TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jun 2021

Resepi Kek Marble Untuk Orang Noob Yang Baru-Baru Nak Cuba

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Alhamdulillah aku diketemukan dengan resepi kek marble yang sangat mudah betul insha Allah confirm jadi ya. Kalau tak jadi, memang tak tahu nak kata apalah sebab memang simple sangat!! Finally pandai juga aku buat kek marble sebab kek marble adalah salah satu kek yang aku suka. 


Resepi Kek Marble Yang Sangat Mudah (resepi daripada adik aku, aku lupa dia follow resepi siapa)

1 1/2 cawan marjerin (apa-apa, marjerin pelangi boleh, butter boleh ikut korang suka apa)
1 1/4 cawan susu pekat (ini memang manis biasa, resepi asal 1 1/2 cawan)
4 biji telur gred B (atau 5 biji telur gred C)
2 cawan tepung naik sendiri (atau 2 cawan tepung gandum ditambah 1 sudu kecil baking powder - jangan lupa ayak)
2 sudu besar serbuk koko

Petua:
1. Pastikan ayak tepung terlebih dahulu. 
2. Guna cawan yang sama untuk sukatan yang diberikan. Tak kisahlah cawan apa pun, tapi aku guna cawan kalau kita minum teh/kopi yang saiz standard itu. 
3. Kalau tak jadi cantik macam gambar, guna mixer. Resepi asal kacau guna tangan saja. Jenuh juga aku nak bagi jadi warna lebih kurang sama.

Cara-cara:
1. sebatikan marjerin dan susu pekat, tak perlu kembang sangat pun tak mengapa
2. pecahkan telur satu demi satu dan masukkan satu demi satu ke dalam acuan (1)
3. tambah tepung (masukkan sikit demi sedikit)
4. bahagikan dua iaitu satu dicampurkan dengan serbuk koko, satu bahagian lagi tak payah letak apa-apa. 
5. bakar 170 darjah Celcius, 60 minit api atas bawah. (resepi asal, 45-50 minit, jadi ikut oven masing-masing)

Cantik kan, dan rasanya pun sedap! Hahah, utk pertama kali, aku pandai buat kek! oyeahhh!!!!



Nota aku:
Bagi aku perlu guna mesin mixer supaya sebati, kalau tak guna kurang sedap. macam bantat gitu agaknya.. aku guna marjerin pelangi separuh, butter separuh... bila guna semua butter, butter memang sedap tapi kenapa kek aku macam bantat. aku pun pelik.. haha


Okay, sekian, terima kasih. 



No comments: