TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

1 Oct 2021

Tak Boleh Pegang Tasbih Digital Sebab Tangan Digunakan Untuk Buat Kerja Lain, Tetapi Kita Masih Boleh Berzikir dengan Selawat Mengikut Kiraan Minit

Assalam wbt dan Hai,

Kita disunatkan berzikir setiap masa dan ketika. Zikir kepada Allah seperti bertahmid, bertakbir dan lain-lain, semuanya perlu dihadirkan di lidah dan di hati. Berapa banyak keyakinan dan ketaqwaan, ketekunan, keikhlasan semuanya diukur di sisi Allah. Jadi kita perlu buat sehabis baik dan seikhlas yang mungkin. Kita juga disunatkan berzikir selawat sebanyak-banyaknya, sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Namun begitu, angka 100 bukanlah mudah untuk orang yang berkerja, katanya susah nak sebut. Sebenarnya zikir selawat ini mudah sangat, dan boleh dilakukan ketika kita idle atau tidak melakukan apa-apa. 

Amalan yang diterima oleh Allah hatta ketika kita berlagak, riak, melakukan perkara-perkara apa pun, ialah Selawat kepada Rasulullah SAW. 

Sebenarnya banyak masa yang kita boleh curi-curi untuk berselawat, bukan sahaja hanya di tikar sejadah, tetapi boleh juga di waktu lapang yang lain. Nampak macam tiada masa, tetapi sebenarnya ada saja. Kalian boleh cuba. Waktu idle ini selalunya kita akan gunakan untuk scroll instagram, scroll facebook, scroll socmed lah senang kata. 

10 Waktu Idle / Tidak Tahu Ingin Melakukan Apa-Apa, Jadi Boleh Digunakan Untuk Berselawat
1. Ketika beratur membeli makanan di kedai
2. Ketika beratur menunggu makanan disajikan ketika dine in di kedai
3. Ketika menunggu lampu trafik berwarna merah (nak-nak lampu trafik 199 Giant Shah Alam, masha Allah 5 minit!)
4. Ketika menunggu giliran tidak kira sama ada, beratur nak membayar di pasaraya Giant/Tesco/Aeon Big, giliran di hospital, tunggu masa hendak bermulanya mesyuarat dll 
5. Ketika memandu
6. Ketika sedang menonton drama (netflix, kdrama dll)
7. Ketika membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mop lantai, vakum rumah, berkebun dll
8. Ketika berjoging
9. Ketika bermain basikal
10. Ketika kita berehat sebentar (take 5) setelah lama berkerja di hadapan laptop

Memegang tasbih digital mungkin terlalu mainstream sebabnya kalau kita sedang menaip, memasak, membasuh pinggan jadi bagaimana mahu tekan button tasbih digital? Hah, tak boleh bayangkan. Jadi Syeikh Muhd Zainul Asri dan ramai lagi Ustaz-ustaz yang mencadangkan begini, mula-mula kita sediakan pembolehubah pemalar (hah, ingat sains saja ke ada?). Selawat yang paling mudah yang kita boleh baca ketika minda separa sedar iaitu ketika kita sedang melakukan perkara lain adalah Selawat Jibril, memang paling mudah disebut ya. 

Selawat Jibril (google sahaja)


Buat eksperimen terlebih dahulu untuk seminit, berapa yang kita boleh lakukan untuk membaca Selawat Jibril. Gunalah jam ke, timer ke, boleh saja. Gunakan dengan kelajuan bacaan seperti biasa ya. Jangan laju-laju. 

Pemboleh ubah pemalar
1. Selawat Jibril yang boleh dibacakan dalam tempoh 1 minit
2. Kelajuan yang normal

Dalam seminit, bacaan normal manusia untuk Selawat Jibril ialah dalam lingkungan 25 hingga 40 kali tapi saya selalu memilih untuk menggunakan konsep 1 minit bersamaan 30 kali bacaan Selawat Jibril. 

timer digital saya

Boleh beli timer di SINI

Jadi saya cadangkan, kita gunakan timer yang ada di telefon. Cuma kadang-kadang agak susah juga nak pause, sebab kita nak buka apps lain. Jadi, saya beli pula timer digital di shopee, serendah RM3.80 sahaja. Nampak lebih memudahkan. Apa yang saya lakukan, apabila saya mahu membasuh pinggan, saya akan tekan button start, jadi mulalah berselawat semampunya. Kemudian jika saya perlu bercakap dengan anak-anak, saya akan stop (maksudnya pause/halt). Seterusnya apabila saya hendak mulakan semula, tekan button start. 

Contoh, pengiraan berdasarkan timer saya:

38 minit x 30 kali Selawat Jibril = 1,140 kali Selawat Jibril

Alhamdulillah sepanjang dua jam saya di hadapan komputer, saya sudah membaca 1,140 kali Selawat Jibril. Mudah bukan? Alangkah mudahnya berselawat ketika membuat kerja-kerja rumah, daripada kita fikir bukan-bukan, lebih baik kita berselawat kepada Rasulullah SAW.


Semoga bermanfaat untuk semua.


Sekian terima kasih.

No comments: