TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Sept 2021

Resepi Biskut Menggunakan Nutrium Zhulian

Assalam wbt dan Hai

Resepi Biskut dengan Zhulian


Wah! Resepi biskut daripada ZHULIAN…Rugi kalau tak cuba ni! Biskut comel ini sarat dengan kebaikan serat daripada gandum, jagung, soya dan beras, serta beras perang yang terkandung di dalam Minuman Bijirin Segera Berkhasiat Nutrium. Ia juga diperkayakan dengan multi-vitamin dan mineral yang menolong fungsian tubuh yang sihat. Suntikan kemanisan tanpa kerisauan daripada Homsweet menyerlahkan lagi kesedapan dalam setiap gigitan Nutrium Love Cookies ini. Jangan lupa berkongsi biskut hasil tangan anda sendiri bersama kami!




Ramuan / Ingredients:
200g tepung
1 sk serbuk penaik
90g mentega (salted)
30g Homsweet
1 biji telur
2 sacet Nutrium


Langkah-langkah
1. Adunkan mentega dan fruktosa kristal asli Homsweet sehingga sebati
2. Masukkan telur, adun 60 saat sehingga tekstur menjadi ringan dan gebu
3. Campur tepung, Nutrium dan serbuk penaik, adunkan lagi sehingga sebati
4. Bulatkan adunan menjadi doh dan gelek adunan senipis 0,5cm, sejukkan 30 minit di dalam peti sejuk
5. Gunakan acuan berbentuk hati untuk menerap adunan
6. Bakarkan suhu 160 degree C, selama 15-20min, biarkan di dalam ketuhar 10 minit agak biskut betul-betul kering sebelum dikeluarkan

SIAP ~~~~


Selamat mencuba ya.......

No comments: