Misi pencarian lontong sedap dan nasi lemak sedap diteruskan walaupun PKPB. Jadi kami singgah di Restoran Ubi Kayu yang terletak di Putra Height. Sebelum ini, Restoran Ubi Kayu ada dibuka di USJ 22 berdekatan dengan One City tetapi sudah ditutup. Jadi kami pergi di Putra Height. Kedudukannya agak strategik kerana betul-betul di depan trafik light simpang tiga, jadi confirm takkan sesat. Tapi still, korang bolehlah google jalannya, memang ada di internet.
Font Ubi Kayu itu sendiri aku pun suka. Haha... adoyai
Nasi lemak, RM3.50 dengan telur mata.
Nasi lemak hijau yang sangat harum dan sedap. Kepedasan sambal just nice dan boleh dimakan tanpa mengalirkan air mata. Yeah. Kepuasan dirai. Setara dengan Nasi Lemak Lenggong. Kemudian, portion nasi lemak juga agak banyak, boleh berkongsi dua orang kalau korang jenis bukan pemakan yang banyak. Kalau korang sejenis makan banyak, tak cukuplah kot.
Roti jala, RM3.
Roti jala nampak saja tiga keping itu sedikit, tetapi puas. ketebalannya memang memuaskan. Jadi sekeping pun sudah cukup kalau korang bukan pemakan yang banyak. Cuma kuahnya terlalu sedikit, mungkin boleh minta extra tetapi kami malu. hehe.. Karinya pun sedap.
Menu lain yang meletop kebabom di sini.
1. Lontong
2. Mee Jawa
3. Mee Kari
Dibuka seawal 8 pagi, kalau korang datang dalam pukul 11 pagi, insha Allah semua menu yang hot kebabom ini sudah habis. Yang tinggal hanyalah lauk makanan tengah hari.
Okay selamat menjamu selera!
No comments:
Post a Comment