TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Nov 2020

Pengalaman Bercinta Masa Zaman Sekolah

Assalam wbt dan Hi,

Kalau orang cakap tentang pengalaman bercinta, aku juga ada pengalaman ada crush dan bercinta. Haha.


Crush yang pertama ialah masa zaman sekolah menengah rendah. Zaman sekolah perlu ada crush supaya kita rapat dengan kawan. Kalau ada crush lalu, boleh jadi gosip bercerita. Nak nak lagi kalau kita duduk di asrama ya. Haha. Masa itu aku suka cinta pandang pertama masa Tingkatan 1. Tapi memang kerana aku suka dia, aku kenal dengan dua kawan aku yang aku masih kawan sampai sekarang iaitu Atun (Radhiatun) dan Dyeng (Dyeng Juraidah Hanim). Sebenarnya budak itu atau namanya R*jh*n sudah ada girl friend tapi aku in denial. Kelakar sangat. But still aku confess for the first time, masa itu zaman convo sekolah menengah rendah, terus bergambar. Gambar itu aku dah lama koyak pun. 

Aku cuba-cuba couple kali pertama masa Tingkatan 2 dengan seorang budak nama dia Syahmi. Syahmi yang cuba memikat aku dulu, ya sama kelas dengan budak Atun dan Dyeng tadi. Dak Atun dan Dak Dyeng bagitahu aku supaya aku cuba saja terima. Hah, tapi dia ini psiko sikit. Over reacted. Dia sangguplah beli kaset "Rozana" dan walkman, bagi aku dengar. Lepastu bagi aku macam-macam. Kalau waktu weekend, dia akan selongkar meja aku dan pergi baca semua buku nota aku, nak tahu kalau-kalau aku tulis diari atau apa-apa. Hah tapi walaupun aku couple dengan Syahmi tapi kan aku suka R*jh*n kan. haha. Kelakar. So Si Syahmi jumpa aku tulis main kira-kira peratus nama dengan pasangan dalam buku aku, dan kantoi dan aku pun cuba nak clash tapi Syahmi taknak, lama-lama gaduh punya gaduh aku dapat keluar daripada cengkaman dia. 😅Sebenarnya Syahmi baik, pandai, anak yang baik, cuma aku saja yang tak suka. Kemudian, nak jadi cerita, sekolah menengah atas, sama sekolah dengan dan kat universiti pun sama dengan dia. Hmm cuma sekarang ini, Syahmi sudah kembali ke Rahmatullah sebab menghidap kanser. Sebelum dia jatuh sakit, aku sempat jumpa dia di KL Sentral, rupa-rupanya itu kali terakhir aku berborak dengan dia, dan aku pun lupa nak ambil gambar dengan dia masa itu. Al-Fatihah (dibaca). 

Crush kedua aku ialah H*zr*n, masa Tingkatan 4. Okay yang ini aku kenal sebab aku jadi budak Koop sekolah. Koop itu ialah Koperasi sekolah. Aku suka sebab dia kelakar tapi yang ini aku memang bodoh-bodoh alang! Aku memang obvious tunjuk yang aku suka budak ini. Agaknya sama psiko macam dak Syahmi tadi. Kihkih. Budak ini nampak suka kat aku tapi dia malu nak mengaku, so apa yang dia buat, dia selalu buat-buat main tarik tali dengan aku. Gaya macam suka, tapi sebenarnya tak, gaya macam tak suka, tapi sebenarnya ya. Pening aku dengan dia. Kerana aku ada crush ini juga, aku rapat dengan beberapa orang iaitu Tim (Shatima), Tiqah (Atiqah), E (Imani), Dibah (Adibah) dan Zati (Zati Iwani). Sebenarnya penting sangat ada crush masa zaman sekolah, nampak tak? Kau boleh gosip, boleh borak-borak dll. Masa aku kerja, aku jumpa semula dengan budak ini tapi masa itu tinggal seminggu lagi aku nak kahwin dengan Bang Ajid, dan dia nak kahwin dengan pasangan dia. So memang tiada jodoh. Hah gitu... 

Couple aku kedua masa Foundation zaman universiti. Nama dia Sy*f*q, sama jurusan dengan aku. Aku cuba-cuba bercinta juga dengan dia. Budak ini sejenis psiko obses macam Syahmi jugak. Haha. Jadi dia memang tak suka kalau aku sengih-sengih bergembira dengan lelaki lain. Mesti nak mesej kecemuburuan. Memang selalu gaduh sebab umur pun baru 19 tahun. Masa itu dia memang serious sangat yang setiap bulan dah kumpul RM500 - RM1000 sebulan sebab nak kahwin awal. Oh, aku tak terfikir lagi oi. At last, dia mintak clash dengan aku sebab dia nak couple dengan adik angkatnya yang memang memberi kasih sayang tak berbelah bagi sejak Tingkatan 4. Sudah kahwin pun sekarang, anak tiga orang. Good for him.

Couple aku ketiga masa first year second semester. Nama dia M*td*n (Hafizuddin). Hah yang ini pun aku suka gila kat dia. Haha tapi nasib baik dia yang memikat dahulu kalau tak, mahu malu juga. Kenal sebab buat aktiviti subjek sama-sama walaupun lain jurusan. Orangnya hensem dan asal dari Kedah. Dia memang tak berapa cerita pasal keluarga dia, aku je yang selalu tanya. Dia selalu ajak dating tapi aku taknak sebab aku malu dengan kawan-kawan. Bukan malu ada dia sebagai boyfriend cuma malu sebab couple. Dan akhirnya dia mintak clash dengan aku, dengan alasan aku terlalu baik. Lepas beberapa hari aku dapat tahu yang dia couple dengan budak jurusan dia juga, sudah kahwin pun sekarang. Good for him. Masa aku clash dengan budak ini, aku frust gila betul eh sampai aku terpaksa bakar semua pemberian dia sebab aku nak lupakan, baca surah Yaasin tiap hari, okay yang ini kelakar. Hahahahahaa.. Apo tak matang!

Lepas daripada semua ini, aku dah tak couple tapi banyak crush. BANYAK! Haha... Seronok sangat sebab aku banyak dapat makanan dan hadiah percuma, tiba-tiba aje sampai delivery kat bawah, tiba-tiba aje ada orang jerit-jerit nama aku time aku lalu kat kaki lima, tiba-tiba aje ada budak tahu bilik aku tingkap yang mana kat kolej kediaman, tiba-tiba aje ramai follower dan tegur kat bangunan akademik. Dan masa itu aku suka sebab jadi glamour, kelakar kan, budak baru nak up... 

Kalau crush, masa zaman universiti adalah beberapa orang. Yang pertama nama dia Af*q jurusan lain, dia sama team dengan aku masa minggu orientasi. Sejak itu aku mula berhubung, selalu wish birthday. Tapi aku rasa dia sejenis masa universiti jangan bercinta, kena study. Hah, jadi lama-lama kami lost contact. Dan tahu-tahu masa lepas graduasi, dia jumpa dengan isteri dia sekarang, sama course juga. Yang aku tak boleh lupa ialah birthday dia. Birthday dia sama dengan tarikh abah aku meninggal dunia. Masa first time, dia jumpa dengan bang Ajid (2013 - aku dah kahwin dengan bang Ajid), dia yang salam bang Ajid perkenalkan diri dia nama siapa dan dia mengaku dia kawan aku. Motip sangat kan? Hehe... 

Lagi crush aku masa zaman universiti, ialah Ed*y. Aku fikir dia memang serius dengan aku. Setiap malam telefon. Oh ya dia orang Ganu jadi susahlah nak speaking bahasa biasa. Lepastu ex bestfriend aku (M*mie) sentap sebab aku kata, Ed*y suka kawan dengan dia lebih daripada aku. Yelah masa acah-acah dating bawak M*mie, tapi Ed*y layan lebih ke M*mie. Haha. Childish gile oi masa itu. Beberapa kali juga aku datingn dengan Ed*y. Dia siap nak buatkan baju kurung, ye dia pandai menjahit. Masa intern, tiba-tiba lost contact sebab dia balik semula kepada ex gf dia. Oh my bad. Tak mengapa... Hehe

Lagi crush aku masa zaman universiti ialah Az*z. Dia sama tadika dengan aku. Lol. contact semula masa zaman universiti, bukan sama uni tapi kebetulan terjumpa masa intern. Dia chef, tukang masak. Hmm aku ingatkan serius dah lah dengan dia, tapi tiba-tiba lost contact juga. Mak aku kenal dengan Az*z sebab memang duduk sama kampung dengan aku. Kebetulan mak dia ialah pangkat anak sedara abah aku.

Lagi crush aku masa zaman universiti ialah S*fw*n. Hah dia muka macam Budi Tentang Bulan, cerita budak-budak kecil dulu kan. Panggil Budi sebab Ain kata muka diorang sama. Ain ini kawan aku zaman universiti. Hehe. Serius memang tak hensem langsung tapi dia baik. Kemudian, memang rapat semua benda cerita. Aku cerita kat dia, semuuuuuuuuuuuuua crush aku di atas. Hahah, kira paling rapat dengan dia. One day masa aku nak intern, aku pergilah makan dengan dia kat kafe, lepastu dia kata, dia dah jumpa bakal isteri dia iaitu ex gf dia. Aku time tu rasa nak tepuk dahi. Laaaaaa..... dah ada gf rupanya. Kahkahkah. Okay fine. Aku pun tarik diri saja...... Hehe... 

Syukurnya sebab cinta dan crush tak mengganggu keputusan belajar aku langsung. Alhamdulillah sangat-sangat! 

P/S Aku kenal bang Ajid selepas kenal semua orang di atas. Hehe.

No comments: