TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

23 Dec 2021

11 Keadaan Seksa Kepada Wanita Di Dalam Neraka Semasa Peristiwa Israk Mikraj, Yang Diceritakan oleh Rasulullah kepada

Assalam wbt dan Hai,

RASULULLAH Menangis Cerita Tentang Azab Neraka.. 😭🥺 | Siri 8 Kitab 'Uqudul Lujain


Menulis semula.

Rasulullah menceritakan kepada Sayyidatina Fatimah dan Sayyidina Ali ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Allah mengizinkan untuk baginda lihat pemandangan 11 keadaan seksa kepada wanita di dalam neraka hingga Rasulullah menangis. Rasulullah kenal umat baginda. Rasulullah nampak banyak jenis seksaan tetapi memilih hanya menceritakan 11 jenis seksaan sahaja.

1) Perempuan yang tergantung di dalam neraka dengan lidahnya digantung dan api neraka yang amat panas dituang ke dalam tekaknya 👉 ISTERI YANG MENYAKITI SUAMINYA, MELAWAN DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KASAR PADA SUAMI (PANGGIL BUKAN-BUKAN, TAK BAGI KELUAR TETAPI KELUAR JUGA, SURUH MENUTUP AURAT TETAPI TAK NAK IKUT DLL), ISTERI YANG TIDAK TAAT KATA-KATA SUAMINYA, SEOLAH-OLAH DIA LEBIH HEBAT DARIPADA SUAMINYA (SUAMI TAKUT ISTERI), ISTERI TERASA TAAT ITU BIASA-BIASA SUDAH CUKUP

2) Perempuan yang digantung dengan rambutnya tanpa seurat benang dan mendidih otak kepalanya menggelegak 👉 PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP RAMBUT DARIPADA DILIHAT OLEH LELAKI BUKAN MAHRAM

3) Perempuan yang tergantung dua kakinya dengan keadaan terikat lagi terlitup, malaikat menyeksanya dengan mengeluarkan kedua-dua tangannya dari pihak belakang (seolah-olah tangan letak di tengkuk), malaikat melumur minyak tanah pada badan dan dituang air panas ke dalam tekaknya 👉 ISTERI YANG KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI

4) Perempuan tergantung dengan dua susunya (payudara), makan buah zaqqum amat pahit yang menghancurkan seluruh urat dalam badan dan tajam berduri lalu malaikat memasukkan buah zaqqum itu ke dalam tekak perempuan itu lalu menggelegak segala isi perutnya, otaknya, gusinya sehingga mengeluarkan lidah api kerana terlalu panas 👉 ISTERI YANG MENGHABISKAN HARTA SUAMI (MENCURI/MENGGUNAKAN) TANPA IZIN SUAMI

5) Perempuan yang tergantung dengan keadaan dia makan dagingnya sendiri dan dalam keadaan api dinyalakan dari bawahnya 👉 ISTERI YANG MENGHIAS TUBUHNYA UNTUK ORANG LAIN SELAIN SUAMINYA (PERGI KELUAR RUMAH PAKAI BAJU CANTIK DAN KEMAS, MAKEUP CANTIK-CANTIK TETAPI DI RUMAH TIDAK BERHIAS UNTUK SUAMI)

6) Perempuan tergantung dan malaikat tambat kakinya kepada kedua susunya dan kepada ubun-ubun kepalanya, dijadikan di atas badannya ular, kala jengking dan binatang berbisa yang makan daging dan patuk bisa 👉 PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENYUCIKAN BADANNYA UNTUK SUAMINYA

7) Perempuan tergantung dalam keadaan buta, tuli dan bisu di dalam karung guni api neraka, terkeluar otak daripada kepalanya mengalir ke dalam hidung dan badannya, amat busuk baunya dan dalam keadaan terputar-putar seperti terkena penyakit yang teruk 👉 ISTERI YANG BERZINA DENGAN LELAKI LAIN

8) Perempuan tergantung dalam keadaan dipotong/disiat dagingnya depan belakang dari segala anggota dengan gunting api neraka 👉

9) Perempuan tergantung dalam keadaan hitam seluruh mukanya dan kedua susunya dan api memakan isi perutnya 👉

10) Perempuan tergantung kepalanya ditukar kepada kepala babi dan tubuhnya ditukar menjadi tubuh keldai dan di atasnya beribu-ribu warna dari azab (seolah-olah lebam atau menunjukkan banyak azab yang dihidapi) 👉 PEREMPUAN YANG SUKA MENGADU, BERDUSTA TENTANG KEBURUKAN SUAMINYA KEPADA ORANG LAIN

11) Perempuan tergantung dengan rupa anjing, api neraka masuk dari arah punggungnya dan keluar dari mulut dan malaikat memukul kepala dan badannya dengan penukul api neraka 👉 PEREMPUAN YANG DERHAKA KEPADA SUAMI, SUKA DENGKI DAN MENYUSAHKAN SUAMI UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN AKIBAT DENGKI DENGAN ORANG LAIN


Maaflah yang dua lagi isi penting, saya cuba tulis tetapi mungkin saya tak berapa faham loghatnya. Saya dah dengar 2 kali tetap tak jumpa pointnya. 


Semoga bermanfaat. Terima kasih.

No comments: