TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Dec 2021

Makan Lunch Nasi Kandar Alor Staq Haji Sultan Cawangan USJ 9 Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Okay hari ini kita cuba makan nasi kandar. Sudah lama kita aim tapi selalunya beratur panjang sangat, tak larat nak beratur, sudahlah susah dapat parkir. Alhamdulillah weekend dapatlah merasa. Aku minta ane kedai letak semua kuah. Hah sampai tak nampak warna putih nasi. Kuah kari ayam, kari daging, kari pelbagai kari. Aku pernah rasa nasi kandar Deen Jelutong Penang, bagi aku rasanya boleh dibandingkan! Kenapa bayar lebih untuk beli nasi kandar tersebut kalau sudah boleh dapat rasa yang sama di Subang Jaya. Gituuu....

Kedai ini terletak di USJ 9 Subang Jaya. Banyak parkir kalau waktu weekend. Boleh dine in tapi kami pilih tapau sahaja sebab kedai agak sesak, ramai juga ya orang yang menyantap di situ. Portion nasi banyak betul, eh memang macam tu kan nasi kandar? Hehe kenyang sampai petang!

sebungkus cumalah RM7! Ada ayam goreng dan sayur.




Sedap sangat dan memang boleh repeat! 


Terima kasih.

No comments: