam tuuu.. hahah

24. ada ceramah agama waktu petang jumaat sementara bebudak laki pergi solat jumaat. tak kiralah yang sediakan ceramah itu ustazah atau biro agama.

25. setiap khamis malam jumaat wajib solat jumaat dan baca yasin ramai-ramai. hari lain tak berapa wajib, tak berapa rajin pengawas nak check setiap bilik. hahah..

26. memang automatik rapat dengan semua kawan-kawan sebab banyak habiskan masa bersama

27. waktu sukan sekolah memang lama latihan, tak macam orang yang duduk luar asrama. hehe. jadi boleh skip prep. Yeah....

28. ada banyak aktiviti yang mrsm kita jadi tuan rumah. jadi kita boleh jadi sukarelawan atau ahli jawatankuasa. boleh berkenalan dengan orang ramai. aku suka join. hahah

29. banyak pertandingan luar yang kita boleh sertai, apa-apa yang kau rasa kau nak join, boleh utarakan kepada cikgu berkaitan. contoh kuiz angkasa di bawah kelolaan Lembaga Koperasi Sekolah, jadi bagitahu dengan cikgu yang mentadbir. Kuiz Kimia Kebangsaan, kau hantar nama pada cikgu kimia dan seterusnya. 

30. banyak kertas periksa sekolah luar yang kita boleh guna untuk belajar, siap ada jawapan. rujukan library? tak payah sebab dikelilingi orang yang pandai hehe...

31. aktif gilaaaaaaaaaaaa semua persatuan badan beruniform, boleh menyertai semua program yang berkaitan di luar sekolah. (sama dengan no 29)

32. cikgu banyak yang memang hebat, yg ada masters, phd, IR, double degree, belajar overseas, belajar Malaysia pun ada ya tapi memang ramai yang hebat sangat! konsep yang mereka ajar pun terbaik!

33. untuk belajar, setiap subjek ada projek akhir. projek itu macam assignment zaman universiti. lulus gagal aje tapi still.. susah... hehe... 

34. pun kau boleh buat aktiviti kemasyarakatan ikut kelas, ikut homeroom, ikut persatuan, ikut suka kau. contoh, kau nak mengecat sekolah tabika, hah kau tulislah proposal dan hantar kepada sekolah. Nanti sekolah akan bagi kau modal kalau perkara yang kita cadangkan itu berbaloi. heheh

35. ada banyak aktiviti amali di depan mata, contoh macam mana nak buat Qurban Lembu masa sambut Hari Raya Aidil Adha. 

36. Ada banyak sukan persahabatan dengan sekolah mana-mana pun, selalunya bola sepak, ragbi, dan bola jaring, kita tengok saja dari jauh. heheh. feel dia lain...

37. Ada aktiviti menonton wayang. di mrsm kita ada dewan kuliah yang ke bawah macam zaman universiti, jadi hujung minggu pengawas akan mainkan movie apa-apa, kemudian kita bayar 50sen macam itu, tengok ramai-ramai seronok sangat!

38. hah yang ini aku lupa, kita wajib hafaz surah. masa kat sekolah menengah rendah, perlu hafaz surah Assajadah, masa sekolah menengah atas, rasanya surah Al-Insan kot. Aku lupa sikit. Hah lepastu setiap minggu kena tasmik nak check bacaan oleh biro agama. Pun kena hafal semua bacaan lepas solat. 

39. Setiap minggu boleh balik rumah kalau tak ada aktiviti sekolah. Pun mak ayah boleh datang lawat kita bila-bila. Nanti akan dengar pengumuman, mak ayah kita datang. WOW!!! Perasaan paling best dalam hidup!

40. Ada ATM kat pondok pak guard! HAHAHAHA

No comments: