TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

23 Jun 2021

Bahana Mulut Masin - Jangan Suka Ejek Orang

Assalam wbt dan Hai,

Aku tulis di sini sebagai pengajaran sahaja. 

Semasa aku kecil dahulu, keluarga aku memang susah sangat. Abah aku berkerja sebagai buruh pembinaan di kampung kami untuk mencari wang. Sehari mungkin boleh menerima upah sebanyak RM50. Kalau hari hujan, tidak boleh berkerja. Badan abah setiap hari sakit sebab penat berkerja. Jadi kami terpaksa pijak-pijak badan abah pada malam hari, memang malas nak buat, sebab kami budak-budak pun penat seharian belajar, waktu itu tak terfikir perasaan abah, ya lah masih budak-budak. 

gambar ehsan google



Ada satu waktu, abah berkerja untuk seorang pakcik, buat rumah pakcik itu. Kedudukan rumah pakcik itu tak jauh dari rumah kami, dalam selang tiga rumah sahaja, kiranya jiran kami. Anak pakcik itu bersekolah di sekolah yang sama dengan aku, umurnya setahun lebih tua. Cuma suka aku ingatkan di Johor, sistem sekolah berbeza dengan di Selangor. Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan bermaksud Darjah 1 di Sekolah Agama. Jika tidak lulus sekolah agama pula, akan terus kekal di darjah yang sama sehingga lulus. Kalau tidak lulus tiga tahun, maka mereputlah kau tiga tahun dalam kelas itu. Tetapi dalam usia aku 11 tahun macam itu, sistem ini dibubarkan dan darjah 1 di sekolah kebangsaaan bermaksud darjah 1 di sekolah agama. 

Okay berbalik dengan kisah anak pakcik tadi, aku namakan sebagai Haris (bukan nama sebenar). Haris sekolah pagi darjah 4 sekolah kebangsaan tetapi sekolah agama darjah 2 sama-sama dengan aku. Mungkin dia tidak lulus periksa, aku tidak pasti. Tempat duduk di kelas ditentukan oleh cikgu kelas dan kebetulan aku duduk di kawasan pelajar repeat paper. Memang teruk aku kena!

Mereka panggil aku, 'Anak Kuli'. Kemudian, Haris bagitahu pada semua kawannya yang abah aku kerja kuli di rumahnya. Kemudian, macam-macam lagi perkara buruk yang dia sebarkan sampai kakak aku pun terlibat, tapi aku tak ingat secara detail. Kadang-kadang kalau aku tidak tahan marah, aku kejar satu sekolah dengan penyapu. Eh buli ini tidak putus di sini, berlarutan sampai dia habis darjah 6. Lama! 3 tahun! Aku benci betul pergi sekolah agama masa itu kerana dia, tapi aku gagahi jua. Masa darjah berapa entah, dia berhenti sekolah agama, baguslah! Haha.

Namun begitu, kami masih jumpa di sekolah kebangsaan, ejekan dia masih tidak berhenti. Lepas kakak aku berhenti sekolah, lagi menjadi-jadi sampai aku nangis. Bukan dia ejek, tapi kawan-kawan dia pun join sekaki. Memang kena buli mentally kiranya. Lalu aku berdoa. 

Aku doa kepada Allah supaya Haris satu hari nanti tidak akan diterima berkerja di mana-mana pun dia pergi. Apa pun dia buat akan gagal sampai dia melutut minta maaf pada aku dan abah. 


Fast forward, aku sudah lupa tentang Haris sampai satu hari (umur sudah dalam 20 an), mak aku cerita yang Haris sudah habis belajar tetapi tak dapat juga kerja, kemudian dia kerja dengan kawan dan katanya ditipu. Kemudian, dia bercucuk tanam dan jual di pasar kemudian tak laku. Pelik juga. Aku tak rasa apa-apa. Bila lama aku fikir baru aku ingat apa yang aku doa. Masa itu aku rasa bersalah ke tak tahu nak kata apa, mungkin kebetulan kot kan.. betul tak,...

Kemudian, bila hati aku sudah sejuk, aku maafkan.


Fast forward (selepas setahun dua), Mak aku cerita lagi pasal Haris, Alhamdulillah perniagaannya semakin laris sekarang dah boleh sampai luar negeri. 



Walaupun memang sudah disuratkan oleh Allah, tetapi kita perlu berdoa. Kita perlu berusaha untuk menghindari perbuatan yang menyakiti manusia lain. Kita tak tahu yang doanya mungkin dimakbulkan oleh Allah. Jadi janganlah sesekali buli walaupun hanya buli mentally sahaja. Jaga-jaga Allah memerhati. 


Terima kasih. 

No comments: