TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Jun 2021

Seloka Kerja Tidak Mudah

Assalam wbt dan Hi,

Dulu aku fikir mudah sangat nak dapat kerja
Dulu aku fikir mudah sangat nak beli kereta
Dulu aku fikir mudah sangat nak beli rumah selesa
Ingatkan masuk universiti swasta
Dapat result dekan setiap semester
Mudah nak dapat nak kerja 
Mudah nak capai impian dunia
Ingatkan apply kerja hari Selasa
Hari Rabu perlu hadir temuduga
Berharap gaji besar sampai 3000 nyata
Tapi sebenarnya ijazah tak menentukan gaji kita
Kalau ada "kabel" kuat lain pula cerita
Semalam apply semalam dapat surat terima
Kalau kau bukan siapa-siapa
"Maaf permohonan anda tidak diterima"
Nak-nak sekarang Covid-19 melanda
Lagi susah berganda nak cari kerja
Kalau dapat kerja bersyukur sentiasa
Tak kisah gaji ciput cukup makan, bayar bil dan kereta
Sebab konsep kapitalis take it or leave it sister
Bos kedekut pun kena kipas kuat level lima
Takut besok-besok dapat surat berhenti kerja
Hakikat dunia ini sebenarnya pahit seperti peria
Hakikat dunia tiada siapa yang cerita
Tapi soal rezeki ialah rahsia Sang Pencipta
Kita usaha dan berdoa
Moga tak dibayar di dunia, dibalas di akhirat sana
Oh Allah, if today I lose hope please remind me that your plans is better than my dreams.



Nukilan,
Anakin
31-5-2021


No comments: