TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Dec 2021

Tengok Kapal Terbang Mendarat di KLIA Landing Sight, Jalan Pekeliling

Assalam wbt dan Hai,

Korang google "Jalan Pekeliling" atau "KLIA Landing Site" yang terletak di jalan yang sama nak pergi ke LCCT. Kalau korang pernah pergi LCCT suatu masa dahulu, hah jalan yang sama. Kalau korang familiar jalan ke Formula One Sepang, korang sudah dekat dengan tujuan. IYA, di sini kita nampak kapal terbang nak mendarat atau nak landing saja. Kalau korang nak tengok masa berlepas atau naik, mungkin kena pusing lebih jauh. 

Dulunya, ada tempat kita boleh parking lama-lama dan berpicnic bagai. Oleh sebab ada sesetengah rakyat Malaysia tidak bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan, makanya tempat itu diletakkan kon oleh pihak berkuasa, jadi kita boleh parking tepi jalan sahaja sekarang. Mungkin tak berapa cantik pemandangannya but its okay. 

Masa kami datang semua kapal terbang memang akan muncul dalam 5-10 minit sahaja. Dari kejauhan memang nampak lampu kapal terbang jadi semua sudah ready nak ambil gambar. Kami tiba pada pukul 2:30 petang, cuaca agak redup. Aku rasa kalau korang pergi sini waktu tarikh rakyat Malaysia balik dari Umrah, mungkin kapalnya agak besar (jenis Airbus). Cantik jugalah nak ambil gambar, nampak besar dalam gambar. Yang kami ambil gambar semua jenis kecil-kecil yg tempat duduk 3-3 kan... Tapi masih puas hati dan excited. Hehe.

Kami pergi sebelum banjir dan sebelum ditutup kawasan parking belah sana tu.


Terima kasih.

No comments: