Kalau korang tercari-cari tempat sarapan roti canai di kawasan Subang Jaya, korang boleh pergi ke Food Court USJ 7. Gerai roti canai ada satu saja di situ. Maaf saya lupa gerai nombor berapa, tapi agak tengah-tengah juga.
Roti yang saya beli ialah roti tampal. Memang lembut sangat! Lembut dan rangup dalam masa yang sama. Alhamdulillah Allah bagi saya rasa sedapnya. Kuahnya ada tiga jenis iaitu kari, dalca dan sambal. Jika digabungkan ketiga-tiganya bertambah nikmat makan.
Jika ada kelapanagan korang datanglah sini juga ya. Setiap hari dibuka kecuali Isnin barangkali, sebab haritu Isnin tak buka, maaf yang ini kurang pasti. Saya datang weekend, dan weekend dibuka.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment