Sebenarnya aku saja nak bercerita tentang memori aku dan kawan baik. Apabila sudah dewasa masing-masing dengan jalan hidup mereka. Jadi aku memang sudah lost contact dengan mereka, walaupun aku memang selalu ingat. Moga kawan-kawan ini baik-baik di mana pun mereka berada.
Yang pertama masa zaman sekolah rendah, namanya Ita (Nurita). Dia duduk sebelah aku sejak aku darjah 1 sampai darjah 6. Kawan yang aku kongsi susah senang masa itu. Sekolah rendah tak banyak perkara yang kita faham, cuma kita susah belajar dan susah duit. Ita anak yatim, kemudian aku selalu datang rumah dia. Masa aku cerita, mak dia sudah meninggal dunia. Al-Fatihah (dibaca). Masa kami Tingkatan 1, kami berbeza sekolah jadi lost contact sekejap. Rezeki jumpa semula sebab kami belajar di universiti yang sama. Ironi sangat sebab budak sekolah rendah kami yang dapat 5A UPSR semua belajar di universiti yang sama tapi jurusan yang berbeza. Sekarang masih contact dengan Nurita dan masih update tentang satu sama lain.
Yang kedua masa zaman sekolah menengah rendah, namanya Atun (Radhiatun) dan Dyeng (Dyeng Juraidah Hanim). Mereka kelas lain tapi duduk dekat saja dengan bilik aku, jadi aku selalu makan, solat, belajar dengan mereka. Cerita pasal crush dengan mereka. Haha.. Masih contact juga dengan mereka tapi tahap biasa-biasa saja, sebab mereka selalu share kisah di media sosial jadi aku tak perlu tanya pun aku tahu. Heheh. Aku rajin jadi stalker saja.
Yang ketiga masa zaman sekolah menengah rendah, yang ini kawan bilik, nama dia Awul (Huda). Rapat sebab selalu borak. Awul jenis orang yang suka bercerita jadi aku pula pendengar yang setia. Sekarang, masih contact tahap biasa-biasa juga. Hehe, sesekali send food delivery.
Yang keempat masa zaman sekolah menengah rendah juga nama dia Syima (Hasyimah). Syima sama kelas dengan aku. Dia seorang yang kasar dan cakap main lepas tapi pandai. Walaupun dia macam tu tapi aku suka kawan dengan dia. Cuma aku ada buat silap dulu, so dia memang terus lost contact. Aku dah minta maaf tapi maybe kesalahan aku besar sangat jadi tak mengapalah. Aku pun malas nak fikir. Semoga dia bahagia walau di mana pun dia berada.
Yang kelima, masa sekolah menengah atas, aku rapat dengan kawan sekelas aku nama dia Dibah (Adibah), Zati (Zati Iwani), Ain, Azrin (Azrin Azwani), Tipa (Atifah), Fatin (Fatin Hazwani), Naemah, Lyn (Shazlyn), Tia (Fathiah), Andec (Amirah), Isma (Isma Zamila), Mon (Nor Liza), Paddy (Nurfadhilatul), ye semua budak kelas kami rapat, kelas 501. Banyak aktiviti yang kami buat sama-sama. Kenangan indah, lagu 11 Januari pun jadi kenangan sebab kita karoke bersama-sama masa minggu aktiviti, nyanyi nasyid sama-sama. Banyak sangat! Sayangnya keluar je sekolah semua budak 501 lost contact, even ada socmed pun tak mampu nak kembalikan semangat sekolah yang lalu. Group whatsapp pun tak ada. Sayang sangat.... Sedih juga. Aku ada cuba nak buat group whatsapp tapi tak boleh juga kekalkan momentum, so aku remove semua orang dan malas nak jadi admin.
Yang keenam, masa zaman sekolah menengah atas juga, kawan sebilik iaitu Nisaq (Khairunnisa), Muni (Noraimuni) dan Aisyah (Nor Aisyah). Sudah kata sebilik memang macam-macam perkara kita share, dengan makan sama, stay up sama-sama, makan maggie, borak itu ini, cerita hantu, belajar sama-sama dll. Dua tahun sama bilik dengan mereka memang banyak share. Nisaq, sampai sekarang aku masih contact update perkembangan masing-masing. Muni, dia sudah ada life sendiri juga jadi aku just jadi stalker saja. Hihi. Kalau Aisyah memang terus lost contact, last aku contact tahun 2013 masa aku minta tolong hantarkan adik aku ke RnR Ayer Keroh sebab abah aku meninggal dunia. Dulu kami ada group whatsapp tapi Aisyah tak pernah reply, silent reader so aku remove juga semua orang.
Yang ketujuh masa zaman universiti. Aku rapat dengan satu geng namanya Boisterous. Hahah. siap ada nama. Ain (ya sama kelas masa sekolah menengah atas), Saah (Saadah), Wazie (Wazirah), Tok (Maryam), Aida (Aida Yanti) dan Fatin. Masa ini zaman huha huha, banyak tempat kami teroka sama-sama, memang seronok. Kami sama course jadi senang nak buat aktiviti sama-sama. Saat keberantakan geng kami (hahaha) adalah masa Ain nak jadi wakil MPP, dia start rapat dengan geng usrah jadi tak match pemikiran, terus macam bubar buat hal masing-masing, kadang-kadang saja okay. Lepas habis universiti, mereka add aku dalam group whatsapp tapi ucapan sekadar tahniah kahwin, tahniah ada anak, hah macam itu saja. Mereka juga selalu update kehidupan di media sosial kecuali Saah, jadi aku memang akan whatsapp personal dengan Saah kalau nak tahu update. Hehe.
Yang kelapan, masa zaman universiti, aku rapat dengan room mate aku sendiri iaitu Dya (Hidayah). Yang ini Alhamdulillah sampai sekarang masih keep in touch. Syukur.. Masih update sesama sendiri walaupun tak kerap dan lambat reply satu sama lain, yela masing-masing dah jadi mak.
Yang kesembilan, masa aku kat universiti aku rapat dengan Mimi (Siti Nurhakmi). Rapat sangat dan aku banyak habiskan kehidupan aku dengan dia. Dia beza satu semester dengan aku. Jadi aku grad awal sikit. Oleh kerana itu, banyak aktiviti kita tak boleh buat sama-sama. Lepas keluar uni pun masih rapat. Sampai satu tahap mungkin bila kita dah rapat sangat dengan seseorang, ada kesalahan yang aku tak sangka-sangka dah lukakan hatinya, seperti aku lukakan hati Syima. Aku dah mintak maaf tapi besar sangat kot kesilapan aku. Jadi sekarang kami dah lost contact terus. Moga dia bahagia di mana-mana pun berada.
Yang kesepuluh, masa keluar dari universiti. Masa aku kat uni, aku tak berapa rapat dengan Wazie (Wazirah), rapat biasa-biasa tapi lepas aku keluar, baru rapat. Alhamdulillah sampai sekarang kalau nak bercerita apa-apa pun boleh.
Yang kesebelas, aku kenal masa kerja di Ma*is. Aku kenal Kak Has (Haslinah), Kaktie (Nurhayati), Kak Fizah (Nurhafizah), Kak Siti (Siti Roslina), Migha (Amirah), Kak Syura (Assyurah), Fatin, Kak Zura dan Kak Nora. Kami masih ada group whatsapp utk update kehidupan masing-masing contoh tambah anak, kahwin, anak dapat kerja, hahah. Yang lebih personal itu tak terbagitahu dalam group. Namun Alhamdulillah aku masih keep in touch sangat dengan Kaktie dan Kak Siti. Antara semua nama yang aku tulis, sebenarnya aku paling rapat dengan Kak Has tapi beza umur kami jauh sangat, mungkin sebab itu bila aku berhenti kerja dari situ, kami lost contact. Cuma aku tak pernah lupa segala kebaikan Kak Has, sayang betul aku dengan dia. Hahah gitu.... Kaktie dan Kak Siti jarak umur pun berbeza, dan mereka ini POSITIVE VIBES sangat, jadi kalau aku down memang aku selalu borak dengan dorang, kadang aku tak cerita pun cuma aku minta dorang berkata positif aje, pun dah cukup happy sangat.
Yang kedua belas ialah Aishah, Asma dan Ara (Ainul Zawara). Aku kenal masa kat tempat kerja di T*is*st*m. Ramai lagi yang aku rapat di sini contohnya Kak Adah (Nor Saadah), Kak Ziey (Fazilah), Nita (Anita), Kak Ainaa, Kak Ipah (Arifah), Uda (Huda), Paah (Farhah), Kak Ina (Azlina), Kak Sue (Kak Suhaida), Kak Suri (Suriati),dll. Tapi aku lebih rapat dengan 3A iaitu Aishah, Asma dan Ara. Memang boleh bercerita heart to heart. Ara dapat kerja tempat lain, kemudian kami lost contact. Kalau Aishah, memang kami selalu contact sebab rumah dekat, rapat kerana jadi rakan breastfeed sejak anak pertama, kemudian Aishah seorang yang positif dan tegas. Jadi aku banyak berborak dengan dia bila aku lost time kena marah dengan bos. Kalau Asma sebab aku selalu makan dengan dia dan dia ini orangnya boleh simpan rahsia dan sabar. Sayangnya sekarang mereka berdua sudah tidak sehaluan dengan aku, ha gitu. biasalah masing-masing pun sudah jumpa kawan yang lebih baik daripada aku.
Alhamdulillah sekarang semua kawan-kawan baik dengan aku sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bangga aku dari jauh. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah. Akhir kata, benarlah orang tua-tua kata, asal pergi tempat baru, kita akan jumpa kawan yang baru.
No comments:
Post a Comment