TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Dec 2021

Seloka Berhenti Kerja 24 Jam

Assalam wbt dan Hai,



Kadang-kadang kita ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,
Masalah yang membawa kerisauan,
Setiap hari tidur tidak aman,
Sudah cuba untuk hadapi dengan tenang tenangan,
Tetapi apakan daya aku harus juga terus terang dalam perihal yang tidak boleh dielakkan,
Siap ku google bagaimana mahu menyatakan,
Nyatakan kepada HR yang aku mahu berhenti 24 jam berkenaan,
Boss memang marah sakan,
Dia tidak percaya yang keluarga dijadikan alasan,
HR juga tidak percaya keluarga dijadikan alasan,
Kerana tiada staff yang ada masalah seperti aku kan,
Namun setiap orang mempunya persepsi dunia pandang dan banyak perbezaan,
Kita patutnya meraikan,
Bukan hanya menyoal tak putus soalan,
HR tak puas hati dengan jawapan,
Ditebaknya bertubi-tubi pertanyaan,
Jadi paksa aku jawab juga kepahitan,
Aku kata aku tidak ngam dengan rakan sepasukan,
Mungkin pengalaman 10 tahun bersama toxic people menjadi pengajaran,
Aku cuba juga bersangka baik dan khusnuzon, 
Sayangnya perangainya memang naturally jenis suka mengarah, marah dan tiada toleransi, tiada perubahan,
Setiap hari tetap bad mood dan mood ke lautan,
Sedangkan kerja sehari seperti sebulan,
Apatah lagi mahu meneruskan kontrak setahun yang dijanjikan,
Tidak sakit mencari penyakit namanya, kasihan,
Aku memang mudah sakit bila berkerja dengan orang bukan-bukan,
BP mula naik, anxiety attack, berdebar-debar, tidak suka masuk office, marah-marah berbenci-bencian,
Sampai aku rasa lebih baik aku kena covid supaya tak payah datang kerja sebulan,
HR kata aku yang tidak pandai menghadapi kesukaran,
HR kata aku patut tangani toxic people sendirian,
Bukan mengharapkan orang lain untuk menjadi system support berturutan,
Bukan nak kata apa, tapi aku google juga how to handle toxic people berlanjutan,
Yang history google aku tidak clean up dalam laptop pinjaman,
Tapi sayangnya semua jawapan kata supaya aku buat bodoh tahan makian,
HR "cuba menyebelahi" budak itu dengan mengatakan,
Budak itu high expectation kepada aku kerana 10 tahun pengalaman,
Aku nak saja jawab masalahnya aku bukan dari bidang yang sama jadi aku sebenarnya tiada pengalaman,
HR yang salah mengambil aku kerja lari bidang dan membuat andaian,
Sepatutnya HR dari awal lagi reject permohonan,
Sebab HR dan boss tahu bakal rakan sepasukan sejenis suka team mate yang tinggi daya pemahaman,
Ini tidak, seperti melepaskan batok di tangga dan meletakkan aku punca semua kesalahan,
Lalu HR bilang aku suka lari daripada masalah sendirian,
Dan HR suruh ajukan kepada boss department,
Bila aku kata aku tak mahu panjang-panjangkan,
Aku prefer untuk berhenti dan bayar ganti rugi yang dijanjikan,
HR tak suka dan kata ini first time dalam rekod ciptaan,
Selepas 7 hari hantar surat resign terang-terangan,
Apa HR nak jawab dengan pihak pengurusan,
Katanya begitu sungguh-sungguh suruh aku bertahan,
Bertahan sampai sekurang-kurangnya 2 bulan,
Kemudian yang jaki, HR bagitahu rakan sepasukan,
Hmm memang aku kena perli dengan singa jadian,
Lagi aku tekad bulat berterusan,
Aku pilih untuk membuat bayaran, 
Aku tak kisah bayaran,
Duit boleh dicari pinjam sana-sini dengan kakak dan teman-teman,
Asalkan aku boleh berhenti menyeksa hati dan fikiran,
Aku benci jumpa dengan orang yang suka ''membuli'' tanpa memikirkan perasaan orang lain,
''Membuli'' tanpa sedar kerana mereka fikir orang baru perlu ikut kata orang yang berpengalaman,
''Membuli'' dengan niat supaya prestasi ditingkatkan,
Bagi aku mereka ini angkuh dengan ilmu yang Allah pinjamkan,
Dalam pada itu aku appeal untuk mengurangkan bayaran,
Daripada RM7500 kepada RM3000 bersamaan gaji sebulan,
Syukur Alhamdulillah aku mampu membuat pembayaran,
Yang penting hati aku tidak sakit berlanjutan.
Masa aku return laptop dan kad, HR tetap kata aku tiada profesionalism kan,
Semua kata-kata tetap menjadi hiburan,
Aku tidak mahu kata-kata mereka menjadi pedoman,
Sebab aku tidak akan berkerja dengan syarikat yang tidak faham perbezaan,
Yang penting aku tidak mahu setuju kenyataan,
"if you quit, can u get a job, u said u already jobless for 3 months",
Sesungguhnya rezeki itu di tangan Tuhan,
Biar Tuhan yang menentukan,
Aku akur yang pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia yang bertopengkan kegembiraan,
Aku anggap kisah ini menjadi pengajaran,
Pengajaran paling besar dalam hidup supaya selalu bersyukur atas nikmat Tuhan,
Bersyukur dan terus bersyukur dan mampu memberi senyuman.

No comments: