TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Dec 2020

Check Wang Yang Tak Dituntut di Portal eGUMIS

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA


Hari ini sajalah nak share hasil pencarian Harta Yang Tak Dituntut. Korang boleh masuk ke pautan www.anm.gov.my iaitu laman sesawang rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Korang klik pada icon eGUMIS seperti di bawah.



Seterusnya akan keluar seperti di bawah. Boleh klik pada "Log Masuk"


ATAU ATAU, korang terus saja klik pada URL di bawah untuk terus masuk ke muka hadapan pautan eGUMIS.


pastikan sudah register. 

masukkan nombor IC di petak yang disediakan. Kemudian tunggu beberapa saat, akan keluar result kita, sama ada, ada atau tidak wang yang tak dituntut. 

Buat pengetahuan korang, eGUMIS ini boleh check wang yang tak dituntut (WTD) dua kali sahaja sehari. Ingat tu......



Kalau ada, hah kemudian bolehlah tuntut di ANM. ada borang yang disediakan.... Terima kasih.

24 Dec 2020

Memori Aku dan Kawan Baik

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya aku saja nak bercerita tentang memori aku dan kawan baik. Apabila sudah dewasa masing-masing dengan jalan hidup mereka. Jadi aku memang sudah lost contact dengan mereka, walaupun aku memang selalu ingat. Moga kawan-kawan ini baik-baik di mana pun mereka berada. 



Yang pertama masa zaman sekolah rendah, namanya Ita (Nurita). Dia duduk sebelah aku sejak aku darjah 1 sampai darjah 6. Kawan yang aku kongsi susah senang masa itu. Sekolah rendah tak banyak perkara yang kita faham, cuma kita susah belajar dan susah duit. Ita anak yatim, kemudian aku selalu datang rumah dia. Masa aku cerita, mak dia sudah meninggal dunia. Al-Fatihah (dibaca). Masa kami Tingkatan 1, kami berbeza sekolah jadi lost contact sekejap. Rezeki jumpa semula sebab kami belajar di universiti yang sama. Ironi sangat sebab budak sekolah rendah kami yang dapat 5A UPSR semua belajar di universiti yang sama tapi jurusan yang berbeza. Sekarang masih contact dengan Nurita dan masih update tentang satu sama lain. 

Yang kedua masa zaman sekolah menengah rendah, namanya Atun (Radhiatun) dan Dyeng (Dyeng Juraidah Hanim). Mereka kelas lain tapi duduk dekat saja dengan bilik aku, jadi aku selalu makan, solat, belajar dengan mereka. Cerita pasal crush dengan mereka. Haha.. Masih contact juga dengan mereka tapi tahap biasa-biasa saja, sebab mereka selalu share kisah di media sosial jadi aku tak perlu tanya pun aku tahu. Heheh. Aku rajin jadi stalker saja.

Yang ketiga masa zaman sekolah menengah rendah, yang ini kawan bilik, nama dia Awul (Huda). Rapat sebab selalu borak. Awul jenis orang yang suka bercerita jadi aku pula pendengar yang setia. Sekarang, masih contact tahap biasa-biasa juga. Hehe, sesekali send food delivery. 

Yang keempat masa zaman sekolah menengah rendah juga nama dia Syima (Hasyimah). Syima sama kelas dengan aku. Dia seorang yang kasar dan cakap main lepas tapi pandai. Walaupun dia macam tu tapi aku suka kawan dengan dia. Cuma aku ada buat silap dulu, so dia memang terus lost contact. Aku dah minta maaf tapi maybe kesalahan aku besar sangat jadi tak mengapalah. Aku pun malas nak fikir. Semoga dia bahagia walau di mana pun dia berada. 

Yang kelima, masa sekolah menengah atas, aku rapat dengan kawan sekelas aku nama dia Dibah (Adibah), Zati (Zati Iwani), Ain, Azrin (Azrin Azwani), Tipa (Atifah), Fatin (Fatin Hazwani), Naemah, Lyn (Shazlyn), Tia (Fathiah), Andec (Amirah), Isma (Isma Zamila), Mon (Nor Liza), Paddy (Nurfadhilatul), ye semua budak kelas kami rapat, kelas 501. Banyak aktiviti yang kami buat sama-sama. Kenangan indah, lagu 11 Januari pun jadi kenangan sebab kita karoke bersama-sama masa minggu aktiviti, nyanyi nasyid sama-sama. Banyak sangat! Sayangnya keluar je sekolah semua budak 501 lost contact, even ada socmed pun tak mampu nak kembalikan semangat sekolah yang lalu. Group whatsapp pun tak ada. Sayang sangat.... Sedih juga. Aku ada cuba nak buat group whatsapp tapi tak boleh juga kekalkan momentum, so aku remove semua orang dan malas nak jadi admin. 

Yang keenam, masa zaman sekolah menengah atas juga, kawan sebilik iaitu Nisaq (Khairunnisa), Muni (Noraimuni) dan Aisyah (Nor Aisyah). Sudah kata sebilik memang macam-macam perkara kita share, dengan makan sama, stay up sama-sama, makan maggie, borak itu ini, cerita hantu, belajar sama-sama dll. Dua tahun sama bilik dengan mereka memang banyak share. Nisaq, sampai sekarang aku masih contact update perkembangan masing-masing. Muni, dia sudah ada life sendiri juga jadi aku just jadi stalker saja. Hihi. Kalau Aisyah memang terus lost contact, last aku contact tahun 2013 masa aku minta tolong hantarkan adik aku ke RnR Ayer Keroh sebab abah aku meninggal dunia. Dulu kami ada group whatsapp tapi Aisyah tak pernah reply, silent reader so aku remove juga semua orang. 

Yang ketujuh masa zaman universiti. Aku rapat dengan satu geng namanya Boisterous. Hahah. siap ada nama. Ain (ya sama kelas masa sekolah menengah atas), Saah (Saadah), Wazie (Wazirah), Tok (Maryam), Aida (Aida Yanti) dan Fatin. Masa ini zaman huha huha, banyak tempat kami teroka sama-sama, memang seronok. Kami sama course jadi senang nak buat aktiviti sama-sama. Saat keberantakan geng kami (hahaha) adalah masa Ain nak jadi wakil MPP, dia start rapat dengan geng usrah jadi tak match pemikiran, terus macam bubar buat hal masing-masing, kadang-kadang saja okay. Lepas habis universiti, mereka add aku dalam group whatsapp tapi ucapan sekadar tahniah kahwin, tahniah ada anak, hah macam itu saja. Mereka juga selalu update kehidupan di media sosial kecuali Saah, jadi aku memang akan whatsapp personal dengan Saah kalau nak tahu update. Hehe. 

Yang kelapan, masa zaman universiti, aku rapat dengan room mate aku sendiri iaitu Dya (Hidayah). Yang ini Alhamdulillah sampai sekarang masih keep in touch. Syukur.. Masih update sesama sendiri walaupun tak kerap dan lambat reply satu sama lain, yela masing-masing dah jadi mak. 

Yang kesembilan, masa aku kat universiti aku rapat dengan Mimi (Siti Nurhakmi). Rapat sangat dan aku banyak habiskan kehidupan aku dengan dia. Dia beza satu semester dengan aku. Jadi aku grad awal sikit. Oleh kerana itu, banyak aktiviti kita tak boleh buat sama-sama. Lepas keluar uni pun masih rapat. Sampai satu tahap mungkin bila kita dah rapat sangat dengan seseorang, ada kesalahan yang aku tak sangka-sangka dah lukakan hatinya, seperti aku lukakan hati Syima. Aku dah mintak maaf tapi besar sangat kot kesilapan aku. Jadi sekarang kami dah lost contact terus. Moga dia bahagia di mana-mana pun berada. 

Yang kesepuluh, masa keluar dari universiti. Masa aku kat uni, aku tak berapa rapat dengan Wazie (Wazirah), rapat biasa-biasa tapi lepas aku keluar, baru rapat. Alhamdulillah sampai sekarang kalau nak bercerita apa-apa pun boleh. 

Yang kesebelas, aku kenal masa kerja di Ma*is. Aku kenal Kak Has (Haslinah), Kaktie (Nurhayati), Kak Fizah (Nurhafizah), Kak Siti (Siti Roslina), Migha (Amirah), Kak Syura (Assyurah), Fatin, Kak Zura dan Kak Nora. Kami masih ada group whatsapp utk update kehidupan masing-masing contoh tambah anak, kahwin, anak dapat kerja, hahah. Yang lebih personal itu tak terbagitahu dalam group. Namun Alhamdulillah aku masih keep in touch sangat dengan Kaktie dan Kak Siti. Antara semua nama yang aku tulis, sebenarnya aku paling rapat dengan Kak Has tapi beza umur kami jauh sangat, mungkin sebab itu bila aku berhenti kerja dari situ, kami lost contact. Cuma aku tak pernah lupa segala kebaikan Kak Has, sayang betul aku dengan dia. Hahah gitu.... Kaktie dan Kak Siti jarak umur pun berbeza, dan mereka ini POSITIVE VIBES sangat, jadi kalau aku down memang aku selalu borak dengan dorang, kadang aku tak cerita pun cuma aku minta dorang berkata positif aje, pun dah cukup happy sangat. 

Yang kedua belas ialah Aishah, Asma dan Ara (Ainul Zawara). Aku kenal masa kat tempat kerja di T*is*st*m. Ramai lagi yang aku rapat di sini contohnya Kak Adah (Nor Saadah), Kak Ziey (Fazilah), Nita (Anita), Kak Ainaa, Kak Ipah (Arifah), Uda (Huda), Paah (Farhah), Kak Ina (Azlina), Kak Sue (Kak Suhaida), Kak Suri (Suriati),dll. Tapi aku lebih rapat dengan 3A iaitu Aishah, Asma dan Ara. Memang boleh bercerita heart to heart. Ara dapat kerja tempat lain, kemudian kami lost contact. Kalau Aishah, memang kami selalu contact sebab rumah dekat, rapat kerana jadi rakan breastfeed sejak anak pertama, kemudian Aishah seorang yang positif dan tegas. Jadi aku banyak berborak dengan dia bila aku lost time kena marah dengan bos. Kalau Asma sebab aku selalu makan dengan dia dan dia ini orangnya boleh simpan rahsia dan sabar. Sayangnya sekarang mereka berdua sudah tidak sehaluan dengan aku, ha gitu. biasalah masing-masing pun sudah jumpa kawan yang lebih baik daripada aku. 

Alhamdulillah sekarang semua kawan-kawan baik dengan aku sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bangga aku dari jauh. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah. Akhir kata, benarlah orang tua-tua kata, asal pergi tempat baru, kita akan jumpa kawan yang baru. 


22 Dec 2020

Sarapan Lontong di Lontong & Such, Petaling Jaya

Assalam wbt dan Hi,

Hari ini kami keluar agak lewat, jadi kami pergi google dulu nak makan lontong kat mana yang sedap. Ramai sangat yang syorkan kami untuk datang ke gerai Lontong & Such. Wow, nama pun sudah canggih. 

Boleh lihat FB Lontong & Such 

Kemudian, ini alamatnya ya, Gerai No 21, Selera Wawasan Food Court, Jalan SS3/33, 47301 Petaling Jaya. Banyak parking di sini jadi tiada masalah nak jemput makan ya. Gerai di sini tak banyak yang dibuka. Ada gerai lontong, gerai air minuman dan gerai hujung sekali mungkin makanan berlauk. Yang hujung sebelah sana ramai sangat-sangat pelanggan tapi aku tak pasti gerai jual apa. 

Semua menu di atas berkaitan dengan roti. Next time kami nak cuba menu ini pula. Boleh bawa budak dua ketul sebab diorang suka roti.

Okay yang bahagian ini, ada menu lontong, menu jawa. Kata review di google, pemiliknya suka masak masakan Johorean. Boleh nampak di situ sebab ada nasi ambeng! RM12 untuk nasi ambeng di Lontong & Such. 

Mari aku ceritakan lontong. Korang boleh pilih beberapa variasi lontong. Kot lah korang big eater. Portion is generous. Kuantitinya sangat banyak. Banyak sangat-sangat memang tak lokek. 
1. RM10.00 Lontong Power (3 lauk - ayam goreng + paru goreng + sambal sotong)
2. RM8.50 Lontong 2 lauk (boleh pilih)
3. RM7.00 Lontong 1 lauk (boleh pilih)

Pilihan di tangan anda. Kami pilih 1 lauk sahaja. Kemudian, kalau korang rasa kurang masin, boleh tambah garam, mintak sendiri di kaunter ya. 

1 Lauk - sambal sotong

1 Lauk - Paru Goreng


Memang kenyang gile sangat-sangat betul. Haha. Mula-mula ingatkan kami nak beli roti nak rasalah, tapi tak jadi sebab dah tak muat perut. memang kena datang lain kali. Rasa lontong sedap, berlemak seperti selalu. Cuma kurang masin di mulutku. Telur half pun tak mengapa sebab lauknya banyak, isi sayur pun banyak. Nasi impit juga lebih 10 ketul mungkin. Puas hati. 

Jemput datang ke sini.


Terima kasih. 


21 Dec 2020

Mengukur Kelajuan Menaip Aku 51psm di Fast Typing 2020

Assalam wbt dan Hai.


Hari ini aku banyak memohon kerja baru di laman web yang terkemuka di Malaysia. Macam-macam jawatan aku mohon. Semoga ada berita gembira nanti sebab kita sudah usaha. hanya Allah yang mampu tentukan. Okay jadi dalam pada aku nak mohon kerja, adalah soalan, berapa kelajuan menaip?




Hmm, aku memang laju menaip pun. hehe cuma kalau dah ada ala-ala tournament ni terus kaku jari aku, kejung seribu bahasa. Hadoyai. Lemau sungguh. so inilah result aku! Hoyyeh


Untuk bahasa Melayu, kelajuan aku menaip ialah 51 perkataan seminit atau pun 51 psm. Sebenarnya aku fikir 51 psm tak laju, tapi sebenarnya laju juga weh hahahahaa. Ofcozlah kena berlagak pasal ini belog aku, kalau korang nak berlagak, korang kena ada belog sendiri. 

Untuk bahasa Inggeris, kelajuan aku menaip ialah 44 perkataan seminit atau pun 44 psm.




Aku rujuk di sini. 

*****************************

Purata Kebangsaan

Penaipan terpantas dalam bahasa Inggeris dicatatkan pada tahun 1946 oleh mesin tik elektrik IBM oleh Stella Pajunas, yang mempunyai kelajuan puncak 216 wpm. Walau bagaimanapun, Michael Shestov memegang Rekod Dunia Guinness untuk menaip 800 nombor dalam tempoh lima minit, ralat bebas.

Tidak ramai dari kita boleh mencapai kelajuan dan ketangkasan semacam itu. Malah, purata kebangsaan untuk menaip pada papan kekunci tipikal ialah 37 hingga 44 wpm, atau 150 hingga 200 cpm. Kebanyakan kita juga membuat kira-kira lapan kesilapan untuk setiap 100 perkataan yang kami dapat mengesan, tetapi itu akan meletakkan anda pada persentil ke-90.

Jelas sekali, mereka yang menaip untuk menjaga mengekalkan kelajuan menaip yang meningkat dengan amalan dan masa. Jika anda mencari pekerjaan sebagai setiausaha, anda akan dapat menguji pada kira-kira 50 hingga 80 wpm, atau 250 hingga 400 cpm, dengan tahap ketepatan yang baik. Walau bagaimanapun, jika anda bekerja dalam kedudukan di mana ketepatan dan bilangan pertimbangan sebagai contoh, sebagai pengirim atau keterangan menaip untuk berita, anda perlu menunjukkan bahawa anda boleh menaip 80 hingga 95 wpm, atau 400 hingga 475 cpm.

************************************


Okay, itu sajalah yang aku nak share hari ini. Maka aku simpulkan, aku bolehlah kerja jadi secretary sebab aku taip laju. kihkihkihkih. nak capai 80 - 95 itu mungkin aku kena tulis pagi-pagi kot sebab aku buat test ini malam-malam. okay taknak kalah. nanti kalau aku dapat kelajuan menaip lebih tinggi, aku akan share lagi. okay bai....



20 Dec 2020

Cerita Hantu Di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Bahagian 2

Assalam wbt dan Hi,


Okay hari ini aku nak cerita tentang kisah hantu di sekolah bahagian kedua. 



Cerita hantu yang kedua ini juga agak menyeramkan. Ia terjadi pada tahun 1997 di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Seri Medan Batu Pahat. Waktu itu kami masih darjah 5. Oleh kerana aku sudah ada pengalaman cerita hantu yang pertama di sekolah yang sama, jadi kali ini aku tidak pandang enteng. Minggu itu kami sibuk sebab sekolah agama ada pertandingan nasyid. Asalkan ada masa yang terluang, kami tidak mensia-siakan masa dengan berlatih nasyid. Kelas kami tidak ramai, jadi bahagi dua kumpulan sahaja. Aku namakan kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A itu group aku dan kumpulan B itu group mereka. 

Kumpulan A berlatih di kelas sahaja tetapi kumpulan B memilih untuk berlatih di surau sekolah. Korang boleh zoom out di mana surau sekolah. Surau sekolah kami ini dikatakan ada cerita mistik yang banyak sebab ada dua buah telaga yang sengaja dikosongkan di situ. Telaga itu memang sudah tidak digunakan lagi yang memang sengaja dilubangkan telaganya supaya air tidak boleh terisi. Jadi kalau hujan lebat pun, memang tidak terisi airnya. Telaga itu rupanya seperti kolah air yang tinggi lebih kurang 8 kaki mungkin. Aku budak nakal sikit-sikit dulu-dulu memang aku panjat telaga itu dan memang kosong pun isinya, ada sampah daun-daun saja. Tapi yang tak boleh hadam, telaga itu kononnya dijadikan tempat di mana, "benda-benda" di buang. Perasaan ingin tahu menebal itu memang tak boleh dipisahkan daripada naluri budak sekolah. 

Berbalik kepada latihan nasyid sekolah. Jadi, kumpulan B memilih untuk berlatih di surau sekolah pada waktu rehat. Loceng sudah dibunyikan tetapi mereka tidak pulang ke kelas. Jadi kami (aku dan kawan baik aku, Nurita) yang agak khuatir (atau ayat yang lebih indah ialah kepochi), kami pun pergi ke surau sekolah. Kami terfikir untuk mengejutkan mereka (surprise! gituh) tetapi mereka terlebih dahulu buat surprise untuk kami. Kami intai, mereka ada yang sedang menangis, ada yang sedang ketawa dan ada yang sedang terpinga-pinga. Apa sudah jadi? Kami berlari kencang mendapatkan ustazah atau cikgu yang kami panggil Cikgu Semah dan Cikgu Ahmad Tazlan. 

Mereka kembali dari surau dengan menangis teresak-esak. Mereka dicubit oleh guru kelas kami, Cikgu Ahmad Tazlan. Masing-masing sudah masam mencuka. Mereka tidak mahu menjawab soalan kami tapi ayat pendek mereka bagitahu, mereka "diganggu". Ahh sudah! Kami nak tahu lebih terperinci. Selang beberapa hari, mereka cerita juga. Mereka kata, mereka tidak tahu apa yang mereka buat, seperti kena pukau. Ada yang ketawa, ada yang menangis, ada yang diam sahaja. Mereka tidak sedar sehinggalah kami sampai. Mereka angkat kami sebagai penyelamat, berbunga kejap hati kami. Mereka kata, mereka keluar masuk almari yang ada di surau. Mereka menyapu surau, main pintu dan lain-lain. Aneh betul bunyinya. Cerita ini akhirnya menjadi suatu misteri yang tidak dapat diselesaikan sehingga kami berhenti sekolah. 

Walau bagaimanapun perasaan ingin tahu aku tidak terhenti di situ. Pada tahun 2010, kami mengadakan reunion. Reunion kecil-kecilan. Waktu itu sudah masuk Zohor, jadi kami singgah di Masjid Besar Seri Medan. Aku yang masih ingat tentang cerita lama tahun 1997, aku tanya dengan mereka (Najwa, Balqis dan Afeeza). Mereka gelak besar sebab aku masih ingat! 

Mereka kata, tunggu selepas selesai solat. Berdebar aku!









Selesai solat, Najwa bagitahu supaya aku jangan terkejut. Okay, apa dia? 





SEBENARNYA, MEREKA BERGURAU SAHAJA HARI ITU....



Aku terkejut tak tahu nak kata apa sebab selama ini aku rasa ianya suatu misteri tak terungkap sebenarnya adalah perkara main-main yang mereka lakukan sebab nak elak kena denda dengan cikgu sebab skip kelas. Aduhai ! Hahahahahahahhaa. Rasa nak lempang mereka pun ada. Okaylah, so selesai satu misteri dari dalam otak aku. Haha... So tahun ini tahun 2020 aku cerita semula di dalam blog. 



Sekian, terima kasih. 

19 Dec 2020

Telegram Katalog Emas di Zhulian_Chuaa



Assalam wbt dan Hai.🖐


Kalau korang nak tengok katalog emas, boleh pergi ke channel Telegram saya di 
Harap sudi follow 👧





Terima kasih.

16 Dec 2020

Sarapan Lontong Sedap di Restoran Mak Ngah di TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang berhajat nak makan lontong yang sangat sedap, boleh pergi ke Restoran Mak Ngah yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Kalau korang google, boleh juga google area Balai Bomba TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran ini memang famous dengan Nasi Ayam juga. Murah dan sedap. Kebiasaannya hari Jumaat, boleh melepak di sini sebelum PKP. 


Sebungkus lontong berharga RM5 sahaja. Aku beli pada waktu pagi dan aku makan pada waktu petang. Memang masih elok lagi. Tak sempat nak panaskan sebab aku lapar sangat. Hihi. Telur dapat sebiji bulat. Kuantiti nasi impit pun just nice. Sambal merahnya dicampur sedikit sambal kacang. (kot?) 


MEMANG BOLEH REPEAT ! 

Apa lagi, datanglah sini ya.


Terima kasih. 

15 Dec 2020

Makan Lontong di Restoran Ubi Kayu Putra Height

Assalam wbt dan Hi,

Kami sudah cuba menu lontong di Restoran Ubi Kayu yang terletak di Putra Height. 



Menu ini berharga RM5 sahaja dan penuh semangkuk. Telur rebus juga ada dapat sebiji. Sebenarnya rasanya manis tetapi oleh sebab dibantu oleh sambal, maka sesuai just nice. Namun, kuahnya sedikit cair tetapi masih boleh dipuji sebab banyak gile isinya! puas sangat makan!

Nak makan kat sini mungkin kena awal kot sebab juadah sarapan selalu cepat habis. Kemudian, sentiasa ramai orang betul, kena tunggu di luar kalau penuh meja. 


Jemputlah datang ke sini ya. 


Terima kasih.

14 Dec 2020

Sarapan Roti Canai Sedap Gile di Kedai Pak Ali Gerai No 16 Food Court Batu Tiga, Shah Alam

Assalam wbt dan Hi,

Okay kalau korang teringin nak makan sarapan roti canai, roti telur, roti tampal dan roti-roti seangkatan dengannya dan dibuat oleh orang Melayu, korang perlu pergi ke gerai Pak Ali. Sangat memuaskan! Food court kat Batu Tiga ada dua. Satu di jalan besar, satu lagi menghadap jalan besar. alah senang kata, memang ada satu je gerai yang tebar roti canai. Jadi takkan tersalah punya!

Sedap sangat tak boleh ditandingi oleh mana-mana penebar roti canai di Shah Alam dan Subang Jaya. Gituuuu. Haha.




Selamat Menjamu Selera ! 




Terima kasih. 



11 Dec 2020

Barang Yang Disenarai di bawah Skim Kawalan Harga Barang KDNHEP

Assalam wbt dan Hai

Sebenarnya aku baru tahu, ada beberapa barang yang skim kawalan harga barang. Di bawah KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KDNHEP).


Penguatkuasaan AKHAP (Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan) 2011 barang-barang berikut:

·        Gula putih bertapis kasar dan halus

·        Gas petroleum cecair

·        Petrol Ron 95

·        Diesel

·        Topeng muka

·        Barangan yang terlibat dengan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tertentu

 

6 jenis SKHMP (Skim Kawalah Harga Musim Perayaan) iaitu:

SKHMP Tahun Baru Cina

SKHMP Hari Raya Puasa

SKHMP Pesta Kaamatan

SKHMP Hari Gawai

SKHMP Deepavali

SKHMP Krismas



Terima kasih. 

9 Dec 2020

MIOS Kitchen Buat Promotion Untuk Set Lunch! Hoyyeh

Assalam dan Hi,


MIOS Kitchen ada buat promosi untuk set lunch! 

sepinggan ini berharga RM15.90 sahaja. Harga asal mungkin dalam RM19.

sepinggan ini berharga RM15.90 sahaja

Yang ini pulak RM5.90

Kawan dating saya hari itu. Dia yang belanja makan. 


Okay. banyak lagi menu yang ada tapi aku tak dan nak ambil gambar. Korang jemputlah datang sini. Jimat berganda-ganda. 


Terima kasih. 

8 Dec 2020

Memori Aku dan Hantu di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Bahagian 1

Assalam wbt dan Hi,

Sebelum aku nyanyuk dan hilang ingatan, aku nak menulis memori aku di sini. Kalau tidak, apa gunanya ada blog. Tak gitu? So hari ini aku nak bercerita tentang memori aku dan hantu. Aku dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Seri Medan, Batu Pahat Johor sekitar tahun 1990-an. 

Gambar ehsan google sahaja sebab aku tak jumpa gambar tiada orang. Yang dalam gambar ini bukan aku ya. Hahahahaha. 


Aku dulu "terusan". Hah korang ingat Terusan Wan Mat Saman aje kan. Sebenarnya istilah terusan ini adalah di mana, kita daripada sekolah kebangsaan ke sekolah agama, hanya tinggal di sekolah dan tidak balik rumah. Oleh sebab ruang waktu antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah pendek, jadi aku memilih untuk tidak pulang ke rumah kerana rumah aku jauh dan aku menunggang basikal. 

Sesi sekolah kebangsaan habis pada pukul 12:30 tengah hari pada hari biasa dan pukul 12:50 tengah hari pada hari Isnin. Aku tidak ingat hari itu hari apa. Yang aku ingat, aku berumur 9 tahun dan masih bersekolah Darjah 3 di sekolah kebangsaan dan darjah 2 di sekolah agama. Sistem di Johor dulu begitu, waktu darjah 1 di sekolah kebangsaan, kau baru fardhu ain (kelas persediaan). Jika kini, darjah 1 di sekolah kebangsaan bererti kau darjah 1 di sekolah agama. Okay berbalik kepada cerita aku, seperti biasa aku terusan. Kawan terusan aku sentiasa bertukar ganti ya sebab mereka semua ini anak orang ada-ada yang mak atau abah diorang boleh hantar dan ambil sesuka hati. Macam aku, aku memang anak orang susah jadi nak beli duit minyak motor pun berkira-kira. 

Kemudian, selepas aku makan bekal yang mak aku bawakan pagi tadi. Jap, aku nak cerita tentang bekal terusan. Setiap pagi, mak aku akan membekalkan aku sebungkus nasi, telur mata dan bubuh kicap setiap hari sebagai makanan sementara nak masuk kelas sekolah agama. Setiap hari ya tanpa jemu dan merungut. Baik betul aku. Hehe. Okay, lepas selesai makan bekal, aku pun buat kerja gila dengan kawan aku. Nama dia Nurita Warikun. Hari itu, Nurita terusan sebab apa aku tak ingat, selalunya Nurita balik rumah. Apabila geng nakal ada bersama, macam-macam perkara nakal dirancang. Salah satunya adalah main hide and seek. Eh bukan nak sembunyi apa, sembunyi daripada kawan kami yang sedang menjamu selera. Konon-kononnya biar mereka risau dan menggelabah dengan kehilangan kami. (perangai budak-budak).


aku lukis gambar layout SKSS tahun 1990-an mengikut memori aku. Memori aku yang akan aku kongsikan di lain hari akan berkait dengan layout ini juga. Hehe


Kalau korang memang bekas murid Sekolah Kebangsaan Seri Sejati (SKSS), korang boleh bayangkan di mana tempatnya. Yang nak bayangkan, boleh merujuk kepada gambar layout aku ya. Hehe.  Dulu-dulu, SKSS ada taman mini di antara makmal sains dan pusat sumber sekolah.  Kami berlari di bahagian kaki lima belakang ya. Jadi kejadiannya di situ. Memang ramai orang kata sekolah kami agak "keras" tetapi aku dan Nurita langsung tidak peduli. Jadi, kami lari ke arah situ kerana boleh confirm seratus peratus yang kawan-kawan kami tak akan jumpa. Semasa kami sedang berlari, tiba-tiba kami terasa ada orang mengikut kami di belakang. Jadi kami pun menoleh ke belakang.

"Eh Jiha. Kenapa kau kat sini? Jom lah cepat, nanti diorang nampak", kata kami kepada Jiha.

Jiha tidak bergerak, terpaku di situ sahaja. Kemudian, aku hilang sabar sedikit, aku pergi ke arah Jiha dan ingin menarik tangannya. Otakku ligat dan tiba-tiba aku tidak jadi pegang dia dan kembali ke Nurita. Aku dan Nurita toleh ke hadapan serentak. Apabila kami toleh ke belakang, jasad Jiha sudah tidak kelihatan! OMG! Tapi kami budak lagi masa itu, masih berfikiran khusnuzon. Haha. Aku dan Nurita cepat-cepat lari dan mencari di mana Jiha. Yelah risau kot lah dia terjatuh ke apa ke. Dari jauh, kami nampak pintu darjah 1 dibuka, kami lari ke arah kelas tersebut. Jiha tiada di situ. 

Di kejauhan lagi, aku dan Nurita nampak kelibat Jiha dari luar pagar. Kami jerit dari jauh. 

"Jiha, kau pergi belakang ke tadi?" 

Jiha jawab, "Mana ada. Aku memang ada di kedai sejak tadi. Kalau tak percaya tanya dengan Lek Dowi". (Lek Dowi, pemilik kedai dekat area SKSS). 

Aku dan Nurita pandang sesama sendiri, terus lari keluar dari SKSS. Sejak itu aku tak pernah langsung main Hide and Seek! Never ever! Hahahahaa. Itulah nakal lagi. Sebenarnya ada banyak lagi memori, nantilah aku tulis satu per satu. Mungkin cerita aku boleh jadi senario untuk seseorang di luar sana nak tulis buku ke apa. Haha, untung-untung dapat pahala percuma. Okay sekian terima kasih. 

7 Dec 2020

Makanan Pantai Timur di Restoran Wira Sejati

Assalam wbt dan Hi,

Kalau korang berasal dari Kelantan atau Terengganu dan tercari-cari makanan pantai timur di Shah Alam, korang boleh datang di Restoran Wira Sejati, Seksyen 18 Shah Alam. Makanan itu termasuklah nasi dagang, nasi kerabu dan seangkatan. Haha. Aku pun tak berapa tahu. Sebaris dengan kedai ini juga, ada lagi satu restoran yang menghidangkan makanan pantai timur, tapi sorry aku lupa nama dia apa. 


Lokasi Restoran Wira Sejati adalah sebaris dengan Pajak Gadai Arrahnu Seksyen 18 Shah Alam. Kemudian, korang boleh jumpa kedua-dua restoran ini. Aku tengok yang datang ke sini memang kebanyakannya orang Kelantan atau Terengganu berdasarkan bahasa mereka.Haha 



Aku cuba nasi lemak saja di sini, memang bukan taste aku sebab sambalnya manis. Hihi harap maklum. Tapi makanan lain, aku agak sedap kot sebab ramai sangat pengunjung. Harga sepinggan nasi lemak RM3. Kat sini juga ada roti canai tapi oleh sebab ramai sangat order roti canai, jadi perlu tunggu agak lama. Penebar roti canai di sini adalah seorang wanita. Hmm, jarang nampak oi... 



Okay, selamat makan. 

6 Dec 2020

Sarapan Nasi Lemak di D'Tratak Nogori Semilan, Batu Tiga Shah Alam

Assalam wbt dan Hi,

Nasi lemak dia sedap kat sini, nasi terutamanya memang sedap tapi sambal dia biasa-biasa aje. Mungkin masakan minang macam itu. Sebenarnya kami nak rasa lontong, tapi lontong tak ada pulak. Sedih betul. Kedudukannya betul-betul di tepi jalan raya dan kalau nak masuk ke sini, kena melalui Petron Batu Tiga atau nama dia Petron Jalan Kebun Batu Tiga kot. alamak lupa pulak nama dia weh... 


inilah nasi lemak dia. RM2

banyak sangat lauk lain, nampak menyelerakan cuma sebab aku nak sangat makan lontong jadi macam sedih sikit tak dapat makan huhu


Okay, boleh datang makan kat sini untuk sesiapa yang mencari juadah Negeri Sembilan di Shah Alam. 

5 Dec 2020

Senarai Nama Kampung di Batu Pahat

Assalam wbt dan Hi,

Senarai nama kampung dan Mukim-Mukim dalam daerah Batu Pahat untuk rujukan. Kalau dah namanya Batu Pahat, memang tak sah dengan parit - parit. Kalau korang nak tahu, memang kitorang banyak parit sebelum masuk ke halaman rumah, sebab itu panggil Kampung Parit XXXX gitu.. Hehe. 

 

Ada 14 mukim di Batu Pahat:
1) Mukim 1 - Lubok
2) Mukim 2 - Bagan
3) Mukim 3 - Peserai
4) Mukim 4 - Simpang Kiri
5) Mukim 5 - Simpang Kanan
6) Mukim 6 - Linau
7) Mukim 7 - Sembrong
8) Mukim 8 - Sri Gading - Ayer Hitam
9) Mukim 9 - Minyak Beku
10) Mukim 10 - Kg Baru
11) Mukim 11 - Punggur
12) Mukim 12 - Sg Kluang
13) Mukim 13 - Chaah Bahru
14) Mukim 14 - Sri Medan



Nampak tak parit tu?

Mari kita mengenali kampung-kampungnya ....


 MUKIM 1 (LUBOK)
 
Pt. Lubok Laut
Pt. Lubok Darat
Pt. Lapis Lubok
Pt. Tengah Lubok
Pt. Gantong Lubok
Pt. Kuda
Pt. Kuda Darat
Pt. Kuda Laut
Pt. Kuda Tengah
Kg. Sri Pengkalan
Pt. Sempadan
Pt. Sidek
Sg. Nibong
Sg. Nibong Darat
Sri Jaya
Sg.Nibong Spg
Pekan Semerah
Kg. Semerah Laut
Kg.Sg. Nibong Laut
Kg. Semerah Darat
Pt. Gantong
Pt. Sangit
Pt. Bisu
Pt. Guntong
Pt. Guntong Darat
Pt. Guntong Spg
 
 
MUKIM 2 (BAGAN)
 
Kg. Bagan Laut
Bagan Lama
Pt. Hj. Ibrahim
Jln. Johor
Jln. Bahru
Pt. Besar
Pt. Samak
Pt. Siba
Kg. Sg. Kajang
Pt. Lapis Kajang
Pt. Lintang Kajang
Pt. Bengkok
Pt. Haji Ali
Pt. Besar Laut
Pt. Hj. Salam
Pt. Orang Kaya
Bagan Lama Timur
Telok Bakong I
Telok Bakong II
Pt. Sempadan Timur
Pt. Simin
Pt. Bajuri
Pt. Tembaga
Pt. Hj. Tahir
Pt. Hj. Moin I
Pt. Hj. Moin II
 
 
MUKIM 3 (PESERAI)
 
Kg. Peserai
Kg. Peserai Baru
Taman Peserai
Kg. Bintang
Benteng Kanan
Jln Peserai Baru
Kg. Dalam
Lorong Hj. Jaafar
Jln. Sg. Kelambu
Kg. Tambak
Kg. Sg. Tunggul
Kg. Lapis Peserai
Kg. Muhibah
Kg. Benteng Muhibah
Penambang Peserai
Kg. Peserai Pantai
Gombak
Peserai Kecil
Pedada Kuning
Pt. Gombak
Simpang Lima
 
 
MUKIM 4 (SIMPANG KIRI)
 
Pt. Mampan
Pt. Rantau
Kg. Batu Putih
Kg. Gado-Gado
Pt. Asam Kumbang
Pt. Lapis Batu Putih
Pt. Padang Sari
Pt. Awang
Pt. Chiong
Kg. Separap
Jln. Raya Separap
Kg. Separap Laut
Separap Lintang 1,2,3,4 & 5
Pt. Hj. Rasul
Pt. Salam
Padang Sari Darat
Pt. Maimon
Pt. Lapis Maimon
Sg. Nibong Darat
Pt. Hj. Abdullah
Pt. Lubok Utara
Pt. Hj. Haron
Pt. Mohamad
Pt. Puasa
Pt. Othman
Pt. Mustaffa
Kg. Sentang Batu
Kg. Sentang Batu Laut
Kg. Pt. Raja Ahmad
Jln Besar Pt.Sulong-Muar
Pt. Laman
Pt. Lapis Laman
Lr 1, Pt Lapis Laman
Pt. Selulun
Pt Ismail
Pt Lapis Ismail
Tebing Tinggi
Pt. Jawa
Pt. Ju
Pt. Abdul Hadi
Pt. Abd. Rahman
Pt. Mantan
Pt. Jalil
Pt. Yusof
Kg. Melayu
Pt. Penghulu
Pt. Betong
Pt. Sawoh
 
 
MUKIM 5 (SIMPANG KANAN)
 
Petani Besar
Petani Kechil
Pt. Lapis Lowpiak
Pt. Gantong
Taman Nira
Kg. Sri Gading
Pt. Pasir Panjang
Pt. Budin
Sengkuang
Taman Pura Kencana
Taman Sri Gading
Sri Tanjung
Ladang Sri Gading
Kg. Pt. Besar
Kg. Pt. Lada Hitam
Kg. Solok Wan Moh
Kampong Istana
Kaki Bukit
Pt. Hj. Sidek
Pt Haji Noor
Pt. Hj. Ali
Kg. Banang
Jln. Tanjong Laboh
Banang Estate
Kg. Linau Kechil
Kg. Linau Laut
Kg. Linau Besar
Kg. Pt. Hj. Hassan
Kg. Sri Kilat Bkt.Pasir
Kg. Jorak Elahi
Kg.Tasek
Kg. Pt. Kangkong
Kg. Panchor
Pt. Hj. Khamis
Pt. Hj. Salleh
Pt Imam
Pt. Hj. Hashim
Kg. Pt. Bilal
Kg. Pt. Shaaban
Kg. Pt.Amat
Kg. Pantai Timor
Kg. Bkt. Jeragan
Kg. Satay
Kg.Atap
 
 
MUKIM 6 (LINAU)
 
Kg Bindu
Pt. Balak
Pt. Buloh
Pt. Mamak
Pt. Mustaffa
Pt. Rahmat
Pt. Mohamed Bindu
Pt. Semangat
Pt. Mubin
Kg. Pinggir Sri Wangi
Rancangan Sri Wangi
Pt. Sri Telok
Pt Yaani Tengah
Pt. Wahab
Pt. Bangkar
Pt. Hj.A.Rahman
Pt. Panjang
Pt Senah
Parit Banyu Mas
Kg Sri Telok
Pekan Parit Yaani
Parit Suratman
Pt. Ismail
Pt. Hj. Hassan
Pt. Kelantan
Pt. Omar
Sg. Raayat Estate
Pt. Yob Darat
Pt. Yob Laut
Pt. Lintang
Pt Hitam Khamis
Pt Paimin
Sri Bengkal
Bukit Bangkar
Tongkang Pechah
Kg. Batu 7
Kg. Mohd Nor
Pasir Jepun
Pt. Jorak
Pt. Senawi
Pt. Taman
Pt. Kassim Darat
Pt. Kassim Laut
Pt. Hilir
Pt. Beleman
Pt. Jabong
Pt. Lahak
 
MUKIM 7 (TANJUNG SEMBRONG)
 
Sg. Bioh
Sg. Bekok Ulu
Pt. Hj. Kasnawi
Pt. Betong
Pt. Berayang
Pt. Jatoh
Sg. Bioh Dalam
Sg. Rambut
Pt. Hj. Mahmood
Sg. Gajah
Pt. Talang Bunut
Pt. Lapis
Pt. Sauh
Pt. Olak Batu Laut
Pt. Hj. Idris
Pt. Gantong
Pt. Asam Bubok
Pt. Bengali
Sri Pindah (Pt. Drin)
Pt. Khalid Laut
Kg. Pt. Hj.Talib
Pt. Lapis Khalid
Kg. Bt. 3, Ayer Hitam – Yong Peng
Pt.Salleh, Pt. Karjan
Kg. Bonaggong
Pt. Seri Gunong
Pt. Sri Punggok
Pt. Arang-Arang
Pt. Tabor
Kg. Bahru
Pt. Jawa
Pt. Kerinchi
Pt. Adam
Pt. Betong Darat
Pt. Tengah
Pt. Sg. Terus
Pt. Hj. Yusoff
Pt. Serani
Pt. Tengah Darat
Pt. Arshad
Pt. Hj. Amil
Pt. Hj. Dahlan
Pt. Awang
Pt. Abbas
Pt. Sabak Nior
Pt. Selamat
Pt. Sri Badak
Pt. Hj. Ghaffar - Jalan No. 1, 2, 3 & 4.
Tg. Sembrong
Pt. Hj. Dahlan
Pt. Jawa
Pt Bekok Hilir
Pt. Sri Mendapat
Pt. Shukor
Pt. Suning
Pt. Andin
Pt. Kambat
Pt. Samoh
Pt. Jambi
Pt. Lapis Andin I & II
Pt. Sardin (Pt. Abd. Samad)

MUKIM 8 (SRI GADING – AYER HITAM)
 
Bt.6, Sri Lalang
Kg. Melayu, Bt. 9 Jln. kluang
Bt.1, Jln. Yong Peng
Bt.1, Jln. Kluang
Parit Nipah
Pt. Sempadan
Pt. Sempadan Laut
Pt. Lapis Sempadan
Pt. Jambol
Pt. Seiring
Kg. Kota Dalam
Pt. Kassan
Pt. Khalil
Pt. Samion
Pt. Semo
Pt. Sonto
Pt. Hj. Salleh Kairon
Pt. Haji Siraj
Pt. Semoh
Pt. Haji Ali
Pt. Baring
Pt. Sumarto Laut
Pt. Sumarto Darat
Pt. Sikon Laut
Pt. Kuari
Pt. Lapis Semarang
Pt. Semarang
Pt. Hj. Hamid
Pt. Bengkok Ulu Senggarang
Pt. Sri Paya
Pt. Londang
Kg. Parit Sagil
Kg. Dalam
Kg. Kangkar
Kg. Cahaya Baru
Pekan Ayer Hitam
Kg. Baru
Bt. 1 Jln. Yong Peng
Bt. 1 Jln. Kluang
Kg. Jawa
Kg. Bahagia
Pt. Tengah
Pt. Lapis Tengah
Pt. Surau
Pt. Simpang Surau
Pt. Spg. Sikun
Pt. Sikon Darat
 
MUKIM 9 (MINYAK BEKU)
 
Pt. Kaseh
Pt. Sayang
Pt. Simpan
Pt. Tariman
Pt. Permatang
Pt. Jong Lee
Kg. Jln. Tangki Air
Kg. Nam Seng Kang
Taman Aikka
Sg. Lurus
Pt. Lapis
Kg. Pt. Penghulu
Kg. Lrg. Hj. Hamzah
Kg. Pasir Lebar
Kg. Pt. Paloh
Kg. Pt. Aman
Taman Mewah
Taman Nagaria
Taman Senggarang Damai
Taman Nagaria 2
Taman Jasa
Pt. Kelichap
Sg. Koris
Pt. Bugis
Pt. Kelipah
Pt. Kelichap No. 2
Tg. Laboh Timur
Kg. Asrakal
Bukit Batu
Kg. Kebun Baru
Kg. Pt. Raja Darat
Kg. Pt. Terus
Kg. Koris
Kg. Pt. Ahmad
Kg. Pt. Penghulu
Kg. Bukit Batu Pasir
Kg. Pt. Balak
Kg. Pt. Hijrah
Kg. Ulu Koris
Kg. Pt. Mohd.Shah
Kg. Pt. Bugis
Kg. Pt. Pasir Lebar
Kg. Pt. Paloh
Kg. Pt. Aman
Kg. Pt. Penghulu
Kg. Lorong Hj. Hamzah
Tmn. Mewah
Tmn. Nagaria
Tmn. Senggarang Damai
Tmn. Nagaria 2
Tmn. Jasa
Pt. Jabar
Pt. Pachinda
Pt. Lapis Jabar
Pt. Aman
Pt. Jabar Laut
Kg. Sg. Suloh
Kg. Sg. Suloh Kecil
Kg. Pt. Banjar
Kg. Pt. Hj. Hussin
Kg. Pt. Asrakal
Kg. Rahmat
Kg. Nawi Jaya
Kg. Sri Qasih
Kg. Telok Buloh
Kg. Minyak Beku
Kg. Teluk Segenting
Kg. Segenting
Kg. Bt. 4, Jln. Minyak Beku
Kg. Banang
Kg. Sg. Ayam
Sg. Ayam Pantai
Kg. Bkt Banang
Kg. Patah Pedang​
Pt. Lapis Sg. Ayam
Pt. Sabari Laut
Pt. Tengah
Pt. Hj. Redzuan
Kg. Sg. Suloh
 
 
MUKIM 10 (KG. BARU)
 
Pt. Botak
Pt. Hylam
Pt. Kalong Gantong
Pt. Sulaiman
Kg. Asli Sri Pantai
Senggarang
Kg. Bahru
Sg. Buloh
Pt. Kalong Getah
Pt. Injin
Pt. Kemang
Pt. Saidi
Pt. Bakong
Pt. Hamid
Pt. Mahang
Pt. Lapis Mahang
Pt.Makmur
Pt. Sri Menanti
Pt. Kadir
Pt. Lapis Kadir
Pt. Sri Dalam
Pt. Lapis Sri Dalam
Pt. Rostam
 
MUKIM 11 (SG. PUNGGUR)
 
Pt. Lapis Berong Laut
Pt. Berong Laut
Pt. Punggur Laut Barat
Sg. Berong Darat
Kg. Punggur Laut Timur
Pt. Punggur Kecil
Sg. Mengkudu
Kg. Nelayan
Kg. Perpat Laut
Punggur Besar
Kg. Punggor Tengah
Kg. Punggor Darat
Kg. Lapis Berong Darat
Kg. Lapis Berong Tengah
Kg. Spg. Pt. Abd.Rahman
Kg. Lapis Berong
Kg. Pt. Kadir Hujung
Kg. Pt. Saidi Darat
Kg. Pt. Lapis Punggur
Kg. Punggor Darat
Pt. Tengah – Rejo Sari
Kg. Simpang Enam
Pt. Juraimi
Pt. Sri Dalam Darat
Pt. Lapis Sg. Dulang Darat
Kg. Pt. Ahmad Dawahir
Kg. Lapis Sri Dalam
Kg. Pt. Seri Borham
Kg. Pt. Tengah Sri Aman
Kg. Pt. Besar Darat
Kg. Sg. Jambi Darat
Kg. Pt. Bagan Darat
Kg. Sg. Kluang Darat
Kg. Pt. Perpat Darat
Kg. Pt. Lapis Perpat
Kg. Pt. Hj. A. Rahman
Kg. Sg. Tongkang
Pt. Sri Bahrum Laut
Pt. Perpat Laut
Kg. Sri Bahrum Darat
Sg. Dulang Laut
Sg. Dulang Darat
 
MUKIM 12 (SG. KLUANG)
 
Tmn.Pandan Jaya
Jln. Jaya Diri
Pt. Lapis No. 4
Pt. Lapis No. 3
Pt. Lapis No. 2
Kg. Pt. Tengah – Sri Ladang
Kg. Pt. Lapis – Sri Ladang
Parit Besar Darat
Kg. Sri Merlong
Pt. Hj. Noor
Kg. Sg. Merlong Lapis
Kg. Pt. Gantong
Pt. Hj. Noor
Kg. Lapis Gantong
Pt. Tengah – Seri Merlong
Kg. Pt. Hj. Noor - – Seri Merlong
Kg. Pt. Hj. Siraj – Seri Merlong
Sg. Kluang Darat
Sg. Bagan Laut
Kg. Pt. Daeng Machening
Sg. Merlong Laut
Belahan Tampok Laut
Pt. Wak Kawik
Kg. Kluang Tengah
Sg. Jambi Laut
Sg. Rengit Laut
Sg. Kluang Laut
Kg. Pt. Jalal
Kg. Pt. Latif
Kuala Sg. Rengit
Kg. Pt. Amat
Pt. Sarpan
Pt. No. 1 Rengit
Kg. Bandar Rengit
Kg. Pt. Masjid
Pt. Belahan Tampok Darat
Kg. Jambi
Kg. Pt. Jambi Darat
Kg. Bagan Darat
Kg. Bagan Tengah
 
MUKIM 13 (CHAAH BAHRU)
 
Ladang A
Kilang Ladang A
Ladang C
Kg. Sri Semangat
Kg. Banjir Bersatu
Kg. Melayu
Ladang Mados
Kg. Sri Temehil,
Kg. Bt.4, Labis
Ldg. B1 Yong Peng
Ldg. B2 Yong Peng
Ladang Atlas
Kg. Bt. 3 ½ Jln Labis
Kg. Bukit Jambu
Kg.

Jalan Lama
Kg. Bt. 1 Jln Labis
Taman Melor
Taman JPN 1 & 2
Taman Malawati
Taman Desa Putih
Kg. Sri Sepakat
Kg. Sungai Berlian
Kg. Haji Mean
Kg. Ngamarto
Kg. Baru Bersatu
Kg. Haji Kamisan
Kg. Langkap
Kg. Jemelai
Kg. Bangka
Ladang Chaah
Ladang Simpang Kiri
Ladang Union
Perumahan Bahagian Kilang Ladang Chaah
Kg. Paya
Taman Sembrong Barat
Taman BCB
Taman Utama
Taman Mewah
Taman Sri Bayu
Taman Kota
Taman Seri Wangi
Taman Kota Emas
Taman Seri Aman 1 & 2
Taman Kota Aman

MUKIM 14 (SRI MEDAN)
 
Pt. Sri Menanti
Pt. Ulong
Pt. Bangas
Pt. Lapis Bangas
Sri Pasir
Pt. Simis
Pt. Hj. Khalid
Pt. Lapis Hj. Khalid
Pt. Terus
Pt. Lapis Sg. Terus
Sg. Terus
Pt. Lapis Simis
Pt. Warijo Laut
Pt. Lintang Warijo Laut
Pt. Lapis Warijo Laut
Pt. Melayu
Pt. Basri Laut
Pt. Markom
Pt. Suib
Pt. Lapis Serai Wangi
Pt. Serai Wangi
Pt. Yaton
Sg. Terus Sri Wangi
Bukit Betaling
Pt. Hj. Ariff
Pt. Hj. Nor
Pt. Lapis Hj. Ariff
Pt. Badak
Pt. Satu, Dua, Tiga, Empat & Lima
Pt. Jayous
Pt. Lapis
Pt. Lombong
Pt. Gobek
Pt. Jayous 6, 7
Pt. Jayous Bukit
Pt. Bagan
Pt. Kayat
Pt. Lintang Jayous 4
Pt. Sejagong
Pt. Amat Ompong
Pt. Suhud
Kg. Lombong Sejagong
Kg. Bukit Wahak
Kg. Batang Jarang
Kg. Bukit Jangut
Pt. Simun
Pt. Laman
Pt. Tegak Laman
Pt. Lintang Laman
Pt. Laman Bukit
Pt. Rahiban
Pt. Karjan
Pt. Tegak Karjan
Pt. Bahru Darat
Pt. Musliman
Pt. Joo
Parit Lintang Warijo Darat
Kg Melayu Pekan Sri Medan
Kg. Sri Medan Darat
Pt. Perupok
Pt. Hj. Ahmad
Kg. Parit Basri
Kg. Parit Basri Darat
Kg. Parit Singgahan 4 Dalam
Kg. Pt. Lapis Singgahan 4
Kg. Parit Sibu
Kg. Sri Ramunia
Kg. Sri Jasa
Kg. Pt. Singgahan Luar
Kg. Pt. Haji Yusof
Kg. Pt. Lapis Hj. Yusof'


4 Dec 2020

Internal and External Factors that Influence Employee Behavior

1. Assalam wbt dan Hai,

    Karangan yang saya hantar untuk assignment Human Resource Management. Tidak semestinya betul tapi boleh guna sebagai rujukan sahaja.


   Identify the major internal and external factors that influence employee behavior. Given an example of behavioral attitude that is due to these factors.   

 

Employee behavior is a result of factors that influence the ways employees respond to their work, leadership and customers. Employer is to identify internal and external factors that affect the employees’ behavior to understand why employee is committed and motivated. Employee behavior depends on a mixture of internal and external factor. Internal factors are those within the company’s direct control such as leadership, work culture and company policies. External factors meanwhile are not directly controlled by company like the employee’s personal life circumstances and the economy factor.

One of the internal factors is leadership. Managers and leaders play an important role in influencing the behavior of individuals at workplace. Leaders has to set a direction or goals for employees.  In majority of the cases, it has been observed that employees do not like going to work because of the leaders. The leaders must ready to lead and stand by with the employees, to guide and help employees in every day operations, and become the inspiration of the employees. The leaders also must always ready to lend their ears whenever problems occurred, need to acknowledge the hard work of employees and ensure no employee is overburdened. Sometimes managers and leaders should allow employee to take some decisions on their own to give sense of responsibility towards work. These quality leaders influence the employees’ behaviors to perceive the leadership. The set organization will mirror what leadership does. Therefore, good leadership motivates employees to be productive, independent and motivated.

Next point of internal factors is work culture. A workplace is a place where employees spend one-third of their lives, working for hours to meet needs and expectation from company. Naturally, employees need to feel comfortable and secure at workplace for them to stay happy and positive. There has to be life-work balance which means the sense of balance will improve job satisfaction among employees. Company may hire talented leaders that whom willingly to encourage employees to understand the purpose behind the work they are producing and offer consistent praise and recognition to the employees when they deliver better work performance. Other than that, company may promote workplace wellness like host a Zumba class every week and fitness club. The good work culture is indicated when high involvement in activities organized by company. For example, when company is organizing charity fund work on Saturday and most of employees willingly and excited to participate. Therefore, good work culture motivates people to be accountability, adaptability, teamwork and humility.

Besides, the internal factor is company’s policies. Company policies are guideline and rules of conduct within an organization to outlining the responsibilities of both employers and employees. Good company policies have reasons to setting expectations, keeping management accountable, ensuring of compliance with the law, helping defend against legal claims and assisting with fair treatment of employees. A clear code of conduct can help employees to understand company expectation in performance and behavior. The policies might include specific rules related to conduct, dress code, confidentiality, internet usage and so on. Even though misunderstanding still can occur, at least employees have something to refer to guide them again to reach company goals. From policies, it states most important parts which is discipline and employee conduct. With complete access to the rules and regulations in the workplace, employers can enforce disciplinary action when appropriate if something occurred. Other than that, policies also stated attendance, leaves and time-off policies. For example, having a standard of taking leave procedure will help employees to be punctual and regular in attendance. Therefore, good company policies motivate employees to be dependability, confidence and trustworthy.

Now we move to the external factor that impact to the attitude behavioral of employees. One the external factors is employees’ family life or personal life. The family provides emotional support to an individual and plays major role to form behavioral of individual. If there is a conflict in the family life, he can feel anxious about why he has the such issues and over thinking on how to resolve them. The employees may behave irrationally at workplace especially those who have lower self-esteem. Lower self-esteem employees become psychologically more distressed over their family problem. They tend to sit still alone, not mingle around and sit until night in the workplace to minimize contact with family. By understanding how family problems might affect the work culture and performance, company can engage in more effective of welfare program such as to sponsor family therapist seminars to help employees to recognize their family issues. From here, they can overcome the issue properly and minimize impact on their work performance. Therefore, employees’ personal life might affect the irrational behaviors like inability to concentrate, indecisiveness and low motivation if they don’t try not to bring their personal problems at workplace.

On the other hand, is economic factor as external factor. Economy plays a crucial role in our everyday lives. How much money to spend, what the needs and what is the requirements, and how much money to save this month will always make employees to decide every day. When economy is good, employee tend to spend or invest more money. But when economy is bad, company might be downsized, acquisition and close business, which later impact to the individual economic specifically. Bad economy tends to promote higher expectations from employer while forgetting to concern employees’ physical and mental health. It implicates unethical behavior of unhealthy competition among employees and later produce poor work culture. However, while economy is good, company has many opportunities to develop good work culture, promotes work life balance and reward the employees to motivate them. Therefore, the economy is directly having impact on the behavioral attitude of employees.

In conclusions, behavioral attitudes of employees are depending on internal and external factors. Employer is the main role to ensure that any distressful in work place is managed sensibly. Moreover, the importance of being the employer proactively ensure the diligent employees ought to be appreciated and must not go unnoticed. Then only it shall not lead to unnecessary pressure on employees. Once again, the wise organization mirrors the good behavioral attitudes of employees.

 

(1019 words)