Kami sudah cuba menu lontong di Restoran Ubi Kayu yang terletak di Putra Height.
Menu ini berharga RM5 sahaja dan penuh semangkuk. Telur rebus juga ada dapat sebiji. Sebenarnya rasanya manis tetapi oleh sebab dibantu oleh sambal, maka sesuai just nice. Namun, kuahnya sedikit cair tetapi masih boleh dipuji sebab banyak gile isinya! puas sangat makan!
Nak makan kat sini mungkin kena awal kot sebab juadah sarapan selalu cepat habis. Kemudian, sentiasa ramai orang betul, kena tunggu di luar kalau penuh meja.
Jemputlah datang ke sini ya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment