TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Jun 2021

Memori Abah Membawa Aku Melihat Lebuh Raya

 Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau kata tentang PLUS, Lebuh Raya Utara Selatan, aku memang ada pengalaman yang menarik dengan lebuh raya, kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Aku kalau nampak kerja kosong dengan LLM, PLUS memang aku mohon sebab aku teringat kenangan lebuh raya ini. Haha.

Selepas selesai menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pada tahun 2000, abah berjanji untuk membawa aku pergi jalan-jalan. Aku suka sangat, hari itu hari Jumaat. Aku bangun awal walaupun cuti sekolah bersempena UPSR. Abah membonceng aku dengan motor buruknya ke suatu tempat. Jauh sangat, masa itu tempat yang paling jauh aku pernah pergi ialah Tanjung Bidara Melaka dengan keluarga Atok. Tapi bukan semua ahli keluarga yang ikut, itu pun mungkin aku termuntah. Huhuk.

Kemudian, kami tiba di suatu kawasan iaitu tempat yang boleh lihat lebuh raya dengan jelas. Kawasannya agak tinggi di atas bukit. Abah suruh pandang lebuh raya dan abah cakap, jauh lagi perjalanan yang aku perlu lalui selepas ini seperti lebuh raya yang jauh penghujungnya, bersambung-sambung. Memang ironinya, lebuh raya itu sejauh mata memandang dan banyak R&R. Kalau kita bandingkan dengan kehidupan kita R&R adalah seperti persinggahan kita yang banyak, belajar, bekerja, berkahwin dan lain-lain. 

ehsan google

Selepas banyak perkara yang abah ceritakan, abah singgah di sebuah kedai dan membelikan aku sebatang aiskrim. Kemudian kami singgah di tempat kerja kawan abah dan abah berbual-bual dengan mereka sementara aku habiskan aiskrim aku. 


Walaupun singkat tapi pengalaman yang sangat indah buat aku. Terima kasih Abah!



Al-Fatihah (dibaca)

No comments: