TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

22 Sept 2021

Kelebihan Selawat, Catatat daripada Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri

Assalam wbt kepada seluruh umat Islam,

22 SEPT 2021

KULIAH SELEPAS ISYAK
TUAN GURU @syeikhmuhdzainulasri_official
KELEBIHAN SELAWAT



1. RASULULLAH SAW bersabda, “Sesiapa yg berselawat kepadaku 1 selawat . ALLAH SWT akan berselawat kepadanya 10 selawat“.

2. ALLAH SWT memerintahkan untuk kita berselawat seperti mana pada firmanNYA yang bermakna “ALLAH dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas NABI, wahai orang beriman, berselawatlah dan ucapkanlah salam penghormatan ke atas NABI.

3. Selawat daripada ALLAH SWT bermakna ALLAH SWT merahmati RASULULLAH SAW. Selawat daripada para malaikat bermakna malaikat mengucapkan istighfar buat RASULULLAH SAW dan selawat daripada kita pula ia adalah doa.

4. RASULULLAH SAW, merupakan insan yang tidak ada kesalahan dan tidak berdosa, namun para malaikat memohon istighfar buat BAGINDA, jadi bayangkan kesucian RASULULLAH SAW.

5. Kita berselawat kepada RASULULLAH SAW itu bermakna kita mendoakan RASULULLAH SAW, bayangkan tidak terhenti doa-doa pohonan rahmat ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW.

6. Kedudukan RASULULLAH SAW di sisi ALLAH SWT itu sungguh tinggi menjulang, bukan hanya kita berselawat kepada BAGINDA, tetapi juga para malaikat (yang tidak terhitung bilangannya) dan ALLAH SWT sendiri juga sentiasa berselawat kepada RASULULLAH SAW.

7. Doa merupakan ibadah penting. Contoh bilamana kita berhajat utk bermusafir ke Makkah, adalah sunat untuk kita menziarahi orang yang akan kita tinggalkan dan kita mohon orang yang kita akan tinggalkan itu mendoakan kita. Demikian juga keadaan apabila ada kematian, kemuliaan pada orang yang meninggal dunia itu boleh kita lihat pada keadaan ramainya orang menyolatkan jenazah (lantaran ramailah yang mendoakannya). Demikian juga bila kita bertemu orang yang soleh, adalah sunat utk kita memohon dia mendoakan kita.

8. Bayangkan doa-doa yang dipohonkan para umat kepada BAGINDA RASULULLAH SAW melalui selawat demi selawat sejak dari dahulu lagi. Setiap 1 selawat para umat kepada BAGINDA RASULULLAH SAW, maka ALLAH SWT mengembalikan kepada orang yang berselawat itu pula 10 selawat (iaitu 10 kali limpahan rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT). Bermakna orang yang sentiasa berselawat itu mereka itu jua sentiasa bertambah rahmat ALLAH SWT. Mereka yang banyak berselawat juga sentiasa dipermudahkan urusan dan wajah mereka bercahaya dan berseri-seri . Ibrah kisah seorg sahabat TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI yang berasal dari Lombok yang menceritakan di kampungnya ada seorang lelaki yang setiap malam tidak akan tidur selagi dia belum selesaikan berselawat sebyk 12,000 kali (sehingga rumahnya menjadi bercahaya berbanding kawasan sekitarnya).

10. Berselawatlah sehingga selawat menjadi jati diri kita. Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga selawat keluar tanpa diusahakan (dan inilah selawat berkualiti). Daripada sabdaan RASULULLAH SAW bahawa sesiapa yg berselawat 1000 kali, ALLAH SWT akan datangkan perkhabaran kepadanya sebelum meninggal dunia bahawa dia akan masuk ke syurga.

11. Keistemewaan berselawat juga terletak pada keadaan sekalipun dilakukan dgn hati yang tidak hadir (hati yg lalai) atau pun dibuat dgn keadaan riyak (untuk menunjuk), ia tetap jua di terima di sisi ALLAH SWT . Berbeza dgn zikrullah, zikrullah kita tertolak dari sisi ALLAH SWT jika kita berzikir tanpa hati hadir terhadap ALLAH SWT. Pastikan bila berselawat, lisankan kalimah selawat pada lidah (jangan sekadar berselawat di dalam hati).

12. Siapa yang hidupnya melupakan selawat kepada RASULULLAH SAW maka nyata dia akan menempuh kegelapan. Orang yang paling utama di sisi RASULULLAH SAW di akhirat nanti ialah orang-orang yang paling banyak berselawat kepada BAGINDA.

13. Orang yg paling banyak berselawat dinilai mereka sebagai orang yang mengkhidmati RASULULLAH SAW dan mereka termasuk sebagai orang yang memberi kemuliaan / penghormatan terhadap RASULULLAH SAW dan mereka adalah orang yang akan dapat meminum air telaga kauthar dari tangan mulia BAGINDA RASULULLAH SAW.

14. Selawat juga menghapuskan dosa sepertimana sabdaan RASULULLAH SAW yang bermakna, ''Selawat mu keatas aku, menghapus, menghilang dosa serta memadam dosa kamu seperti mana air yang memadam api. Demikian juga terdapat hadith menyatakan bahawa sesiapa yg berselawat 40 kali pada hari Jumaat, ALLAH SWT menghapuskan semua dosa-dosanya. Maka lazimilah melebihkan berselawat terutama pada hari Jumaat.

INSHA ALLAH.

Mari kita sama-sama terus berselawat. Catatan ini ditulis semula oleh Murid Syeikh Muhd Zainul Asri. 

Moga bermanfaat. Terima kasih. 
Terima kasih. 

No comments: