TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

1 Nov 2020

ASAL Singkatan OK

Assalam wbt dan Hi,

ASAL Singkatan OK

Adakah anda tahu apa yang kita selalu sebut singkatan "OK"? Tanya orang putih pun mereka juga tidak tahu. 

Sir Thomas Stamford Raffles (1781-1826) pada tahun 1811 dilantik oleh Ratu England sebagai Leftenan Jeneral Hindia Timur dan dihantar ke Indonesia. Raffles juga merupakan pengarang "The History Of Java" yang terkenal dan pengasas Taman Botani Bogor.  Dialah yang mengubah nama Bencoolen menjadi Bengkulu. Raffles juga dikenali sebagai pengasas bandar Temasek / Singapura.  Selain itu, dia juga seorang ahli botani, penyelidik tumbuhan dan salah satu penemuannya kini dinamakan bunga Rafflesia Arnoldi (bunga mayat).



Pada suatu hari, Raffles ingin memasuki hutan bersama rombongannya. Kumpulan kecil yang kebanyakannya terdiri dari orang Jawa sebagai pekerja bantuan membawa peti barang diketuai oleh Raffles sendiri dan dibantu oleh penterjemah yang memahami bahasa Jawa. Setelah Raffles memeriksa kesediaan rombongannya, dia berseru:

 "Are you ready...?"

Tidak ada yang menjawab kerana kumpulan itu tidak memahami bahasa Inggeris. Raffles meminta penterjemah untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kemudian penterjemah itu berseru: 

"opo kowe wis podo siap ..? "

Serentak kumpulan itu menjawab: "Ojo Kuwatir ..! "

Raffles bertanya kepada penterjemah maksud jawapannya dan bagi Raffles jawapannya sangat baik kerana tersirat dengan semangat dan meyakinkan. Dia ingin mengulang pertanyaan itu dalam bahasa Jawa tetapi mengalami kesukaran untuk mengucapkan kalimat Ojo Kuwatir, kemudian menyingkatnya. Raffles berteriak: 

"Are you O.K.?"

Rombongan seraya sunyi sepi tidak faham. Barulah penerjemah menerangkan maksud Raffles dan memintanya menjawab OK. Kemudian. Raffles menjerit lagi dengan kuat: 

"Are you O.K...?"

Kumpulan itu menjawab dengan lantang sekali dan penuh semangat: "OK ...."

Kemudian mereka bergerak ke hutan. OK artinya Ojo Kuwatir. Jadi perkataan OK sebenarnya Bahasa Jawa yang sudah bertaraf antarabangsa ... 👍



Terima kasih. 

No comments: