TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

12 Sept 2021

Sarapan Nasi Lemak Sedap, Nasi Lemak Mana Lagi Di CIAST Seksyen 19 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kalau kalian mencari sarapan nasi lemak yang super sedap di Shah Alam, boleh cuba membeli di Gerai Nasi Lemak CIAST, di hadapan pintu masuk CIAST Seksyen 19 Shah Alam. Memang ramai yang sanggup beratur untuk membeli nasi lemak ini. Sekali order sampai 14 bungkus, 5 bungkus, 10 bungkus. Memang tunggu lama oi. Aku beratur dekat 30 minit jugalah, dalam 7:30 pagi sampai dan dalam pukul 8:00 lebih baru selesai membeli. 

Lauk sampingan banyak macam telur goreng, sambal paru, sambal sotong kembang, ayam goreng dan sambal kerang. Ada beberapa jenis kuih juga. Boleh pilih sendiri. Kuih macam biasa RM0.50 sebiji. Kalau nasi lemak kosong, RM2 sahaja dapat telur rebus separuh. Lauk-lauk lain, ikutlah harganya. 

Hah betul-betul di hadapan pintu CIAST okay. Pintu CIAST ada satu saja sis. Tak mungkin tersalah. Hihi... Boleh parking tepi jalan.

Pengisi nasi lemak ada tiga orang

Wah Nasi Lemak CIAST memang sedap !


Masha Allah, nasi sedap sangat!!! Memang sedap betul, bau pun sedap. Lauk sambal paru, wey banyak gile betul. Nasi lemak pun semangkuk lebih-lebih. Kenyang sangat sampai tengah hari! Sebanyak semuatnyaaaa bungkusan. Haha. Terkejut kita. Sebungkus ini RM5! Alhamdulillah memang puas hati berbaloi-baloi. Boleh repeat order lagi di masa hadapan Insha Allah. 

Selamat mencuba. Silakan datang~~~


Terima kasih.

No comments: