Selalunya memang dapat review berbintang-bintang di sini. Jadi kami cubalah nasib kalau-kalau ada tempat duduk pada waktu sarapan. Kami tiba dalam pukul 9 pagi, jadi masih ada lagi stok lontong pada hari itu. Lokasinya berada dekat di belakang stesen Shell Seksyen 7 atau Unisel.
Yang menarik lontong di sini, dihiasi dengan telur rebus separuh, tiga keping tempe dan sebiji bergedil. Kuantiti just nice, memuatkan perut kami yang makan tidak banyak. Pelanggan memang ramai sampai kena beratur. Kami makan sambil ditemani penyanyi busker, jangan lupa bagi sekurang-kurangnya RM1 sebelum pulang. Dibuka seawal 745 pagi hingga pukul 11 pagi sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat.
Lontong Klang
Nasi Lemak
Sebaris dengan 99 Speedmart dan Mamak Hakim Seksyen 7 Unisel
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment