TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Sept 2021

Sebab Kenapa Aku Cuba Join Niaga Dengan Zhulian

 Assalam wbt dan Hai,

Dalam pada asyik gagal setiap kali buat dropship dan niaga, yg Zhulian aku belum jemu. Setakat ini sudah setahun setengah berkecimpung dalam dunia Zhulian. Cuba juga walaupun slow. Moga Allah luaskan rezeki kami amin ya Allah. Sebenarnya pokok pangkalnya rezeki. Kalau kau jual apa pun, kalau rezeki itu Allah masih sekat atau tahan, memang belum ada menjadinya. Kemudian orang sekeliling kau juga memainkan peranan. Jika jenis yang tak bantu tak sokong, taknak beli, tak tegur langsung pun dengan iklan-iklan yang korang buat, hah agak susah nak maju, menapak lebih jauh namanya. Mudah-mudahan usaha kita itu membuahkan hasil. 

Doa - doa moga bisnes Zhulian makin maju, ramai orang beli dengan WHATSAPP aku dan mana-mana lagi cabang yang aku letakkan iklan. 

Usaha - aku usaha untuk majukan, iklan sana-sini, upload sana-sini.

Ikhtiar - ikhtiar macam-macam berusaha lagi dan lagi.

Tawakal - sesungguhnya semua rezeki itu Allah yang tentukan. Insha Allah amin.


1. Ada Group Content Post Zhulian
Sebab banyak content boleh share. Sebagai seorang yang pemalas macam aku, eh ataupun yang kurang kreatif ketika membuat content, maka aku pilih untuk reupload apa yang leader dah buat. hehe. Aku kira ini sebab paling penting ! Hahah



2. Leader yang berteraskan konsep servant leadership
Ada leader rajin yg kerja mereka 24 hours memang membantu anak buah. Alhamdulillah aku masuk dalam team SAC Zhulian Shah Alam yang semua leader menggunakan konsep servant leadership. Jadi, tak ada konsep mendabik-dabik dada siapa lebih maju. Yang ini aku kagum sis. Sebab bukan senang ya. Tak kisahlah nak konsep macam puji-memuji merendah diri nampak poyo ke apa, tapi bagi perkara ini bagus sangat dalam membentuk satu kumpulan masyarakat yang baik hati. Kang kalau tak faham, mereka akan whatsapp call, takpun, whatsapp voice dll. Memang mudah. 


3. Banyak group telegram sangat. Segala bentuk content post zhulian ada.
Group telegram ini bagus sebab gambar tak pecah, info banyak tinggal copy paste. Tak lagging data. Heheh. Kemudian tak automatik download masuk dalam album galeri handphone tapi kita boleh tengok gambarnya kan. Mudah sungguh! Dari segi testimoni pun memang banyak. Jadi tinggal copy paste letak kat instagram atau facebook.



4. Boleh jumpa leader pada bila-bila masa.
Kebetulan aku duduk di kawasan berdekatan Shah Alam, jadi mudah sangatlah oiiii nak jumpa leader. Leader siap bagi lemang dan rendang masa Hari Raya Haji tempoh hari.


5. Group whatsapp Special for Fara
Hahaha,, udah ler boleh tanya kt group, ada group special pulak. Nasib baik handphone aku tak kejung kan, banyak sangat wasap masuk. Aku enjoy je baca. hehe... seronok baca.


6. Leader yang suka memberi
Pantang kita ada sales lebih sikit, mesti mereka bagi token. Macam-macam token, ada tupperware, ada brooch, ada tudung ariani, tudung radiusite, telekung Siti Khadijah, trial Byoung 10 hari, brownies, vitamin C, handbag, dll. Banyak betul tak terkira. Mereka tak lokek/kedekut dengan apa rezeki yang mereka ada lalu share dengan kami downline. Mungkin sebab itu masih ramai yang setia dengan Zhulian walaupun bukan banyak mana sales. hihi


7. Banyak talk dan penerangan produk di FB dan zoom meeting

Penuh suda buku aku buat nota zhulian. Aku bila datang rajin, aku dengar semua talk zhulian yang ada di FB ya, dan aku pun catat sebab aku nak juga faham itu ini. Memang banyak penerangan, bukanlah jual bodo-bodo. Alhamdulillah tinggal nak cari je ilmunya sebab mereka sudah menyediakan banyak platform. Insha Allah. 

Ada juga group macam mana nak buat Poster Iklan ! Hah,,, sampai gituuuuuuuuu haha.Lagi, bagaimana hendak mengepost iklan di Facebook ! Kihkih, kalah A*iz*n *sm*n. Hehe. Btw leader SAC Zhulian Shah Alam tidak dipengarugi oleh orang berkenaan tau. Hehe....



Aku masih lagi SE (Sales Executive), memang susah juga nak naik jadi SM (Sales Manager), entah boleh capai ke tidak. Kalau ramai orang beli dan setia dengan Zhulian melalui aku, hah baru aku boleh naik jadi SM. Moga-moga bertambah rezeki kami sekeluarga. Amin ya Rabbal alamin.

Aku tak tahulah orang lain mungkin lebih mudah, asal jual apa pun laku, asal jual apa pun laku. Kalau jual nasi lemak, terus menjadi. Jual sambal terus menjadi. Jual keropok terus menjadi. Aku pulak, selalunya usaha sampai 10 kali ganda baru boleh berjaya. Aku selalu positifkan diri saja, moga usaha ini Allah nampak. 

Terima kasih.

No comments: