TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Sept 2021

Petua Nak Buang Semut dan Kutu Beras daripada dalam Beras

Assalam wbt dan hai.... 

Sebenarnya petua tak lah gah mana. Hehe sebabnya ramai juga orang buat tapi aku memang cuba menjadi. Petua daripada mak aku. Mula-mula korang tuang beras ke dalam dulang besar. Dulang ini aku beli dari Shopee, dulang saiz 50 cm tapi jenis yang plastik punya. Kalau yang jenis talam besi mahal sikit dalam RM17.90 gitu. Hehe.. plastik dalam RM5.90 sahaja. Okaylah janji ada talam kat rumah. 

Perlukan dua talam saiz 50cm untuk tuang 10kg beras.. Ya beras 10kg dimasuki semut. Aku tak tahu lah taste semut masa kini mungkin nak beras-beras yang sedap-sedap, beras wangi lagi best mungkin. Haha. bukan gula saja yang mereka suka, beras pun jadi mangsa. 

Jadi, aku jemur di bawah terik matahari. Memang kepanasan betul semut-semut ini atau bukan panas pun, mungkin silau kot. Hahah. Lalu bertempiaran lari keluar daripada beras. Alhamdulillah dimudahkan. Aku kutip satu persatu semut ya betapa gigih. Kemudian semut pun hilang, hujan pun turun dengan lebatnya. Maka aku pun dapat simpan beras semula. 


Nanti sebab nak masak, dah bekas semut kan beras ini, selawat bebanyak ya.... 

Oh ya yang aku letak cili kering dalam beras supaya tak nak ada kutu beras. ini petua lagi ini. Hahah. TRY lah mengkome.... 

OKAY, itu aje hari ini. Terima kasih. 

No comments: