Assalam wbt dan Hai,
Malam ini aku saja menulis tentang tajuk jurusan yang aku ambil masa zaman universiti iaitu kira-kira 15 tahun lalu. Ya Allah dalam diam tak sedar sudah kertu ya. Haha. Okay kalau korang cari label "Siswa" boleh jumpalah coretan aku sebelum-sebelum ini. Nak ceritanya kos ini memang susah. Ramai juga yang repeat paper tapi Alhamdulillah batch kami tak ada yang repeat semester. insha Allah.
👉 Buat soalan tahun lalu, jawapan boleh bincang dengan kawan
👉 Rajin tulis nota yang lecturer cakap tapi tak ada dalam slide notes
👉 Buat latihan yang lecturer recommend
👉 Tengok soalan test dan assignment yang lecturer bagi semester itu
👉 Kalau ada senior sama kos, ambil nota dia, kadang-kadang soalan exam yang lepas
👉 Kalau boleh fahamkan, bukan tiru bulat-bulat, nanti nak goreng tak pandai time periksa
👉 Minta kawan yang pandai, fahamkan kita sampai kita faham dan boleh jawab soalan yang lebih kurang sama
👉 Fahamkan soalan, sebab kadang-kadang soalan sama, cuma lecturer ubah jadi pasif ke aktif ke
👉 Teknik menghafal : tulis semula apa yang kita faham
👉 Teknik menghafal : buat akronim
👉 Kalau tak ingat time periksa, baca doa Nabi Yunus (Lailahailla anta....) tepuk tengkuk tiga kali
👉 Usaha, doa, tawakal
Sebenarnya apa yang kita belajar ini mengikut universiti masing-masing. Okay ini berdasarkan pengalaman ya, kalau zaman sekarang dah berubah yang itu aku tak tahu sebab aku pun tak nak ambil tahu. Haha. Universiti itu kalau jenis macam melebih-lebihkan management macam universiti aku, Universiti Teknologi Petronas, maka kau pun akan selalu ada presentation. Sikit-sikit ada, so dalam diam terasah bakat kau nak public speaking, mahu ke tak mahu. Lepastu lecturers memang ramai foreigners eh kalau Malaysians pun kau kena speaking tak boleh kecek melayu, guano gitu, jadi pandailah speaking juga. Test, midsem test ke apa, kuiz semua banyak. Kebanyakan kuiz, assignment semua ini akan dibawa ke markah final. Okay contoh 100% markah nak jadi pointer, 60% adalah assignment dan 40% adalah markah final test sahaja. Sama aje ini mana-mana pun...
Okay kemudian, kalau korang nak apply mana-mana universiti tu kan, better korang riki-riki lah kat twitter ke, cari info drp student yang belajar di situ. contoh macam UITM, bagusnya belajar kos kejuruteraan kat sana, semua students belajar autoCAD. kalau korang nak tau, subjek Auto CAD ini subjek kemestian untuk seorang engineer. eh kalau masuk kerja kau tak tahu, hmm susahlah wehhh. kebanyakan company memang nak orang yang tau basic tentang ini... Jadi kalaupun universiti korang tak ada mengajar subjek ini, pergilah ambil kelas ke apa ke. Atau korang explore sendiri, kan komputer sekarang dah power-power nak install apa-apa software pun tak ada masalah, belajar pun boleh melalui Youtube saja, so apa salahnya korang belajar.
Lepastu kos ini memang susah itu sebab terlalu banyak benda nak hafal kemudian semua berkait-kait. Eh elektrik elektronik kot, benda kau tak nampak. Nak faham memang susah kalau kau tak ada feel dan minat, kalau tak minat tu tak payah nak cuba-cuba. Ambillah kos yang korang minat. Senang... Bila kerja, apa yang kita belajar tak banyak boleh apply. Konsep sama tapi perinciannya berbeza mengikut company masing-masing. Cuma apa yang aku nampak, kita belajar sampai degree/ijazah ini adalah untuk membentuk otak kita, hati kita biar lebih jadi matang. Matang dalam menguruskan stress kerja, masalah persekitaran tempat kerja, bijak mengambil peluang dan boleh menyuarakan pendapat depan manusia lain dll. Insha Allah.
Kalau untuk aku, subjek elektrik dan elektronik tak susah sangat. Kalau akulah tau sebab Alhamdulillah aku dikurniakan otak yang cerdik dan baik. (Rezeki Allah Syukur sangat-sangat). Masa aku belajar dulu, aku perlu selak dan baca semua nota aku, jadi masa aku jawab exam atau test apa-apa, aku macam scan je. Tak kisahlah aku faham ke tak faham. Aku boleh jawab sebiji seperti dalam nota, seolah-olah macam tiru gitu kan. Rezeki Allah bagi. Aku tak ada masalah blur-blur tak dapat jawab soalan. Tak ada masalah kertas kosong sampai lukis-lukis, semua itu memang tak ada. Bila dalam kelas, kawan-kawan tanya soalan, aku tak boleh jawab. Kemudian mereka bengang sebab ingatkan aku kedekut ilmu. Aku tak kedekut ilmu ya kawan-kawan, tapi malas pula aku nak buka cerita ini. Aku memang tak faham sangat pun masa belajar, cuma memang result aku sentiasa baik setiap semester. Jadi apa yang kawan-kawan aku buat, mereka akan buka nota aku setiap nak exam dan baca dan kadang-kadang photostate. Kebetulannya selalu kalau aku tulis nota, memang nota itu masuk dalam exam. Nota itu selalunya datang drp mulut lecturers sahaja, dan mereka tak tulis dalam slide notes. Rezeki Allah.
Bijakkan aku? Haha....Masa semester 1, aku masih blur lagi jadi result teruk sikitlah.
last semester aku ambil accounting sekali dapat A- kalau aku tak ambil aku dapat 4.00 semester last weyhyyy haha....
CGPA 3.62 tapi uni kami mengklasifikasikan sebagai Kelas Kedua Atas, zaman itu CGPA 3.75 baru boleh jadi kelas pertama. Hmm jauh sangat. Kalau tajaan Mara, anggap kami first class jadi bolehlah dapat free biasiswa. Alhamdulillah. Cuma perancangan Allah yang kita tak tahu. Sebaik mana pun result kita dalam peperiksaan bukan penentu pekerjaan kita. Aku tak pernah pun dapat kerja yang herlok menggunakan result periksa. Hehe. Jadi korang jangan hampa kalau result korang tak baik pun, boleh saja dapat kerja oi... silap-silap boleh dapat lagi baik drp yang dapat result baik macam aku... Nantilah ada masa aku cerita lagi ya.
👉 INGAT, yang result tak menentukan KEJAYAAN pada masa hadapan
👉 Sungguhpun begitu, kalau korang yang berjaya resultnya tetapi tidak berjaya dapat jawatan yang baik, jangan pernah rasa yang korang belajar itu sia-sia. Insha Allah ada hikmahnya tapi belum nampak.
👉 Kalau korang tak boleh lawan dalam kejayaan dunia (rumah besar, kereta besar, kerja gaji banyak), korang lawanlah jadi hamba Allah yang lebih baik, iaitu beribadat lebih banyak.
👉 Semoga kita kuat lalui pandemik covid-19 ini bersama-sama
👉 Dont lose hope
👉 Yakin dengan Allah, anda sedih, anda gembira, anda tak dapat kerja, anda tak ada jodoh, anda tak ada duit, anda baca Istighfar sebanyak yang mungkin.
Semuanya dengan izin Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment