Hari ini kami keluar agak lewat, jadi kami pergi google dulu nak makan lontong kat mana yang sedap. Ramai sangat yang syorkan kami untuk datang ke gerai Lontong & Such. Wow, nama pun sudah canggih.
Boleh lihat FB Lontong & Such
Kemudian, ini alamatnya ya, Gerai No 21, Selera Wawasan Food Court, Jalan SS3/33, 47301 Petaling Jaya. Banyak parking di sini jadi tiada masalah nak jemput makan ya. Gerai di sini tak banyak yang dibuka. Ada gerai lontong, gerai air minuman dan gerai hujung sekali mungkin makanan berlauk. Yang hujung sebelah sana ramai sangat-sangat pelanggan tapi aku tak pasti gerai jual apa.
Semua menu di atas berkaitan dengan roti. Next time kami nak cuba menu ini pula. Boleh bawa budak dua ketul sebab diorang suka roti.
Okay yang bahagian ini, ada menu lontong, menu jawa. Kata review di google, pemiliknya suka masak masakan Johorean. Boleh nampak di situ sebab ada nasi ambeng! RM12 untuk nasi ambeng di Lontong & Such.
1. RM10.00 Lontong Power (3 lauk - ayam goreng + paru goreng + sambal sotong)
2. RM8.50 Lontong 2 lauk (boleh pilih)
3. RM7.00 Lontong 1 lauk (boleh pilih)
Pilihan di tangan anda. Kami pilih 1 lauk sahaja. Kemudian, kalau korang rasa kurang masin, boleh tambah garam, mintak sendiri di kaunter ya.
1 Lauk - sambal sotong
1 Lauk - Paru Goreng
Jemput datang ke sini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment