TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Sept 2021

Cara Nak Buat Brondong (Popcorn) Semudah ABC

Assalam wbt dan Hai,

Semudah ABC nak buat brondong oi.. Brondong ialah popcorn versi bahasa jawa. Hehe. Kenapa brondong aku pun tak pasti sebab gitu memang bahasa dia. Nak beli di SHOPEE pun boleh. RM4.90 sahaja.

Ehsan Google

Mesti beli jagung spesis ini. Adapun jagung kita akan jumpa jenis frozen atau sejuk beku tapi bukan itu yang kita mahukan. Jagung keras ini serupa juga macam jagung makanan ayam, jadi jangan tersalah beli tau. Hihihi.... Harganya yang mur mur seperti di Giant dalam RM3 atau RM5 sudah dapat, boleh buat makan beberapa sesi. Nak beli pun mahal, kita cuba buat sendiri.


1. Panaskan 1 sudu besar mentega dan 2 1/2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Kuali apa-apa pun boleh asalkan muat nak meletup. 
2. Sudah panas agak-agak, masukkan 1/3 cawan jagung. Biarkan saja sampai semua pop habis jadi pop corn putih tak ada perasa, tawar hebeh~

Kalau ada satu kuali, kau keluarkan kat tempat lain jagung dah habis pop tadi, masa ini warnanya putih aje oi. Sebab nak guna balik kuali tadi untuk buat perasa pop corn. Kalau kau ada banyak kuali, tak payah keluarkan, guna kuali lain untuk buat perasa pop corn. Hahah faham tak?

3. Panaskan 1 sudu besar mentega dan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar madu. (Suka hati kau nak perasakan macam mana)

4. Biarkan kacau-kacau sampai cair kemudian baru kau masukkan pop corn putih tadi... Yeah dah jadi!

MUDAH GILE SANGAT KAN? Yang susahnya, jagung asas tadi kau boleh jumpa kalau pergi Giant, Tesco dan seangkatannya. Kalau kat 99 Speedmart tak jumpa pula. Halamak.... Kemudian, Nak masuk Tesco Shah Alam atau Tesco Bulatan pula perlu vaksin terlebih dahulu. Kalau tak vaksin tak boleh masuk, ada petugas Tesco akan memeriksa MySejahtera kita di pintu masuk. 

Untuk sekali ngap


Sekian terima kasih. 

No comments: