TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Sept 2021

Tempat Beras Tupperware atau Ecoco?

Assalam wbt dan Hai,

Sejujurnya, aku sudah mencuba tempat beras tupperware, hadiah daripada mak aku. Memang siapa tak suka jenama tupperware, harganya pun mahal gile sungguh, dalam RM200 jugalah. Memang aku pun tak mampu heheh. So bila ada yang bagi hadiah, kita suka sakanlah kan... 

Kalau nak beli Tupperware di SHOPEE kat sini ya. Siap ada free gift. RM232.75 sahaja. Kalau beli direct kat kedai, RM299. Kenapa jauh sangat, aku pun tak pasti. Mungkin harga ahli agaknya.




Malangnya, malang tak berbau. Sebenarnya bekas beras jenama tupperware ini ada lubang di bahagian bawah ya. Hmm, jadi.... bilamana ada lalat mati kat area beras, maka banyaklah semut menghurung lalat mati tadi. Kemudian, semut masuk ke dalam bekas beras. Sedih sangat. memang banyak gile semut. Padahal sudah letakkan cili kering di dalam bekas beras tapi tak memadai usaha itu. Semut tetap banyak menggila!

Kemudian, aku baca di internet dan di shopee, bekas beras jenama Ecoco bagus sebab dia lebih rapat. Jadi aku pun beli. Alhamdulillah much better dan mudah dikawal sebab bukaan di bahagian atas sahaja. Jadi kalau ada semut nak menghurung beras, kita dah nampak daripada awal. Tak gitu? Boleh beli di SINI ya.




Jadi kesimpulan aku, tempat beras tupperware tak berapa praktikal untuk kes aku sebab rumah aku banyak semut. Jadi, aku memilih Ecoco. Bekas beras tupperware masih ada, belum tahu nak buat apa lagi. 


Terima kasih. 

No comments: